Rabu, 15 Januari 2014

Pemergian Pak Sudin, Sukar Dicari Ganti

Pelakon dan pelawak terkenal tanah air iaitu Seniman S. Shamsuddin B Dali atau lebih dikenali dengan gelaran S. Shamsuddin, 84, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah mengadu sesak nafas.
Menurut rakan artisnya iaitu Hussin Saaban, arwah telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 11 pagi 4 Jun 2013 di kediaman arwah.
“Lebih kurang pukul 11 pagi arwah pada tanggal 4 Jun 2013, arwah menghembuskan nafas yang terakhir di kediamanya di Bukit Batok Avenue, Jurong, Singapura.
Arwah dijangka akan dikebumikan pada 5 Jun 2013 lebih kurang pukul 11 pagi di Pusara Abadi, Singapura,” tambah Hussin melalui Twitternya.
Sementara itu, Puteh berkata, sejak kebelakangan ini, arwah sentiasa merenung wajahnya dan minta badanya dibersihkan dengan kerap selain tidak banyak berkata-kata.
“Saya ada beberapa kali meminta maaf kepada arwah. Namun arwah beritahu tidak perlu meminta maaf kerana saya tidak melakukan apa-apa kesalahan.
“Saya bersyukur apabila hajat terakhir arwah untuk menikmati mee rebut dapat ditunaikan. Arwah sempat menjamah juadah itu sebelum meninggal dunia,” katanya.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, 7 orang anak dan 14 orang cucu.
S. Shamsuddin dilahirkan di Pasir Panjang, Singapura pada tanggal 1 Januari 1929. Bapa beliau, Dali Bin Kechik berasal dari Melaka, manakala ibu beliau, Khatijah Bt Hj Ahmad berasal dari Geylang Singapura.
S. Shamsuddin berkahwin dengan dengan Puteh Bt Esmoon pada tahun 1954 dan dikurniakan 7 orang cahaya mata hasil dari perkahwinan mereka dan hanya seorang sahaja yang mengikuti jejak langkah Allahyarham iaitu Arif yang merupakan pelakon dan pelawak TV Singapura.
Sebelum Allahyarham menceburi bidang lakonan, kehidupan Allahyarham sebenarnya amatlah susah. Namun Allahyarham merupakan seorang yang tabah dan kuat berusaha. Contohnya, Allahyarham sanggup melakukan pelbagai kerja semata-mata untuk menampung kehidupan keluarganya.
Sepanjang hayatnya, Allahyarham telah membintangi lebih kurang 30 buah filem dan turut mengarahkan sebuah filem pada tahun 1955 iaitu filem Jashan.
Antara filem-filem yang pernah dibintangi oleh Allahyarham ialah, Nujum Pak Belalang, Pendekat Bujang Lapuk, Seniman Bujang Lapuk, Penyamun Tarbus, Nasib Si Labu Labi, Ali Baba Bujang Lapuk dan sebagainya.
Rezeki Allahyarham dalam bidang lakonan sebenarnya tiada siapa yang sangka dan terjadi tanpa dirancang apabila Allahyarham ke Studio Malay Productions (MFP) di Jalan Ampas, Singapura pada 1948 untuk melihat penggambaran filem “Cempaka”. Allahyarham diambil berlakon sebagai pelakon tambahan dalam filem tersebut.
Pengarah filem Cempaka iaitu B. S. Rajhans membayar Shamsuddin sebanyak RM3 untuk lakonannya yang merupakan bayaran bagi pelakon tambahan pada ketika itu.
Beberapa hari kemudian, Shamsuddin memohon bekerja dengan MFP untuk apa sahaja pekerjaan bagi menampung kehidupan keluarganya.
Allahmdulillah, rezeki buat Shamsuddin apabila diterima bekerja sebagai tukang kayu untuk membina set dan latar belakang filem Cempaka dengan gaji sebnayak RM50 sebulan.
Selain membina latar untuk sesebuah filem, Shamsuddin turut diberikan peluang sebagai pelakon pembantu jika memerlukan watak tambahan.
Bintang Shamsuddin mula menyinar apabila dipilih sebagai pelakon utama dalam filem “Tas Tangan Wanita” arahan L. Krishnan pada tahun 1952.
Tas Tangan Wanita merupakan filem komedi pertam yang dilakonkan beliau bersama Osman Gumanti, Neng Yatimah dan Siti Tanjung Perak.
Namanya makin memuncak apabila Allahyarham P. Ramlee mengarahkan filem berunsur komedi pertama pada 1957 iaitu filem ‘Bujang Lapok’ yang menggabungkan tiga watak utama sebagai tunjang cerita iaitu Shamsuddin, Aziz dan P. Ramlee.
Antara adegan dalam filem Pendekar Bujang Lapok yang membuatkan penonton tidak kering gusi
Filem berbentuk drama berat dan disulami dengan kelucuan yang dihidupkan oleh lakonan Shamsuddin dan sehingga kini filem lakonan Allahyarham masih lagi boleh ditonton walaupun telah melepas masa kerana penuh dengan nasihat.

Allahyarham pernah merangkul 2 anugerah utama sepanjang kehidupannya. Anugerah pertama yang dirangkul ialah pada tahun 1981 dalam Festival Filem Malaysia Ke-2 apabila Allahyarham dipilih sebagai Pelawak Terbaik. Dan pada festival yang sama tahun 2009, Allahyarham menerima Anugerah Istimewa untuk Pelakon Veteren Lelaki.


By: Mohamad Hadi Bin Yacob
      Bc12110076


Tiada ulasan:

Catat Ulasan