Maran – Seorang lelaki kurang siuman maut apabila kereta
peronda polis lebuh raya yang dilarikannya terlibat dalam kemalangan di KM 107, jalan KL-Kuantan,
dekat Bukit Lada, Pekan Awah pada awal 4.30 pagi.
Kereta yang dilarikan bersama sepucuk
pistol polis telah berlanggar dengan kereta polis yang mengejarnya melanggar
tiang perhentian bas di lebuh raya Tol Chenor disini semalam.
Lelaki berkenaan dikenali sebagai Muhd Nasrulfahmi Abdul
Nasir, 22 , dari Pekan Awah disini meninggal dunia pada 7.58 pagi, semalam di
Hospital Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh akibat kecederaan parah di kepala.
Menurut Deputi Superintendan Sulaiman A hamid, polis
mendapat laporan maklumat awam mengenai suspek yang tidak siuman di Plaza Tol
Chenor sebelum dua anggota polis dari Balai Polis Pekan Awah bergegas ke
lokasi jam 12.45 pagi.
“dua anggota terbabit mendapati suspek sedang berzikir
di atas motorsikalnya di tengah jalan keluar di plaza tol dan ketika itu ada
sebuah kereta peronda dinaiki tiga anggota polis Bukit Aman.
“anggota polis dari balai Pekan Awah mendekati suspek
dan cuba memujuknya tetapi suspek tiba-tiba mengambil kunci dalam raga
motorsikal dan bertindak menyerang anggota terbabit yang kemudian terjatuh.
“ suspek bertindak merampas pistol anggota terbabit
sebelum mengacukan senjata itu kea rah tiga anggota kereta peronda dan
kemudianya merampas kereta itu. Ketika melarikan diri dengan kereta peronda
terbabit, suspek sempat melepaskan empat das tembakan rambang, namun tidak
mengenai anggota polis yang berkenaan.
“kira-kira jam 4.30 pagi, suspek dilihat memandu kereta
peronda itu secara agresif dan setibanya di kilometer 107 Jalan Kuala Lumpur –
Kuantan, suspek berjaya ditahan selepas berlaku perlanggaran dengan kenderaan
polis yang mengejarnya.” Kata Sulaiman dalam suatu sidang media.
Ishamudin Ab.Rahman
Bc12160212
Tiada ulasan:
Catat Ulasan