Prof Datuk
Dr Mohd Harun Abdullah bersama tetamu terhormat menyampaikan cenderahati kepada
penyair yang hadir pada Malam Puisi Riong
Kota Kinabalu , 11 september 2013 - Universiti Malaysia Sabah sekali lagi telah
menganjurkan Malam Pesta Riong sempena Majlis Perayaan 50 Tahun Sabah Maju Jaya
Dalam Malaysia.
Program berprestij ini telah
dihadiri oleh beberapa tetamu terhormat iaitu, Pembantu menteri kepada ketua menteri, YB Dato Hj Mohd
Ariffin Md Arif, YB Prof Datuk Hamdan Adnan dekan sekolah Sains Sosial, Dato
Awang Musaman Awang Mahmud dan Prof Madya
Datuk Dr Hj Kassim Hj Md Mansur juga turut hadir dalam majlis malam
Puisi Riong tersebut.
Majlis ini telah dimulakan dengan
nyayian lagu Negaraku dan Lagu Sabah Tanah Airku oleh tetamu terhormat dan
penonton-penonton yang hadir dalam majlis ini.
Majlis ini telah diadakan di UMS
bertempat di Dewan Canselor dan dihadiri oleh mahasiswa dan masyarakat luar
yang tidak mahu ketinggalan menyaksikan malam sejuta penghayatan.
Program ini telah diadakan hampir di
seluruh pusat pengajian tinggi awam dan swasta bagi melahirkan siswa dan siswi
yang cemerlang dan memperkayakan penggunaan bahasa melayu.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Naib
Canselor Universiti Malaysia Sabah sendiri iaitu Prof Dr Mohd Harun Abdullah.
Beliau berucap merasmikan majlis dan
berharap “Mahasiswa dan Mahasiswi perlu tanamkan azam bahawa kita perlu
berkhidmat untuk menyumbangkan idea, usaha, dan tenaga ke arah mengukuhkan lagi
Malaysiaku berdaulat, tanah tumpah darahku,” katanya.
Beliau juga menegaskan bahawa setiap
mahasiswa perlu memupuk semangat patriotik dan perpaduan dalam diri agar
kemajuan yang dicapai oleh Negara tidak musnah akibat perpecahan kaum dan sikap
pentingkan diri sendiri.
Malam Pesta Riong ini juga mengetengahkan
bakat-bakat kerana hampir keseluruhan tetamu terhormat tampil membuat
persembahan dengan mendendangkan syair dan puisi yang bertemakan patriotik.
Program Malam Pesta Riong ini juga
turut ditaja dan mendapat liputan secara meluas oleh Kumpulan Berita Harian dan
turut dihadiri oleh Datuk Mior Kamarul Shahid iaitu ketua pengarang Berita
Harian, dan mendapat sokongan daripada Dewan pendidikan Melayu Malaysia Sabah
dan Atika interprise SDN. BHD.
Majlis ini juga menyaksikan beberapa
persembahan daripada artis sastera sabah yang berpuitis ketika melakukan
persembahan dan memukau penonton yang menghadiri Malam Pesta Riong.
Ketika ditanya mengenai majlis ini, rata-rata
yang hadir memberi perspektif yang menarik. “malam ini kita boleh mendengar
kata-kata puitis dan malam ini juga kita rasakan sendiri semangatnya apabila
mereka yang melakukan persembahan cukup memukau dan saya amat kagum terhadap
majlis ini “, Aiman Syazwan , pelajar UMS.
Mohammad Juhar Bin Harun selaku
presiden Majlis Perwakilan Pelajar juga mengatakan rasa hatinya apabila majlis
ini dapat menarik mahasiswa bersama-sama menghayati penghayatan patriotik
sempena Sabah maju jaya dalam Malaysia.
Program ini adalah
program tahunan dimana hampir keseluruhan universiti di Malaysia mengadakanya
untuk menarik mahasiswa bersama-sama dalam pengahayatan mengenai kemerdekaan
yang telah dicapai oleh Negara dan program ini telah mendapat banyak sokongan
daripada pihak-pihak yang berkepentingan.Mohamad Sarifudin B Othman
bc12160212
Tiada ulasan:
Catat Ulasan