Jumaat, 10 Januari 2014

Sukan Negeri Sabah

Likas: Sabah akhirnya berjaya meraih emas dalam pertandingan karate Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-9 yang telah berlangsung di stadium Likas menerusi acara akhir kumite atas 80kg , semalam.
Mohd Alfendy Emran pemenang pingat emas dari Sabah telah berjaya menewaskan Elia Stephen Anthony dari Selangor yang hanya mampu meraih perak dalam acara akhir lelaki kumite atas 80kg. Pingat gangsa pula diraih oleh dua penerima masing-masing dari Kuala Lumpur dan Pulai Pinang,Nadarajah Pannirsenam dan Yeap Beng Keong.
Bagi acara kumite akhir dibawah 60kg pula, emas telah disandang oleh atlet dari Kuala Lumpur iaitu Vinodh Krishnaraja dan perak berjaya dirangkul oleh Vadielan Murugaya dari Perak manakala pingat gangsa di masing-masing dirangkul oleh Tonny Ho dari Sabah dan Thirumurugan Ramalingam dari Perak.
Acara perseorangan akhir Kata pula, atlet Pulau Pinang, James Teck Han berjaya mempertahankan pingat emas dan Chew Teck Han dari Kelantan hanya berpuas hati dengan pingat perak. Gangsa pula dalam acara Kata individu ini dirangkul oleh Mohd Shahrul Nizam Jumaat dan Hisham B.Michael masing0masing atlet dari Brunei Darussalam dan atlet dari Sabah.
Acara akhir Kumite lelaki di bawah 70kg menyaksikan Rao Ramaloo dari Johor memenangi emas berjaya menewaskan Danny Fredoline dari Sabah yang hanya memenangi pingat perak. Gangsa pula berjaya dirangkul oleh Varathan Karthiksan dari Perak dan Guna Chantiran Pannirseman dari Kuala Lumpur.
Kedudukan pungutan pingat pula memperlihatkan Sabah masih mendahului pungutan dengan 2 emas, 2 perak dan 4 gangsa dengan mencatatkan 24 mata. Pulau Pinang mengekori rapat Sabah dengan kedudukan yang kedua dengan pungutan 3 emas, dan hanya merangkul 1 gangsa dengan mencatatkan 17 mata. Kuala Lumpur pula mencatakan 17 mata dibawah Pulau Pinang dengan 1 emas, 2 perak dan 2 gangsa. Negeri-negeri lain mengekori rapat untuk meraih pungutan pingat dalam Sukan Malaysia(SUKMA) kali ke-9 ini.

Mohamad sarifudin B Othman
Bc12160212

Tiada ulasan:

Catat Ulasan