Pertama kali dalam sejarah
di Malaysia yang mana merupakan negara yang masyarakatnya bebas menganut
mana-mana agama mengalami konflik agama antara Islam dan Kristian mengenai
penggunaan Kalimah Allah.
Ada pihak yang melarang
pihak lain menggunakan Kalimah Allah dengan berhujah dalam pelbagai aspek
bersumberkan Al-Quran dan Al-Sunnah yang amat jelas. Manakala sebelah pihak
lagi berhujah berdasarkah Kitab-Kitab yang ditulis sebelum kehadiran Nabi
Muhammad S.A.W.
Malah, ada pihak yang
menggunakan kaedah yang entah dari mana datangnya mengatakan bahawa mengizinkan
penggunaan Kalimah Allah kepada Non-Muslim kerana memberi maksud redha dengan
dakwaan Trinity. Kesanya daripada keizinan itu membawa kepada murtad.
Pihak yang ingin
membenarkan Kalimah Allah digunakan oleh agamanya menyatakan bahawa Kalimah
Allah adalah ‘isim ma’rifah’ ekoran kemasukan huruf ‘alif’ dan ‘lam’.
Terjemahanya membawa maksud Tuhan Yang Esa.
Memang tidak dinafikan
bahawa Kalimah Allah bagi Agama Islam membawa maksud Tuhan Yang Esa kerana
telah diajar oleh Nabi Muhammad S.AW dalam Al-Quran melalui surah Al-Ikhlas.
Namun begitu, ia tidak
boleh menjadi hujah untuk melarang penggunaan kalimah Allah kepada Non-Muslim.
Ini kerana, Al-Quran sendiri telah menyatakan dari sudut pandangan Yahudi dan
Nasrani dalam memahami Allah itu tidak sama seperti pandangan Islam.
Semenjak Wahyu diturunkan
tidak terdapat 1 riwayat pun baik dari Nabi Muhammad mahupun sahabat dan Imam
Mujthid yang menyatakan larangan penggunaan Kalimah Allah terhadap Non-Muslim.
Mungkin juga kita boleh
menjangkakan bahawa alasannya pihak mengizinkan ialah Kalimah Allah adalah
kalimah terjemahan dari Bahasa Inggeris yang menggunakan kalimah God dalam
Bible terbitan Bahasa Inggeris yang telah sekian lama digunakan.
Sama ada kita sedar
ataupun tidak, tuntutan ini sebenarnya amat berbahaya kepada umat Islam
sekiranya dibenarkan, kerana ianya lebih banyak menimbulkan kekiluran dalam
masyarakat.
Cuba kita bayangkan
kekeliruan yang timbul terutamanya kepada golongan kanak-kanak muslim apabila
terbaca iklan atau sebagainya yang berbunyi ‘Aku anak Allah’ atau ‘Anak Allah
yang hidup’, semuanya terjemahan kitab Bible bahasa Inggeris.
Walau bagaimanapun, bagi
menyingkap kekeliruan yang telah berlaku ini, elok rasanya kita melihat kepada
asal usul bahasa kitab-kitab itu sendiri. Bagi Islam dan juga bukan Islam,
mudah untuk difahami bahawa asal Al-Quran adalah bahasa Arab. Apakah yang digunakan
oleh kitab Injil (Bible) dan Taurat? Bagi pengkaji sejarah mereka akan katakana
bahawa asal kitab Taurat ialah bahasa Hebrew dan kita Injil bahasa Greek.
Sekiranya fakta bahasa ini
diterima sebagai asas perbincangan, maka ulasan seterusnya selepas ini akan
menjadi lebih mudah. Malah bagi orang Islam, tidak perlu menjadi pakar tentang
Kitab Taurat dan Injil untuk mengupas isu gawat ini.
Persoalanya sekarang
ialah, apakah perkataan yang digunakan untuk tuhan dalam bahasa Hebrew dan
maknanya perkataan tuhan dalam kitab Injil?
Ini kerana, perkataan
Hebrew membawa maksud Tuhan ialah Elohim, Eloh, El dan Yahweh dapat
diperhatikan dalam Perjanjian Baru didalam The Gospel of St. Matthew bab 27:46
:
“Kira-kira jam 3
berserulah Jesus dengan suara nyaring ‘Eli, Eli lama sabaktam?’
Maksudnya : Tuhan-Ku,
Tuhan-Ku, mengapa Engkau meninggalkan aku?
Dimana Kalimah Allah yang
cuba dimaksudkan ? Al-Imam Al-Baidadhwi pernah menyatakan “setiap seuruhan
syariah itu semestinya memberi kebaikan kepada makhluk dan setiap larangan
mesti terdapat keburukkan disebaliknya’.
Sesuatu perkara yang
dibenarkan melalui nas, tidak kira namanya halal, harus atau wajib dan
sebagainya, sudah pasti punya kebaikkan tersendiri, walaupun kadang kala ia
tidak kita sukai. Allah SWT ada menyatakan dalam Al-Quran yang bermaksud “Boleh
jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu
suka sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak
mengetahui” (Surah al-Baqarah, ayat 216)
Dilema hari ini, keizinan
ilahi mahu dilawan. Peliknya, mereka melawan keizinan Ilahi itu menggunakan
agama Islam, malah sanggup menuduh murtad terhadap mereka yang mahu membenarkan
perkara yang dibenarkan oleh Allah S.W.T itu.
Semua ini tidak berlaku
kecuali berlapikan hawa nafsu dan sentiment yang dikecam dalam Islam, keranan
dengan hawa dan sentiment ini, ia tidak membawa kepada hidayah, tetapi kepada
kerosakkan yang tersendiri.
By: Ishamudin A.b Rahman
bc12160207
bc12160207
Tiada ulasan:
Catat Ulasan