Kemiskinan
merupaka fenomena sosial yang bersifat universal dan berlaku hampir di semua
Negara termasuk Negara maju.
Kemiskinan
boleh ditakrifkan sebagai ketidakupayaan untuk memenuhi keperluan asas yang
minimum untuk hidup. Keadaan
ini menyebabkan golongan tersebut terpaksa mencari alternative lain untuk
menampung keperluan hidup mereka di kawasan Bandar.
Di
Malaysia, pelbagai usaha telah digemblingkan oleh kerajaan bagi menangai isu
kemiskinan sejak merdeka lagi.
Hasilnya,
insiden kemiskinan secara umumnya berkurang dari 8.5 peratus pada tahun 1999
kepada 5.7 peratus bagi tahun 2004 (Rancangan Malaysia ke Sembilan, 2006:350).
Walau bagaimanapun, negeri Sabah masih menjadi antara tiga negeri yang termasuk
dalam senarai negeri yang mempunyai tahap kemiskinan tertinggi iaitu 23.0
peratus.
Terdapat
beberapa kajian yang diusahakan oleh kumpulan penyelidik Institute Development
Studies (IDS) dan penyelidikan dari Universiti Malaysia Sabah bertujuan untuk
menyediakan satu pangkalan data dan profail serta tahap kemiskinan penduduk
kawasan luar Bandar dan Bandar terutama di Sabah.
Ianya
mengenalpasti masalah-masalah yang menyebabkan mereka kekal miskin dalam sektor
ekonomi, menilai Keberkesanan polisi pembangunanyang dilaksanakan
oleh kerajaan ke atas golongan miskin di Sabah dan menilai sejauhmana polisi
pembangunan yang sedia ada mampu meningkatkan taraf hidup golongan miskin dan
boleh basmi kemiskinan
Pembuangan
sampah sarap dan saluran air kumbahan akan mendorong kepada masalah pencemaran
air yang serius. Pembuangan sampah sarap dan sisa kumbahan yang tidak terurus
akan menjejaskan kualiti air sungai yang berhampiran dengan kawasan petempatan
tersebut. Faktor penyebab musabab kemiskinan lain adalah
berpunca daripada sikap individu itu sendiri. Kekurangan individu yang tertentu
boleh mencetuskan kemiskinan. Kelemahan individu ini biasanya kelemahan yang
ketara dan boleh menyebabkan seseorang itu miskin, walaupun dia berada dalam
suatu masyarakat yang penuh dengan peluang rezeki.
Selain itu, demensi masyarakat juga punca kemiskinan berlaku.Kemiskinan
merupakan sesuatu yang terhasil daripada masalah sosia-ekonomi yang wujud dalam
sesuatu masyarakat dan bukanlah sesuatu yang diakibatkan oleh kelemahan
individu itu sendiri. Antara sebab musabab kemiskinan yang berhubung dengan
masalah masyarakat seperti konflik, ketidakadilan sosial dan sebagainya.
by: kajian kumpulan:
Mohamad Hadi B yacob BC12110076.
Mohamad Sarifudin B Othman Bc12160212.
WAN Hasmie B Wan Zu Bc12110179.
Ishamudin B Ab. Rahman BC 12160207.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan