Seremban
– Seorang remaja, Muhamad Hafizie Azizi,19, maut dalam satu kemalangan di
Kilometer 261.7 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan. Apabila motosikal yang
dinaiki mangsa dikatakan terbabas sebelum merempuh besi penghadang jalan di
lebuh raya itu, jam 10.50 pagi semalam.
Mangsa yang menunggang motosikal Kawasaki RR150 bersama
rakan-rakan yang lain berasal dari Semenyih Selangor. Apabila sampai di lokasi,
mangsa dikatakan gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas dan merempuh besi
penghadang jalan di tepi lebuh raya.
Menurut jurucakap polis berkata, “Rempuhan itu
menyebabkan mangsa terpelanting beberapa meter di laluan kecemasan meninggal
dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala”, katanya.
“Motosikal mangsa pula terseret hingga
ke laluan kanan lebuh raya sejauh 70 meter dari lokasi nahas,”.
Ringkasan kata daripada pihak berkuasa, semua pengguna jalan raya haruslah berhati-hati di jalan raya, dan jangan memandu secara berbahaya.
By: Mohamad Hadi Bin Yacob
Bc12110076
Tiada ulasan:
Catat Ulasan