Majlis Ramah Mesra Siswa Siswi Bersama Timbalan Perdana Menteri Meriah Di UMS
Timbalan
Perdana Menteri bersama Naib Canselor UMS beramah mesra dengan mahasiswa UMS
dan UITM cawangan Sabah
Kota Kinabalu, 1 Oktober 2013 – Kunjungan
Timbalan Perdana Menteri (TPM), Tan Sri Datuk Seri Panglima Hj Muhyiddin Yassin
Bin Hj Mohd Yassin ke Universiti Malaysia Sabah telah bersama-sama siswa dan
siswi UMS dalam satu program majlis ramah mesra.
Program yang dianjurkan ini mendapat
sambutan lebih dari 5000 orang terdiri daripada mahasiswa universiti Malaysia
Sabah dan Universiti Teknologi Mara kampus Sabah.
Program yang berlangsung di Dewan
Canselor UMS, TPM berbicara dengan mahasiswa mengenai transformasi kerajaan
umumnya dalam meningkatkan mutu terhadap sistem pendidikan di Malaysia sambil
beramah mesra dengan para mahasiswa.
Naib Canselor UMS, Prof Datuk
Dr.Harun telah berucap dalam majlis tersebut dan mengalukan kedatangan YAB Tan
Seri Muhyiddin dan YAB Ketua Menteri Sabah, merangkap Pro Canselor UMS serta
serta selaku menteri mentor UMS dalam sama-sama menceriakan Majlis Ramah Mesra
Siswa Siswi bersama Timbalan Perdana Menteri.
Menurut Naib Canselor UMS , beliau
telah melahirkan rasa bangga terhadap pencapaian UMS yang berjaya melahirkan
siswa-siswi yang cemerlang bukan sahaja melalui bidang akademik malah melalui
aktiviti kemahasiswaan. Ini penting untuk melahirkan dan meningkatkan softskill
dalam kalangan siswa dan siswi, antaranya adalah aktiviti yang melibatkan
kepimpinan dan latihan.
Antara Penglibatan mahasiswa UMS
ialah dalam aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawan dengan kerjasama agensi
luar seperti IM4U, SHELL dan Petronas, aktiviti dalam pengucapan awam seperti
debat serta ‘Oriented’ serta aktiviti kesenian dan kebudayaan.
Beliau juga menambah bahawa UMS telah
mencapai beberapa kejayaan dalam bidang kokurikulum, contohnya pasukan Student
In Free Enterprise (SIFE) yang telah Berjaya mengekalkan kejuaraan
peringkat kebangsaan sejak tahun 2011 dan mewakili Malaysia ke peringkat World
Cup Championship iaitu di Berlin Jerman sebelum ke Wanshinton DC pada tahun
2012.
Tidak ketinggalan juga dalam acara
sukan, di mana mahasiswa UMS telah berjaya mencapai beberapa kejayaan yang
boleh dibanggakan seperti kejayaan pada tahun 2013 iaitu pingat emas dalam
acara taekwondo dan juga lawan pedang pada peringkat antarabangsa di China.
Tambah Naib Canselor UMS lagi, beliau amat mengharapkan agar mahasiswa
agar bersifat sederhana dalam menimba ilmu pengetahuan mengikut resmi padi
iaitu “makin berisi makin tunduk”, serta bertegaslah dengan pendirian bahawa
Tuhan adalah sebagai Pencipta.
Beliau amat mengalu-alukan kedatangan
TPM untuk bersama-sama beramah mesra dengan mahasiswa dan berharap mahasiswa
menjadikan pengalaman tersebut sebagai kenangan dan pengalaman yang tidak akan
dilupakan semasa di UMS dan menjadikan kata-kata semangat Y.A.B. Timbalan
Perdana Menteri untuk terus berkhidmat dan menyokong penuh kerajaan dalam apa
jua yang kerajaan lakukan untuk mahasiswa.
“Dalam tempoh 20 tahun UMS telah
melalui beberapa fasa pembangunan yang menjadikan UMS setanding dan mampu
bersaing dengan universiti-universiti yang lebih ‘senior’ dari sudut aktiviti
kemahasiswaan, sukan, kokurikulum dan pengajian” tambah Prof Datuk Dr.Harun.
“saya harap UMS dan UITM Sabah
bersama-sama lagi menganjurkan program bersama kerana ianya amat member manfaat
yang sangat berguna kepada mahasiswa khususnya untuk mahasiswa di Sabah”,
Zulhakim,20, mahasiswa UITM Sabah.
Pelbagai program dan persembahan yang
dilakukan sepanjang majlis tersebut. Mahasiswa juga berpeluang menyatakan
soalan dalam sesi soal jawab ramah mesra dalam majlis ini dan sesi soal jawab
bersama TPM berjalan dengan lancar.
Sebelum majlis ini berakhir, Naib
Canselor UMS dan Timbalan Perdana Menteri serta tetamu terhormat bersama-sama
mahasiswa dalam turut menyanyikan lagu ‘IAM4YOU’ dan beberapa lagu patriotik
sempena 50 tahun Sabah maju jaya dalam Malaysia.
by: Mohamad Hadi
bc12110076
by: Mohamad Hadi
bc12110076
Tiada ulasan:
Catat Ulasan