Jumaat, 10 Januari 2014

BOIKOT UMS

2 Januari 2014. Pelajar uninersiti Malaysia sabah yang menginap di kolej kediaman Anugerah Bestari telah mengadakan satu boikot beramai-ramai kepada pihak pengurusan kafe Sri Suria bermula 7-13 januari. Boikot ini dikepalai oleh barisan Jakmas Anugerah Bestari yang diketuai oleh Mohamad Zainal sebagai YDP. Tujuan boikot dilakukan adalah bagi menunjukkan rasa ketidakpuasan hati penuntut kolej Anugerah Bestari terhadap pengurusan kafe Sri Suria dalam penyediaan makanan yang tidak mencukupi untuk menampung jumlah keseluruhan penuntut kolej iaitu seramai 1400 orang pelajar. Selain itu terdapat juga beberapa tuntutan lain iaitu menyediaan makanan yang berkualiti, penjualan makanan yang konsisten (kuantiti), kepelbagaian jualan makanan terutama makanan berlauk mesti lebih daripada enam jenis lauk dan masa operasi yang sewajarnya. Tujuan boikot ini adalah untuk memberi pengajaran kepada pihak pengurusan kafe Sri Suria tentang apa sebenarnya harus mereka lakukan dengan meletakkan kebajikan pelajar di hadapan berbanding keuntungan yang dicari tanpa mengabaikannya.
Mohamad Sarifudin Bin Othman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan