Seperti yang kita tahu penyebaran ajaran sesat Syiah bukan lagi satu isu baharu. Kita sudah
mendengar kesesatan ajaran itu pada tahun 1990-an lagi.
Muzakarah Khas
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang
bersidang pada 5 Mei 1996 yang lalu telah memutuskan ajaran Islam yang lain
daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak
dan undang-undang Islam.
Sebab itu beberapa
kali, Majlis Fatwa Kebangsaan mengingatkan sebarang bentuk penyebaran Syiah
atau ajaran agama lain daripada ajaran Islam mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah di
negara ini adalah dilarang.
Manakala Kementerian
Dalam Negeri (KDN) juga telah mengisytiharkan sebuah pertubuhan bernama
Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai haram berkuat kuasa serta-merta mengikut
Seksyen 5 (1), Akta Pertubuhan 1966 kerana mencetuskan keresahan dalam kalangan
umat Islam di negara ini.
Kesan buruk ajaran
ini dapat kita lihat pada konflik yang wujud antara puak Syiah dan Sunni di
Iraq, Pakistan dan beberapa negara Arab. Mereka saling bermusuhan dan
berbunuhan. Apakah kita harus membiarkan gejala ini meresap masuk dan
mempengaruhi umat Melayu dan Islam di Malaysia? Fikir dan renungkan adakah kita
ingin menjadi senasib seperti mereka agama kita terletak ditangan kita.
Apa itu fahaman syiah..?
Saya ada mendapat
beberapa sumber penting yang perlu diketahui oleh semua golongan masyarakat,
iaitu dari Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram,
Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi berkata, terdapat beberapa perkara pokok yang
menunjukkan fahaman Syiah bertentangan dengan ajaran Islam sebenar antaranya ia
tidak pernah mengiktiraf kesemua sahabat Rasulullah.
Berbanding golongan
Ahli Sunnah Wal Jamaah (sunni) beliau berkata, mereka mengiktiraf kesemua
sahabat Rasulullah termasuk Saidina Ali Abi Talib yang bersama-sama berjuang
menegakkan agama Allah di bumi ini.
Ø Puak
Syiah hanya menghormati dan mengiktiraf Saidina Ali dan keturunannya manakala
sahabat-sahabat besar yang lain langsung tidak diiktiraf.
Malah, ada di kalangan
puak-puak pelampau di dalam Syiah menganggap Saidina Ali adalah mulia sehingga
ke peringkat lebih mulia daripada Rasulullah sendiri.
Manakala seperti yang
kita ketahui sejarah Islam dipenuhi dengan permusuhan antara Sunni dengan
Syiah. Kerapkali peperangan berlaku di antara mereka. Hari ini kita baca dalam
akhbar dan TV berkenaan dengan letupan bom yang membunuh dan mencedera
beratus-ratus daripada pengikut kedua-dua mazhab ini semasa mereka sedang
sembahyang Jumaat di masjid dan di lain-lain tempat di mana mereka berkumpul.
Sekarang ini ajaran
Syiah sedang upacara- dikembangkan di Malaysia. Jika Syiah
bertapak di sini sudah tentu orang Islam Malaysia akan berpecah lagi. Jarak
antara mereka yang terima ajaran Sunni dan Syiah akan semakin luas.
Masing-masing akan adakan masjid berasingan dan bermacam lagi perbezaan.
Lambat laun
permusuhan mereka akan meningkat sehingga mereka akan merusuh, membunuh dan berperang
seperti yang berlaku di Iraq, Pakistan dan Syria.
Kesan daripada ini
ialah Negara akan jadi tidak stabil dan tidak aman. Saya percaya jika perkara
ini terus dibiarkan orang Islam di Negara ini akan ditimpa bala yang amat
dahsyat. Mereka yang sudah pun lemah akan menjadi lebih lemah. Kerosakan yang
teruk akan berlaku seperti yang kita lihat di Negara-negara di mana Sunni dan
Syiah bermusuh.
Jika selama ini kita
berpegang dan menganuti agama Islam tanpa banyak masalah. Kita tahu di Iran dan
beberapa Negara Islam yang lain ada penganut agama Islam Syiah. Kita tidak
ingin menimbulkan masalah bagi mereka dengan mencuba mengembangkan fahaman dan
mazhab Sunni di kalangan mereka. Sebaliknya janganlah cuba membawa fahaman
Syiah ke Malaysia yang aman kerana kita berpegang kepada satu mazhab yang sama.
Kepada kamu agama
kamu, kepada kami agama kami (Lakum
dinukum waliyyadin). Al Quran menerima adanya orang yang beriman dan ada
yang kafir. Tidak ada paksaan dalam Islam. Mereka yang kafir bebas dengan
kekafiran mereka dan mereka yang Islam juga bebas menganuti dan mengamal ajaran
Islam. Dengan itu permusuhan tidak akan berlaku dan masyarakat menjadi aman.
Saya menyedari
beberapa perkara, sejak fatwa penyelewengan itu dikeluarkan, belum nampak satu
tindakan tegas dan berani diambil terhadap individu yang dilihat cuba
menyebarkan dakyah ajaran Syiah itu.
Hakikatnya, memang
bukan mudah untuk pihak berkuasa dan jabatan agama mengambil tindakan
penguatkuasaan ke atas sebarang aktiviti penyebaran fahaman itu. Punca halangan
itu ialah terdapat beberapa negeri belum mewartakan enakmen berhubung isu Syiah
berkenaan.
Disebabkan itulah
gesaan supaya setiap negeri yang belum mewartakan fatwa menyekat penyebaran
syiah tersebut perlu dilaksanakan segera. Ia bertujuan bagi membolehkan
penguatkuasaan dapat dilaksana secara menyeluruh.
Kita sebagai umat
islam yang mengamalkan ikutan Ahli Sunnah Waljamaah kena faham kenapa Syiah
tidak boleh disebar di Malaysia. Syiah bukan ajaran Islam, jadi statusnya sama
seperti agama-agama lain di negara ini. Oleh itu pengikut Syiah boleh
mengamalkan ajaran mereka tetapi dilarang sama sekali mengembangkan atau
menyebarkan fahaman tersebut kepada umat Islam yang majoritinya mengikut
fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Saya amat bimbang
kerana pengaruh ajaran sesat Syiah dilaporkan semakin berkembang di negara ini
berdasarkan bilangan ahli pertubuhan tersebut.
Selain itu, hal ini
menjadi lebih membimbangkan apabila ada dakwaan beberapa tokoh politik tertentu
terlibat sebagai penganut dan pihak yang bertanggungjawab dalam menyebarkan
fahaman Syiah itu di negara ini.
Hasil carian
maklumat dalam Internet, saya mendapati gerakan Syiah di Malaysia dibiayai
secara langsung oleh kerajaan dan ahli perniagaan Iran. Menerusi gerakan ini,
fahaman Syiah disebarkan dengan meluas tanpa sebarang tindakan berkesan oleh
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Agama Negeri dan pihak berkuasa
tempatan.
Apa yang
membimbangkan saya disini atas usaha itu, akhirnya muncul beberapa tokoh
profesional Syiah dalam kalangan pemimpin berpengaruh, pensyarah, ahli
profesional, pakar perubatan, golongan guru termasuk guru agama sekolah.
Pada hari ini,
gerakan menyebarkan fahaman Syiah ini bergerak secara terang-terangan berikutan
pertambahan 'ahli' mereka.
Jadi kita sebagai
umat islam yang peka atas penyelewengan agama yang berlaku kita haruslah cari
dan bacalah maklumat mengenai penyebaran fahaman Syiah di Malaysia supaya kita
memahami gerakan mereka.
Kini mereka tersebar
luas melalui Internet. Sebelum ini gerakan Syiah menyebarkan fahaman melalui
beberapa cara. Pertama melalui lawatan pemimpin negara Iran ke Malaysia yang
disusuli dengan kempen dan penerangan fahaman Syiah serta lawatan rakyat
Malaysia ke Republik Islam Iran itu.
Kedua melalui
pelajar Malaysia yang ditawarkan belajar di Iran dengan diberi biasiswa dan
kemudahan asas yang secukupnya atau melalui pegawai-pegawai Kedutaan Iran di
Malaysia yang membuat lawatan ke pusat-pusat pengajian tinggi di Malaysia.
Ketiga, dengan
memberi hadiah berupa buku fahaman Syiah kepada perpustakaan-perpustakaan umum
seperti perpustakaan universiti, masjid dan kedai buku yang terkenal.
Banyak maklumat
tentang penyelewengan dan bahaya ajaran Syiah perlu kita ketahui.
Saya ingin menekankan
disini pihak yang bertanggungjawab seperti Kementerian Dalam Negeri haruslah
memantau dan sedia mengambil tindakan undang-undang ke atas beberapa pemimpin
kanan sebuah parti politik kerana bertanggungjawab menyebarkan fahaman Syiah di
negara ini sangat dialu-alukan.
Mohamad Hadi Bin Yacob
Bc12110076
Tiada ulasan:
Catat Ulasan