Semua
orang mengenali buah durian sebagai raja buah. Selain rupanya yang berduri
serta keenakan rasa dan aroma boleh menambat selera. Kini, kita tidak perlu
lagi menunggu musim durian untuk menikmatinya kerana durian boleh didapati
dengan mudah khususnya di pusat membeli-belah.
Apatah
lagi jika musim durian datang, di mana-mana saja termasuk di tepi jalan di
taman perumahan. Cuma lebih enak durian ini di makan terus di tepi kebunnya.
Meskipun harganya mencecah puluhan ringgit sekilogram untuk pelbagai jenis
seperti Musang King, D24, dan Durian Tembaga. Memang ramai yang tidak suka akan
baud an rasanya, tapi bagi peminat durian buah itu memang tidak harus ditolak.
Ada
pendapat mengatakan bahawa durian tidak boleh dimakan oleh pengidap kencing
manis dan darah tinggi kerana durian dianggap buah yang panas.
Bagaimanapun,
pendapat ini hanya satu pandangan tidak berasas apabila pakar pemakanan
mengatakan bahawa raja buah ini penuh zat dan sumber nutrisi badan. Malah,
durian adalah salah satu jenis buah yang padat dengan khasiat dan mengandungi
nutrisi bagus. Ini kerana buah tropika ini kaya dengan pelbagai jenis vitamin
dan mineral seperti vitamin C, B Kompleks, Potassium, Kalsium dan juga Zat
Besi.
Menurut
Pakar Pemakanan Pantai Hospital Kuala Lumpur (PHKL), Ong Min Ying, berkata
durian kaya dengan vitamin dan mineral.
Katanya,
durian memberikan kalori atau tenaga yang lebih tinggi berbanding dengan buah
lain dan dua ulas durian (saiz sederhana) memberikan 60 kalori.
“Berat
badan yang berlebihan meningkatkan risiko mendapat penyakit kencing manis dan
sakit jantung”, katanya.
Lantas
tiada halangan kepada pesakit diabetis, darah tinggi atau pesakit lain untuk
menikmati durian asalkan pengambilanya tidak berlebihan bagi mengelak member
kesan kepada kesihatan.
Beliau
berkata, seperti buah-buahan lain, durian juga mengandungi vitamin C, iaitu 5
ulas durian dengan berat sekitar 189 gram mengandungi 9.7 miligram vitamin C bersamaan
dengan kandungan vitamin C untuk 2 biji buah apel merah bersaiz sederhana.
Bagaimanapun,
jika pengambilan durian secara berlebihan, ia mungkin menyebabkan berat bandan
akan meningkat.
“Durian
antara buah yang padat dengan khasiat dan adalah sumber nutrisi yang bagus.
Buah tropika ini kaya dengan pelbagai jenis vitamin dan mineral seperti vitamin
C, vitamin B kompleks, Potassium, Kalsium dan Zat Besi. Durian juga mengandungi
serat yang tinggi.
Durian
juga tidak mempunyai kolestrol”, katanya merungkai dilema pesakit diabetis yang
takut untuk menikmati buah yang lazat ini.
Pendapat
juga menyatakan bahawa durian menyebabkan panas badan sebenarnya bergantung
kepada kuantiti pengambilanya. Jika pengambilan yang sedikit, ia tidak
mendatangkan sebarang masalah.
“Metabolisme
badan kita akan meningkat semasa proses pencernaan makanan dan ini akan
menaikkan suhu badan. Durian adalah sumber makanan yang padat dengan kalori,
jika dimakan secara berlebihan, ini akan menyebabkan suhu badan meningkat, maka
seseorang itu mungkin akan terasa kepanasan,” katanya.
Untuk
mengawal atau mengurangkan kepanasan dalam badan, kita disarankan untuk minum
banyak air.
“Apabila
suhu badan meningkat, badan akan merangsangkan sistem untuk menyejukkan badan
supaya suhu badan diturunkan ke julat normal. Berpeluh dan buang air kencing
merupakan cara badan disejukkan,” katanya.
Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa,
pengambilan durian dengan kadar sederhana akan membawa banyak kebaikkan kerana
durian mempunyai pelbagai vitamin yang baik untuk badan.
By: Mohamad Sarifudin B Othman
Bc12160212
Tiada ulasan:
Catat Ulasan