Kota kinabalu,24 oktober 2013 – Majlis Perwakilan
Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah telah menganjurkan program untuk mahasiswa
bertemakan “ simfoni ekspresi mahasiswa “ yang
mengundang beberapa artis hiburan tanah air untuk bersama mahasiswa di
Dewan Auditorium Pascasiswazah,UMS.
Program ini dimulakan dengan majlis bual bicara
yang bertajuk tentang cinta dan cita yang dipengerusi oleh moderator daripada pelajar
Sekolah Psikologi Kerja Sosial.
Bual bicara ini yang melibatkan pengkongsian pengalaman
bersama artis undangan iaitu Hafiz Hamidun dan Fitri Haris.Mereka rancak berbicara
apabila turut diajukan beberapa soalan daripada
mahasiswa yang hadir.
Program ini turut mendapat sambutan daripada pelajar-
pelajar baru UMS yang begitu berminat terhadap program yang telah dianjurkan oleh
pihak MPP UMS sendiri dan program ini merupakan program yang ketiga yang telah dianjurkan.
Mohammad Juhar bin Harun ,presiden MPP berkata “
mahaiswa perlu mengekspresikan diri dan mahasiswa juga tidak salah untuk berhibur
tetapi haruslah melalui jalan yang betul dengan berhibur secara sihat dan
program ini mengajak mahasiswa berbicara tentang cinta dan cita dimana mahasiswa
turut merasai tentangnya”.
Program ini merupakan program yang ketiga yang Berjaya
menarik mahasiswa bertandang selepas penganjuran
program Malam Sejuta Keinsafan,program ini mendekatkan mahasiswa melalui hiburan
secara sihat dan lebih positif dimana tidak melalaikan mahasiswa itu sendiri.
Program ini turut disajikan dengan persembahan nasyid
daripada pasukan UMS sendiri yang banyak melakukan persembahan didalam mahu pun
diluar UMS sendiri.
Pasukan nasyid InDHeart berjaya memukau penonton
yang hadir dengan alunan lagu nasyid yang bertajuk “Nur Syuhadah”.
Selain daripada artis tanah air, program ini
turut menjemput artis dari luar Negara iaitu Saif Adam. Saif Adam dijangka berada
di Sabah untuk mempromosikan album terbaru keluarannya.
Beliau begitu nyaring mendendangkan alunan-alunan
yang bersifatkan ketuhanan dimana ianya amat bersesuaian dengan program hiburan
secara sihat yang diuar-uarkan oleh ketua pengarah merangkap presiden MPP
sendiri.
Azri Halim, 19, merupakan penonton yang hadir
turut meluahkan rasa. “ program yang dianjurkan pihak UMS dan MPP ini sangat
berguna dan saya harap ianya boleh dikekalkan dan kalau boleh lebih ramai lagi
artis diundang dan pengalaman ini sangat berharga untuk saya”
Mahasiswi juga tidak ketinggalan menyuarakan
pendapat. “ malam simfoni ini kita isikan masa kita dengan perkara yang
positif, kita sebagai mahasiswa juga perlukan hiburan dan rehat setelah penat
lelah dalam pembelajaran dan saya harap aktiviti ini dianjurkan lagi dan
diharap pihak MPP sebagai suara mahasiswa mampu mengetengahkan apa mahasiswa
mahukan dan tidak lari daripada tujuan yang sebenar di university” Nur
Shafikah, 20.
Mahasiswa yang bertandang rata-rata member reaksi
positif terhadap penganjuran yang telah dianjurkan. “ program ini merupakan
program yang terakhir anjuran MPP sebelum Pilihan Raya Kampus (PRK) bermula”,
tambah mohammad Juhar.
Apabila ditanya mengenai PRK, Juhar mengulas
bahawa PRK kali ini lebih agresif dan terdapat calon-calon yang berlainan latar
belakang yang membawa tujuan yang sama iaitu mahu mengangkat mahasiswa dan
seterusnya menjadi suara untuk mahasiswa.
Program yang berlangsung ini diakhiri dengan
majlis beramah mesra dengan artis yang hadir dan rata-rata penonton yang hadir
yang terdiri daripada mahasiswa berpuas hati terhadap program yang dianjurkan.
Mohamad Hadi B Yacob
Bc12110076
Tiada ulasan:
Catat Ulasan