Ahad, 12 Januari 2014

Proses Penyelenggaraan Perumahan Kastam Kurang Diberi Perhatian


                                   Kediaman Akademik Kastam Diraja Malaysia Cawangan Sabah         

     
                                                                                   
               SEPANGGAR, 1 Disember – Kompleks Perumahan  Akademik Kastam Diraja Malaysia Cawangan Sabah di Teluk Sepanggar, Menggatal menghadapi masalah pembangunan yang teruk akibat pihak berkuasa  tidak mengambil serius masalah di situ, menurut beberapa responden awal pagi tadi.
      
Bangunan yang telah berdiri sejak sepuluh tahun mengalami masalah keretakan yang teruk sehingga terdapat bangunan yang terpaksa dikosongkan kerana membahayakan penduduk yang menetap di situ.
Hanya terdapat satu bangunan yang baru dibaikpulihkan, namun masalah keretakan tetap berlaku. “tapak bangunan itu menjadi masalah utama, bangunan itu dibangunkan menggunakan besi yang berkarat,” menurut Encik Tasyadar, pengawai polis Inanam.

Menurut Nicholas, penduduk tetap di situ, “ sebelum bangunan ini renovate, pintu, dinding semua retak, air dari tangki sering bocor, tapi masalah itu terjadi semula selepas beberapa bulan dibaikpulih. Terlalu cepat bangunan ini menjadi retak,” keluh beliau.

Encik Randi dan Adi ( bukan nama sebenar ) mengatakan perkara yang sama, bahawa masalah keretakan yang berlaku di bangunan tersebut tidak dibaikpulih segera sehingga terdapat penduduk yang terpaksa berpindah.

Bangunan yang telah dikosongkan itu tidak mendapat maklum balas untuk dirobohkan atau dibaikpulih setelah hampir dua tahun bangunan tersebut terbiar.
“ Ada penduduk yang bagi cadangan
supaya robohkan bangunan terbiar itu, jika diperbaharui mungkin masalah yang sama akan timbul kerana bangunan dinaikkan menggunakan besi berkarat,” terang pegawai polis tersebut.
Menurut pengawal keselamatan di situ, Encik Randi “pihak kontrak yang bertanggungjawab untuk menangani masalah bangunan kosong ini.”
Keadaan bangunan itu mengganggu penduduk kerana kes kecurian yang berlaku berpunca dari bangunan terbiar tersebut.

Isu kecurian merupakan masalah yang buruk berlaku di perumahan itu baru-baru ini, menurut keempat-empat responden. Namun, isu tersebut tidak dipandang serius oleh pihak yang bertanggjungjawab bagi membendung masalah itu.
“ Bangunan kosong itu tidak dikawal, pencuri dapat masuk melalui pintu belakang bangunan kosong dan mereka juga mencuri barang-barang dalam bangunan kosong itu,” terang Nicholas.

“ Isu kecurian menjadi isu serius baru-baru ini, mereka mencuri air conditional, kotak wifi di bangunan kosong itu,” ujar Encik Randi.
Sambung Adi ( bukan nama sebenar ) “ada rumah banglo di belakang bangunan kosong, kerja mencuri mudah dilakukan kerana kawasan bangunan tersebut terbiar dan pagar yang ada juga boleh menjadi laluan untuk masuk ke sini.”
Masalah air dan elektrik juga sering berlaku di kediaman tersebut. “ sepanjang bekerja di sini masalah air lebih kerap berlaku daripada masalah elektrik,” menurut pengawal keselamatan itu.

“ Boleh dikatakan setiap hari masalah air timbul, awal-awal pagi isu ketiadaan air sudah menjadi biasa bagi penduduk di sini,” sambung beliau.
Menurut Nicholas, isu ketiadaan air di kediaman tersebut kerap berlaku. ketiadaan air akan berlaku pada waktu pagi sehingga menjelang petang. Masalah ini pernah dikemukakan kepada yang bertanggungjawab tetapi tidak mendapat sebarang maklum balas
 “ Masalah elektrik jarang berlaku, dalam lima bulan sekali sahaja berlaku ketiadaan elektrik, tetapi lampu untuk laluan di bangunan ini jarang berfungsi. Perkara ini membahayakan apabila waktu malam”, terang Nicholas.

“ Seminggu dua baru-baru ini, masalah air tiada di bangunan ini memang sukar. Hampir dua minggu bekalan air tiada, penduduk terpaksa cari tempat yang mempunyai air untuk mandi,” keluh Encik Tasyadar.
Menurut beliau keadaan ketiadaan bekalan air juga mungkin berpunca daripada pembangunan yang sedang dijalankan di sebelah kediaman mereka.
“ Bangunan yang sedang dibangunkan itu memerlukan bekalan air yang banyak, mungkin mereka menggunkan bekalan air dari kawasan terdekat untuk membuat kerja pembinaan”, kata pegawai polis itu.

Kerja pembinaan bersebelahan bangunan petempatan kastam tersebut menjadi satu gangguan kepada penduduk di situ. Pencemaran bunyi dan udara menjadi gangguan penduduk kediaman tersebut.
“ Bangunan yang dibangunkan itu menjadi gangguan kepada kami, tambahan pula pada waktu malam. Mereka selalu membuat kerja tersebut pada waktu malam,” menurut Adi (bukan nama sebenar)
“ Masalah pencemaran bunyi memang mengganggu semua penduduk di sini, pada waktu malam gangguan bunyi tersebut lagi teruk,”  keluh Nicholas.
 “ Masalah pencemaran udara pula, rumah kami sentiasa berhabuk. Walaupun tinggap rumah sudah ditutup,” sambungnya.
Menurut keempat-empat responden masalah pembangunan di perumahann
kastam tersebut tidak di ambil serius oleh pihak bertangjunggjawab untuk dibaikpulih  atau dibangunkan semula. Memorandum juga telah dikemukakan namun masih tiada jawapan. Isu pembangunan tersebut masih dalam menunggu proses untuk pembaikan


by: kajian kumpulan.
Mohamad Hadi B yacob  Bc12110076
Mohamad Sarifudin B Othman  Bc1216o212.
Wan Hasmie Bin Wan Zu  Bc12110179.
Ishamudin B Ab. RAhman  Bc12160207.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan