GENTING HIGHLANDS,21 OGOS – Baru-baru ini malaysia
telah digemparkan dengan kemalangan paling tragis yang telah meragut banyak
nyawa. Kemalangan tersebut yang melibatkan penduduk tempatan dan pelancong
asing.
Seramai 37 orang terkorban
dalam nahas tersebut apabila bas yang dinaiki 53 orang terjunam 60 meter ke
dalam gaung di Km3.5 Jalan Genting Highlands.
Kemalangan itu juga telah
mengakibatkan 16 orang cedera dengan 14 daripada mereka dilaporkan kritikal.
Mereka yang cedera dirawat di Hospital Selayang (lapan), Hospital Kuala Lumpur
(HKL) (lima), Hospital Sungai Buloh (dua) dan Hospital Bentong (satu).
Menurut laporan Bernama,
kejadian 2.45 petang itu berlaku ketika bas berkenaan yang menawarkan
perkhidmatan ulang alik dari Kuala Lumpur ke Genting Highlands menuruni jalan
curam dari puncak pusat peranginan itu menuju ke ibu kota, Pasukan mencari dan
menyelamat yang melibatkan kira-kira 450 anggota termasuk bomba, polis dan
Jabatan Pertahanan Awam terpaksa menggunakan kren, pengusung, tali dan unit
anjing K9 untuk mengesan dan
mengeluarkan mangsa.
Selain itu, insiden tersebut
turut mengakibatkan kesesakan lalulintas teruk di laluan berkenaan.
Menurut
bernama, meskipun pihak berkuasa belum mendedahkan punca sebenar
kemalangan, bagaimanapun antara mangsa yang cedera mendakwa brek bas
gagal berfungsi sebelum terjunam ke dalam gaung itu seperti yang
diceritakan warga Bangladesh, Ali Haider Shyed Haider, 46, yang kini dirawat di
Hospital Kuala Lumpur.
Penolong Ketua Pengarah
Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Soiman Jahid berkata
berdasarkan pemerhatian, dengan keadaan cerun yang agak menjunam, bas boleh
tergelincir ke gaung sekiranya tidak dikawal dengan sempurna menurut laporan
bernama.
Kemalangan buruk lain yang
juga pernah berlaku di kawasan Genting Highlands ialah pada Julai 1996 apabila
17 orang termasuk enam kanak-kanak terbunuh selepas bas yang dinaiki mereka
terhumban kira-kira 100 meter ke dalam gaung ketika pulang daripada menyertai
hari keluarga di Genting Highlands.
Menurut sumber yang
diperolehi, penuggang motosikal berkuasa tinggi zul kifli bukan nama sebenar
berkata “bagi seorang penunggan motosikal kadang-kadang kecerunan sesebuah
jalan raya itu berterusan dan tiadanya kawasan yang mendatar jadi untuk kita
mengawal kenderaan itu kadang-kadang tak dapat dibaca, dengan selekoh-selekoh
dengan secara hemahnya sangat tajam dan terlampau curam sebenarnya.”
Pusat peranginan Genting
Highlands merupakan destinasi percutian popular bagi rakyat tempatan dan juga
pelancong dari negara seperti Singapura, India, Taiwan, Jepun dan Indonesia.
Identiti mangsa yang maut
akan disah selepas bedah siasat dan pengecaman oleh waris justeru itu, ketua
kcemasan dan tromal hospital Kuala Lumpur, Datuk Abu Hassan Asyaari Abdullah
meminta waris yang megesyaki anggota keluarganya yang terlibat dalam kemalangan
tersebut hadir ke hospital Kuala Lumpur bagi membuat pengecaman, menurut sumber
laporan berita awani.
Menurut laporan berita
awani, selepas tiga hari kejadian berada di dalam gaung akhirnya bangkai bas
yang terbabit yang telah meragut 37 nyawa di kilometer 3.5 jalan Genting
Hailand berjaya dikeluarkan.
Bas itu berjaya dikeluarkan
pada jam 12.45 tengah hari menggunakan kren yang dibawa khas dari kula lumpur,
usaha mengeluarkan bas itu diselia oleh polis dengan kerjasama bomba dan
penyelamat serta syarikat pengendali
kren berkenaan.
Menurut awani lagi bangkai
bas yang berjaya dikeluarkan itu kemudian itu diletakkan di atas jalan raya
bagi membolehkan kerja polis, forensik dan puspakom meneruskan kerja siasatan.
Ishamudin Bin AB. Rahman
BC12160207
Tiada ulasan:
Catat Ulasan