Jumaat, 10 Januari 2014

Jamuan Makan Malam.


7 Januari 2014. Pihak pengurusan Kafe Sri Suria telah mengadakan satu program makan malam bersama pelajar yang menjadi pembeli setia di kafe mereka. Makan malam ini dibuat pada hari pertama pelancaran boikot terhadap kafe Sri Suria oleh penuntut kolej Anugerah Bestari. Walaupun boikot telah dilakukan oleh pelajar namun kafe Sri Suria masih lagi beroperasi seperti biasa dan bilangan pelajar yang pergi membeli di kafe tidak berkurangan. Ini menunjukkan mereka yang melakukan boikot itu hanyalah bilangan kecil yang tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan kafe dan mengambil langkah yang melulu untuk terus memboikot tanpa berfikir panjang. Malam program ini berjalan dengan lancar dan dihadiri oleh penuntut kolej Anugerah Bestari dan pembeli kafe Sri Suria.



Mohamad Sarifudin Bin Othman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan