Pisang mengandungi tiga jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Selain itu, pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan seharian.
Kandungan dalam buah
pisang yaitu : 99 kalori, protein 1.2 gram, lemak 0.2 gram, karbohidrat 25.8
miligram (mg), serat 0.7 gram, kalsium 8 mg, fosfor 28 mg, besi 0.5 mg, vitamin
A 44 RE, Vitamin B 0.08 mg, Vitamin C 3 mg dan air 72 gram.
Bubur pisang
Bubur pisang sesuai
dijadikan sarapan kerana menu tersebut dapat menarik perhatian kanak-kanak yang
kurang gemar makan pisang.
Bagi kanak-kanak yang
sering mangalami demam pada waktu pagi, sediakan bubur pisang sebagai makanan
harian sebagai pemulaan hari supaya dapat mengelak daripada mengalami demam
pagi. Pisang membantu memelihara kadar gula dalam darah dan ianya sesuai
dijadikan makanan pagi.
Pisang mentah.
Pisang mengandungi
potassium yang tinggi dapat membantu sistem imunisasi manusia dalam
meningkatkan daya ingatan. Pelajar digalakkan mengambil pisang tiga kali sehari
supaya sistem pemikiran lebih cekap bertindak.
Makan pisang secara
mentah juga dapat menutralkan lebihan asid dalam badan. Ia dapat mengurangkan
kepedihan di dalam perut seperti mengalami cirit-birit dan sebagainya.
Pisang mengandungi
tryptophan, iaitu sejenis protein yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh
manusia yang boleh mengubah mood menjadi lebih tenang.
Jus pisang
Jus pisang susu serta
madu sesuai dihidangkan pada waktu aktiviti senaman dilakukan iaitu ketika
dalam keadaan keletihan. Ia membantu mengurangkan keletihan. Pisang merupakan
makanan yang dapat menyejukkan perut, dengan bantuan madu dapat membina semula
kandungan gula dalam darah akibat keletihan dan susu pula untuk memperbetulkan
sistem hidrasi semula dan memulihkan sistem tubuh.
Menggunakan kulit pisang
Kulit pisang dapat
menghilangkan kegatalan daripada gigtan nyamuk. Ia amat sesuai digunakan kepada
kanak-kanak yang digigit nyamuk ketika tidur. Gigitan nyamuk akan meninggalkan
kesan merah pada kulit, kesan itu disapukan dengan bahagian dalam kulit pisang.
Kulit pisang juga dapat
menghilangkan pelbagai masalah kulit seperti masalah jerawat, kudis, parut,
kurap. Tampalkan kulit pisang pada bahagian ingin dirawat.
Bubur pisang susu campur madu
Bubur pisang dijadikan
mask untuk disapukan pada wajah. Selepas diratakan, biarkan ia selama 30-40
minit. Lakukan selama 15 hari untuk mendapat kesan yang ketara.
Pisang rebus
Pisang rebus merupakan
menu yang ringkas dan tidak mengandungi kolestrol. Pisang yang direbus
memudahkan proses pencernaan. Jadikan pisang rebus sebagai pencuci mulut
sebelum makan makanan yang berat.
Sistem pencernaan
menjadi lebih lancar serta dapat menghindari daripada sembelit. Pisang punya
kandungan serat yang mampu mempertahankan dan memulihkan kesehatan usus.
Pisang
rebus juga dapat membantu mengurangkan tekanan darah tinggi kerana mengandungi
garam yang rendah.
WAN HASMIE B WAN ZU
BC12110179
Tiada ulasan:
Catat Ulasan