Jumaat, 10 Januari 2014

cerpen

Apa Ada Pada-MU


“Saya tak kira,saya mula dulu kira saya punyalah..itu kata putus saya,saya tak kisah kamu dah berapa lama kenal,yang saya tahu,saya nak dia.!”. Tuuttt…..Panggilan telefon tersebut mati tidak semena-mena. Aku gelisah,kecewa,tersentap,diburu rasa takut. Sungguh tidak aku sangka,apa yang berlaku seminit lepas menggegarkan sekujur badanku. Ya Allah,mengapa semua ini berlaku,bukan ini apa yang aku pinta dan harapkan. Hujan lebat di luar rumah turut sama merembes keluar sama seperti air mataku yang berlenang di pipi. Aku tidak mahu mengalah,lantas aku menghubungi Safura,ya gadis yang aku puja dan aku sayang,dulunya..Tapi bakal meninggalkan aku untuk beberapa lama lagi. Bagaimana pantas aku menggenggam telefon menghubunginya,sepantas itu jugalah dia menyambut panggilanku. “Mengapa awak buat begini kat saya,awak dah tak sayang saya lagi?tergamak awak terima pinangan jantan tu,mana janji yang awak buat masa kita bahagia dulu,apa,selama ni,tak cukup ke saya bahagiakan awak,tak cukup semua pemberian cinta dan sayang saya pada awak,atau awak dah bosan sebab saya tak dapat berikan awak kemewahan?!..aku teresak,menahan sebak di dada. Aku tidak senang diam dan menunggu jawapannya. Saat ini aku punya seribu alasan untuk menidakkan dia,tapi reaksinya sedikit pun tidak mengena terhadap apa yang aku harapkan. Aku buntu,hairan mengapa dia langsung tidak memberi sebarang respon. Beberapa detik kemudian panggilan dimatikan. Aku makin runsing,jiwaku makin lara dan semakin parah dengan tindakannya itu. Air mataku semakin murah dan semakin deras keluar. Sekali lagi aku kalah dengan perbualan di alam maya. Bunyi telefon terasa kosong sama seperti aku yang hilang arah. Aku lemah,hanya lututku yang menongkah seluruh badan untuk terus berdiri.  Aku rebah di atas katil. Mataku merah,aku mengelamun jauh dan terus hanyut dalam duniaku sendiri. Kejadian yang berlaku kurang sepuluh minit lepas sudah cukup membuatkan aku lelah,aku kepenatan,padahal aku hanya bermain dengan hati dan perasaan. Aku tahu,saat ini hanya tidur ubat paling mujarab bagi penderitaanku. Aku berharap aku tidak perlu bangun lagi agar aku tidak perlu menghadapi pancaroba dunia ini. Ya Allah,bantulah hambamu yang hina lagi jijik ini. Kelopak mata semakin berat untuk terbuka,akhirnya aku tidur dengan kesengsaraan yang aku sendiri tidak dapat menanggungnya.

Buat pertama kalinya,aku bangun daripada tidur dengan linangan air mata.Teruk sangatkah penderitaanku ini hinggakan aku sendiri disajikan hidangan air mata tatkala pagi menyapa?. Masih ada lagikah harapan untuk merampas dia daripada orang lain sedangkan akulah sebenarnya yang menjadi mangsa kepada penculikan kekasih hatiku itu. Aku akui semalam merupakan hari yang paling teruk yang pernah aku alami semenjak bergelar sepasang kekasih. Wajar lagikah aku mengatakan aku ini kekasih orang,tidak…..Ya.Aku masih lagi bergelar kekasihnya. Aku masih mencintainya setulus hatiku,dan aku tidak pernah terfikir dia akan menjadi hak milik orang lain. Aku bergegar apabila mengingatkan kembali panggilan daripada lelaki semalam,ya,dia Syukri,lelaki yang menculik Safura dari pelukanku. Dia lagaknya sudah bersedia meminang Safura tidak lama lagi. Dia juga menyifatkan aku lelaki yang tidak tahu menguntung nasib. Perempuan secantik sayangku itu bukan menunggu masa untuk jatuh,bahkan sebelum masa lagi ia bila-bila masa boleh di sambar mana-mana lelaki yang berkuasa dan berharta. Aku tahu,jika aku dibandingkan dengan dia,aku hanya seperti bunga yang ditutupi oleh lelalang atau rimbunan semak. Mana mungkin seorang pelajar mampu menandingi seorang usahawan. Lumrah dunia yang berkuasa akan terus bermaharajalela,dan yang kerdil menjadi peneman kepada penderitaan. Aku hanya mampu tunduk dengan ugutan seperti itu,tetapi tidak bermakna aku sudah menghentikan langkah yang aku sudah atur sejak sekian lama. Lelaki bedebah itu tidak tahu jerih perih yang aku terpaksa harungi hanya untuk menempatkan aku di dalam hati Safura. Safura memang menjadi igauan bagi mana-mana lelaki,tetapi tidak bagi aku,kerana dia juga sudah terkena sihir dari ayat cintaku. Tetapi adakah sihir itu masih menghantuinya atau sudah disembuhkan dengan godaan Syukri?. Pada zaman ini,apa sahaja yang kita inginkan bergolek di depan mata dengan sihirnya duit. Mungkin saja sihir yang telah mengalahkan sihir cintaku keatas Safura. Setahu aku,Safura bukan jenis yang mementingkan harta dan wang ringgit,tetapi lebih kepada kejujuran,dan ketulusan cinta. Aku percaya dia masih berpegang kepada itu,malah dia sendiri pernah mengungkapkan ayat itu. Tapi apa sebenarnya yang telah berlaku?mengapa dia berubah dalam sekelip mata. Aku mula berasa sangsi,mengapa dia tidak pernah memberitahu aku sedikit pun mengenai Syukri yang ingin meminang dia,padahal kami sudah memeterai janji agar tiada rahsia antara kami. Apa sebenarnya agenda semua ini?. Aku mula meragui kejujurannya.


Aku tidak sepatutnya mengeyakan semua ini,apatah lagi melibatkan orang yang aku cintai. Keadaan seperti ini tidak akan aku biarkan memakan diriku. Aku tidak mahu membiarkan kata-kata Syukri menebar di jiwaku,lantas jari ligat menekan punat telefon menghubungi Safura. Dia menyambut tetapi reaksinya sama seperti tempoh hari,diam dan terus membisu. Tiada guna untuk terus meneka terhadap perbuatannya itu. Aku memutuskan untuk bertemu dengan dia,tetapi ada sesuatu yang menahan aku,dimana harus aku mencari dia?. Ruang fikiran tertumpu kearah taman bunga dimana kami kerap menghabiskan masa suatu ketika dulu,dan disanalah arah yang harus aku tuju sekarang. Langkah terus aku atur,dengan harapan yang menggunung,aku berharap agar dia bertamu di sana. Sunyi,tenang dan aman suasana di sana,hanya kicauan burung dan hembusan angin sahaja yang kedengaran. Mataku liar mencari bayangnya,tetapi kawasan itu tidak sedikit pun menghadirkan kelibatnya. Aku berusaha mencarinya ke merata tempat. Masa seharianku terbuang begitu sahaja hanya kerana memburu gadis bernama Safura. Mungkin ada benarnya kata orang,Universiti ini sangat luas dan aku perlukan kesabaran untuk berjumpa dengan orang yang aku hajati. Tetapi pantaskah aku larut dengan pendapat sebegitu,sedangkan aku sekarang berada di tengah perlumbaan antara hidup dan mati,bahagia dan sengsara. Untuk hari itu,bukan sahaja masaku yang terbuang,bahkan jariku juga hampir melecet akibat terus menerus menekan punat telefon untuk menghubungi dia. Fikiranku berkecamuk seketika,aku juga ditelan oleh perasaan negatif,apakah dia sudah menukar nombor telefon atau muak dengan perlakuanku? apakah dia sudah lemas dengan kemewahan yang diberikan usahawan sial itu?.Sebak di dada aku tahan seboleh-bolehnya. Semua itu hanya perasaan yang menghantui akal dan perasaanku sahaja. Setibanya di rumah,penat lelah yang aku dapat terbalas dengan bantal empuk aku sorongkan ke kepala. Segala beban yang aku tanggung seharian dilunaskan di atas katil. Aku berfikir sejenak. Apa yang terjadi sebenarnya terhadap Safura?mengapa dia menjauhkan diri dari aku?. Semua ayat cinta telah aku curahkan ketelinganya,kejujuran sudah puas terpampang dihadapannya,janji setia sudah acap kali meniti di bibirku,apa lagi yang belum cukup?apa lagi yang kurang?. Persoalan itu tidak mendatangkan apa-apa petunjuk kepadaku,hanya air mata yang menitis keluar sebagai jawapannya. Akhirnya malam mengundang bersama rasa mengantuk yang aku rasakan.
Sebaik kelas tamat,aku tahu siapa yang patut aku tuju,dan ternyata hari ini aku lebih bijak merancang dari hari sebelumnya. Hafizah,ya,kawan rapat Safura. Aku yakin dia juga tahu apa yang membawa aku kepadanya. Dari jauh aku dapat lihat dia seperti tidak senang akan kedatanganku. Makin dekat aku kepadanya,makin resah jugalah dia rasakan. Gerak hatiku memberitahu ada sesuatu yang mereka cuba sembunyikan daripadaku. Namun aku ketepikan semua itu sekarang. “Fizah,mana Sha?!.mengapa dia tak jawab atau balas mesej saya?awak tahu dia kemana?” aku mengetap bibirku semahunya. Buku dipelukannya juga semakin erat dan dia semakin kaku untuk bersuara. “dia,dia,diaa…” dia seperti mencari akal untuk melepaskan diri dari pertanyaan itu. “ aku tak tahu,aku betul-betul tak tahu….” Sekadar membuka mulut. “ mana boleh kau tak tahu,kau kan bestfriend dia,mengarutlah kalau kau tak tahu,aku tak percaya!”nada geramku. Aku berasa pelik,dia juga sama seperti Safura,bisu dan kelu. Dia kemudiannya beransur pergi meninggalkan aku tanpa rasa sedikit malu pun selepas aku menengkingnya. Malah dia pergi seperti tiada apa yang berlaku antara kami. Sekarang barulah aku rasakan tekanan yang sedang menghimpit aku. Mengapa mereka tidak cuba mengerti dengan keadaan yang aku alami sekarang. Mereka seperti telah menjadi rakan subahat Syukri untuk memisahkan aku dengan Safura. Apakah mereka juga telah disogok dengan sejumlah wang untuk menutup mulut tatkala aku bertanya. Adakah ini petanda aku harus akur dan mengalah dengan kekuasaan wang?. Adakah aku perlu melupakan niatku sebelum ini untuk menikahinya?Apakah aku rela melihat cincin emas itu disarungkan ke jari manisnya nanti? Mengapa persoalan ini yang timbul apabila aku merasa bahang masalah ini baru sahaja bermula. Semua jawapan itu hanya terjawab bila aku berjumpa dengan safura semula.Tapi dimana dia sekarang?perlukah aku meminta pertolongan semua orang untuk mencari dia,perlukah aku menjerit kepada khalayak agar mereka tahu apa yang terjadi kepadaku,perlukah aku melutut untuk meminta safura kembali.Tidak,tidak,semua itu hanya membuatkan aku jadi lemah dan rendah di mata Syukri. Saat ini dia pasti berasa senang kerana berhasil menghancurkan harapanku. Selagi aku masih bernafas,kudratku cukup untuk mengerakkan kerat-kerat tulangku,aku bersumpah akan mengubah kembali apa sepatutnya yang menjadi milikku.



Ketika aku sedang duduk di perhentian bas,kelibat Hafizah sedang aku amati dari jauh. Dia berlakuan pelik,sambil telefon bimbit melekat di pipi kanannya,senyum yang mengurai juga jelas aku lihat. Aku tahu,sejak aku mengenali Safura dan rakannya yang lain terutamanya Hafizah,aku tahu dia bukanlah jenis yang suka bergayut di telefon apatah lagi dengan mood yang semacam. Aku hairan dengan setiap tindak tanduknya. Alangkah baiknya jika aku dapat dengar apa yang dia bualkan di telefon itu,tapi itu bukanlah menjadi masalahku saat ini. Masalahku sekarang beratus kali lebih penting berbanding perangai pelik Hafizah. Dalam perjalanan pulang,ingatanku terhadap Safura makin menebal dan setiap kali itulah aku merasa sedih dengan takdir yang berat sebelah terhadapku. Aku terkenangkan wajah ayunya,senyum tawanya,suka dukanya dan semua yang manis yang pernah kami lalui bersama. Kehadiran Syukri dalam sekelip mata mengubah semuanya,dan dia adalah punca ketidaktentuan hidupku sekarang. Kata-katanya tempoh hari sangat meranapkan impian yang baru aku bina bersamanya. Aku mengeluh panjang,tidak tahu apa yang harus aku lakukan sekarang. Bas yang aku naiki singgah betul betul dihadapan pasar raya Jembol,dan kelihatan seorang ibu sedang berpimpinan tangan dengan anak kecilnya. Dengan langkah berhati hati,mereka menaiki bas yang aku juga naiki. Mereka duduk dihadapan selang sebaris dari tempat aku duduk. Gelagat comel anaknya membuatkan aku teringat kepada ibuku yang berada di kampung. Ibu pernah berpesan kepadaku,bahawa hidup ini tidak akan indah jika tiada masalah yang datang melanda,kerana masalahlah yang menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Ibu juga pernah berkata jika ada masalah yang datang,selalulah berdoa kepadaNya agar diringankan sedikit beban itu. Setiap kali aku ada masalah,pasti raut wajah ibu dan ayah muncul dalam ruang fikiranku dan setiap kali itulah ia menjadi penenang yang paling hebat yang pernah aku rasakan. Mereka berdualah menjadi inspirasi sehingga akhir hayatku. Aku melentokkan kepala di kerusi,dan aku mula berfikir. Apakah cara yang boleh aku guna untuk lari dari masalah ini?,daripada aku terus menjadi bahan permainan mereka,mungkin ada baiknya aku dulu mengundurkan diri,mungkin sampai di sini sahaja perjuanganku untuk mendapatkan dia. Apakah tindakan berhenti dari U boleh membangunkan aku semula?Jika itu yang terbaik,sudah sampai waktunya aku pulang ke kampung untuk membantu ibu ayah. Beberapa hari dari sekarang aku akan menulis surat untuk berhenti dari meneruskan pengajian. Walaupun ini semua sangat menyakitkan,aku sanggup berkorban demi wanita yang aku cintai. Demi kebahagiaannya,aku sanggup mengundurkan diri.
Pejabat dekan sekolah betul-betul bertentangan dengan aku,sepucuk sampul surat aku lihat dengan penuh kekesalan. Bahagian atas daun pintu jelas terpampang nama Tuan Ahmad Syaqiri,sebentar lagi surat ini bakal bertukar tangan,makin punah harapanku saat ini. Tombol pintu aku genggam sebesar penumbuk,hatiku lemah untuk meneruskan semua ini. Memang sukar bagi aku untuk melakukannya,tetapi lebih sakit jika aku terus bertahan,apatah lagi gadis idamanku sendiri terang-terangan melarikan diri dari aku. Hatiku makin memberontak,berteriak mengeyakan semua ini saat hati berbelah dua,dan aku juga seperti kecut dengan desakan itu. Hanya keluhan panjang mampu aku luahkan dari batinku,dan hanya itu sajalah yang menemaniku seawal hari ini. Pelajar yang lalu lalang di sekitar bilik dekan sudah lali melihat aku dan mainan perasaanku. Mereka juga pasti mengandaikan aku salah seorang pelajar bermasalah,dan kerana itulah aku setia tercegat di depan pintu dekan menunggu masa untuk diratah. Sungguh aku tak menyangka,dalam kerumunan pelajar yang berpusu-pusu lalu,Izham,sahabat karib aku juga turut sama menghadirkan diri pada waktu itu,cuma yang membezakan adalah jarak dan keadaan yang menyaluti fikiran kami. Dia tekun mengamati tindak tandukku,setiap minit yang aku terjemahkan kebentuk perlakuan diamatinya seboleh yang mungkin. Sudah tentu dia juga berkongsi andaian dengan pelajar yang lain,bahawa aku juga mempunyai masalah serius membabitkan pihak atasan. Namun,itu bukanlah keadaan yang aku rasakan detik ini. Sepucuk surat ditangan mungkin saja dapat menepis andaian murah itu. Tatkala aku nekad memulas tombol pintu,saat itu jugalah aku rasakan seperti ada tangan menarik bahuku sedikit kea rah belakang. Izham,ya dia yang melakukan sedemikian. Wajahnya tidak dapat aku tafsirkan,kerut di dahi memenuhi hampir separuh bahagian atas mukanya. “Apa kau buat kat sini?,kau ada masalah ke?kenapa muka kau nampak pucat?kau tak sihatke?”. Persoalan begitu sejujurnya sudah dapat aku teka,bahkan aku juga punya jawapan bagi setiap pertanyaan itu. “Aku…aku….akuu..aku nak berhenti dari pengajianlah Iz”. “Apa!?,kau nak berhenti,kau biar betul. Setahu aku pointer kau kira power,nak kata masalah yuran,kau dapat biasiswa,yuran pengajian pun kau bayar setiap sem,nak cakap kau sakit,walafiat je aku tengok,apa masalah kau sebenarnya,cuba kau share kat aku,aku kan bff kau,apa guna kawan kan?”. Tawaran Izham sangat mengharukan aku. Sekurang-kurangnya ada juga tempat untuk aku meluah. Niat asalku terbatal dengan keprihatinan seorang yang bergelar kawan. Akhirnya aku beredar dari bilik dekan,dan yang paling penting aku tidak terus menjadi tanda tanya kepada sebilangan pelajar di sekitar ruang itu. Kemudian kami beriringan ke dewan makan. Di sanalah aku memuntahkan semua yang bertakung disanubariku. Mujur saja Iz benar benar rakan yang memahami,dan dia juga faham situasi yang menimpa aku,tetapi aku yakin dia tidak sepenuhnya mendengar isi hatiku ini,kerana dia juga seperti sibuk dengan ‘sms’nya. Dia berusaha mencari peluang untuk membalas pesanan rakannya itu,tatkala aku masih berperang dengan perasaan. Tapi aku juga mengerti kerana lelaki selalunya tidak memberikan 100% perhatian pada kaum sejenisnya,dan sebab itulah aku tidak makan hati atas tindakkannya itu.
Walaubagaimanapun,aku tetap berasa lega kerana ada pihak yang sanggup mendengar luahan hatiku ini. Izham yang duduk bertentangan denganku tiba-tiba meminta diri. Alasannya mudah,untuk pergi ke tandas. Aku juga tiada hak menghalangnya,sekadar mengangguk merelakan dia pergi. Agak lama juga masa yang diambilnya,aku juga sudah tidak senang duduk di kerusi kayu itu. Kepala aku dongak mencari kelibatnya dimana-mana,tapi agak mustahil aku mendapatkannya,kerana suasana ketika itu tidaklah sesunyi dan seaman bilik kaunseling,puluhan malah ratusan pelajar sedang bercabar satu dengan yang lain demi mengisi sesuatu kedalam perut. Tidak lama kemudian,dia datang dengan wajah yang jarang aku lihat sebelum ini. Ukiran senyumannya jelas memperlihatkan ada perkara yang sedang disembunyikannya daripada aku. Aku juga makin tertanya dengan reaksi mendadaknya itu. “Sham?”. Izham sudah mengangkat kedua keningnya memberitahu aku bahawa ada seseorang yang ingin berjumpa denganku. Aku pernah dengar suara itu,nada lembutnya yang sentiasa mengocakkan naluri kelelakianku,suara yang sangat aku rindui suara yang cukup aku sayangi bergema lagi di telingaku. Aku sedar mataku sedikit kabur dek kerana air mata mengumpul lagi. Dalam masa yang sama,aku juga tidak sabar melihat empunya suara walaupun aku sebenarnya tahu gerangannya. Riak wajahku berubah sekelip mata,senyum di bibir mula menguntum selepas aku menoleh kebelakang. Ya,siapa lagi kalau bukan cinta hatiku itu,Safura. Jika tidak mengingatkan kami masih terbatas dari segi perhubungan dalam islam,mahu sahaja tubuhnya aku peluk seeratnya,bahkan aku juga sanggup merangkulnya pergi dari tempat itu. Dia juga memberikan reaksi yang sama,cuma linangan air matanya saja yang menghentikan aku dari lamunan yang tak sudah itu. Aku sekali lagi dibawa berinterpretasi dengan responnya. Aku juga turut disedarkan dari hiburan sesingkat itu. Aku menyedari,titisan air mata Safura itu mungkin merupakan satu petanda yang buruk bagi aku,lantas pandangan yang aku tujukan kearah dia segera aku alihkan. Mungkin sahaja dia ingin mengucapkan kata-kata akhir sebelum meninggalkan aku,mungkin juga dia turut gembira dengan keputusan yang aku buat sebelum ini. “Sham sihat?”. Dalam keadaan yang genting sebegini,dia masih sahaja boleh mengajukan soalan tidak munasabah itu. “Kenapa tanya?,saya sihat atau sakit takda maknanya lagikan bagi awak,maklumlah awak dah ada kehidupan sendiri. Mungkin Syukri dah bagi kesenangan,kemewahan yang awak kejar selama ni.!”. Dia hanya tersengih dan turut sama dikongsi bersama Hafizah. Aku makin celaru,runsing,malah hatiku juga menunggu masa untuk meletup dek kepanasan. Waktu dan keadaan itu,aku betul-betul diuji apabila izham juga tergelak dengan amukan berbaur cemburuku tadi. “Oh,jadi sham marah disebabkan oleh Syukri?’. Makin jadi gelak tawa mereka. Aku dapat rasakan dalam masa terdekat ini,mungkin aku juga berpotensi menjadi sebahagian pesakit mental di Bukit Bintang satu hari nanti. “Apa maksud Sha?”. Nada tidak puas hatiku cukup menghentikan mereka dari terus mentertawakan aku. “Sham,sebenarnya Syukri yang Sham benci tu tak wujud. Takdenya lelaki yang nak pinang Sha.”. “Pasal tempoh hari tu,Sha betul betul minta maaf sebab tak jawab atau balas mesej Sham.”. “Sha buat semua ni sebab sha nak uji sham,sejauh mana kejujuran dan ketulusan cinta sham kat Sha,Sham memang lelaki yang jujur,setia menanti Sha.Sha minta maaf sangat-sangat.”. Penjelasan sebegitu memang sesuatu diluar jangkaanku. Kelegaan yang aku rasakan hanya penciptaku sahaja yang tahu. Ya Allah,kau telah berikan kekuatan kepadaku semula. Diriku terasa dibuai diawangan,masalah yang selama ini menghimpit aku,entah hilang kemana. Nikmat kebahagian dunia sedang menyaluti akal,sanubari dan jiwa ragaku. Kemanisan cinta sememangnya tidak boleh dijual beli. Aku masih lagi terpana dengan penjelasan itu,tetapi masih belum cukup kuat untuk aku berasa puas. “Habis siapa lelaki yang telefon sham tempoh hari kalau Syukri tu sebenarnya tak wujud?”. Senyum sayangku itu masih mekar menguntum di bibir merahnya. “Ituuu…ituu…dia Zaki. Classmate Sha. Sha minta tolong dari Zaki untuk jayakan semua ni”. Aku hanya mampu mengeluh panjang tetapi atas sebab yang aku tidak perlu risaukan. Aku menggeleng beberapa kali menandakan aku kesal dengan perbuatan mereka. “Ala janganlah merajuk lagi,kan semua dah ok. Lagi satu,surat tu tak payahlah hantar kat dekan ye. Kan saya dah minta maaf kat awak?.” Nada comelnya membuatkan aku naik gila tak menentu. Apalah dayaku menolak permintaan gadis idamanku itu. “hah,macam mana Sha tahu saya nak berhenti?”. Aku masih lagi perlukan sedikit penjelasan. “ Izham dah bagi tahu semuanya kat saya. Hafizah pun dah call tempoh hari. Dia dah cerita yang awak macam dah naik gila dengar khabar saya akan kahwin”. Belum sempat dia menghabiskan sisa ayatnya,aku terlebih dahulu sudah memandang kearah mereka berdua. Sekarang barulah aku faham,mengapa mereka berdua berkelakuan pelik sejak akhir akhir ini. “Awak kenakan saya ye selama ni?”. Pertanyaanku memeranjatkan dia. “hehehe..sorry awak”. Lantas hidungnya aku cuit semahunya. Izham dan Hafizah yang sedari tadi menjadi pemerhati setia turut sama mengurai tawa.


-Tamat-



ishamudin Ab. Rahman
bc12160207

Tiada ulasan:

Catat Ulasan