Rabu, 15 Januari 2014

4,546 Graduan UMS Terima Ijazah Dan Diploma Dalam Istiadat Konvokesyen UMS Kali Ke 15

UMS MELAHIRKAN GRADUAN

Kegembiraan Graduan UMS Selepas Menerima Skroll Ijazah Masing-Masing

Kota Kinabalu, 26 Nov 2013 – 4 ribu 546 graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima Ijazah dan Diploma masing-masing dalam Istiadat Konvokesyen UMS kali ke-15 pada 23 sehingga 25 November 2013.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah berkata, seribu 491 graduan merupakan pelajar kelahiran Sabah, sekaligus merekodkan angka tertinggi berbanding tahun sebelumnya. Turut menerima ijazah ialah seramai 98 graduan luar negara seperti China, Turki dan Indonesia.

Graduan Bergambar Sebagai Kenangan

Naib Canselor UMS turut menasihatkan graduan supaya memanfaatkan ilmu sebagai pembudayaan hidup kearah kebaikan sejagat.
“Ilmu adalah cahaya dalam memberi sinar penunjuk jalan buat menemani hidup yang fana diatas pentas dunia yang bersifat sementara ini.
Marilah kita sama-sama mengharungi kesempatan hidup untuk mengamalkan kebaikan sebagai pembentuk citra beradab santun, saling memahami, menerima kekurangan adalah kesempurnaan ciptaan Tuhan dan sebagai lambing kerendahan hati yang berilmu,” katanya ketika berucap pada sidang kedua Istiadat Konvokesyen UMS Ke-15.
Turut hadir, Pro-Canselor UMS, Tan Sri Dato’ Seri (DR) Yeoh Ting Lay dan Pegawai-pegawai Utama UMS.


Wan Hasmie B WanZu
Bc12110179

Tiada ulasan:

Catat Ulasan