Susulan
kes kematian akibat lauk kenduri
Jerai, 30 september
2013 – Empat maut telah dilaporkan akibat keracunan makanan selepas menghadiri majlis
perkahwinan.
Kejadian itu telah berlaku
di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Merbok, Kedah.
Kejadian itu telah mengemparkan
seluruh masyarakat kerana ianya merupakan kejadian pertama yang melibatkan keracunan
yang serius di kenduri majlis perkahwinan.
Menurut laporan berita Utusan Malaysia,tiga maut iaitu mangsa
pertama Nurshazana Mohd. Rashid, 24, telah meninggal dunia
di rumahnya di Kampung Tempoyak, Bedong pada pukul 1 petang manakala mangsa kedua
iaitu Mohd. Nor Rahmat Yusof, 11, dari Kampung Singkir Laut maut ketika mendapat
rawatan di Hospital Yan.
Mangsa
ketiga pula, Ibrahim Mohammad, 62, dari Kampung Huma juga meninggal dunia pada pukul
6.30 petang di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.
Menurut
laporan, tiga kritikal dan 59 lagi masing-masing dirawat di hospital Sultan
Abdul Halim dan Hospital Yan.
Mereka dipercayai telah memakan ayam masak
merah,lauk kenduri yang telah dimasak secara bergotong-royong oleh penduduk kampung.
Menurut sumber berita Awani pula, mangsa keempat
pula iaitu Wang Razali Yaacob, 56, telah selamat
dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al-Atiq, Kampung Merbok, Sungai Petani setelah
dirawat beberapa hari di hospital.
Pihak Polis telah mengesahkan
kejadian itu dan laporan perubatan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Kedah yang
mengumpulkan laporan berkenaan daripada empat buah hospital daerah. Siasatan telah mendapati ayam masak merah menjadi punca keracunan
makanan telah dikesan dicemari oleh bakteria jenis “salmonella”.
Menurut sumber yang diperolehi, zulhelmi, (bukan nama sebenar)
mengatakan“ saya pertama kali mendengar berita seperti itu, sangat mengemparkan
kerana lauk kenduri boleh menyebabkan kematian dan saya harap perkara ini tidak
berulang”.
“Agak terkejut dan andaian mula-mula saya mungkin daripada perbuatan kianat,
apabila didedahkan punca yang sebenar,kita sebagai masyarakat perlu peka terhadap
kebersihan agar tidak mendatangkan masalah yang serius seperti kes ini, kita boleh
elakkan mengambil bekalan ayam yang telah dicemari jangkitan ini. Kata Azizah
(bukan nama sebenar) apabila diwawancara mengenai kes keracunan yang melibatkan
kematian ini.
Seterusnya, kes yang mengemparkan ini juga turut menyebabkan masyarakat sekeliling
berhati- hati dalam memilih bekalan ayam untuk menjalani kehidupan seharian.Masyarakat
khuatir jangkitan bacteria jenis tersebut merebak pada bekalan ayam yang lain.
Kes ini mengemparkan apabila kira-kira 2000 orang tetamu yang telah menghadiri
kenduri majlis perkahwinan ini mengundang bencana apabila mereka telah mengalami
simptom-simpton keracunan selepas makan lauk ayam masak merah yang dihidang di
majlis tersebut.
Terlebih itu, tuan rumah majlis tersebut juga telah membuat kenyataan
media memohon maaf dan tidak menyangka majlis pertama kali yang dianjurkan keluarga
tersebut menjadi bencana apabila telah mengakibatkan kematian.
Yusof Ahmad,52,”Saya sebagai
tuan rumah nak minta maaf banyak-banyaklah berlaku pada kenduri baru-baru ini.
Saya pun tak sangka yang boleh jadi macam itu.Saya panggil kawan-kawan untuk datang
makan kenduri ini dengan iklhas, tak ada niat nak buat jahat atau apa.” Sumber daripada
berita Awani.
Setakat ini, 270 orang lagi
masih dilaporkan mendapatkan rawatan di hospital kerana keracunan makanan daripada
majlis kenduri kahwin itu.Wan Hasmie B Wan Zu
Bc12110179
Tiada ulasan:
Catat Ulasan