SUKU KAUM KIMARAGANG
Istilah kimaragang berdasarkan daripada
istilah sebatang pokok tinggi dan besar
iaitu pokok nunuk ragang. Pokok Nunuk
ragang ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri berbagai-bagai interpretasi
yang kita dapat lihat melalui pandangan retrospek pembacanya Kebanyakkanya
adalah menjelaskan tentang perkembangan
budaya yang lebih menjelaskan kepada aspek world viewnya, yang membawa maksud kepercayaan seseorang kepada
aspek persekitrannya dan cuba menjelaskan apakah maksud daripada persoalan yang
wujuda dalam hati dan fikiran penduduk pada masa itu.
Menurut pandangan Majalok@ Mail Bin Mumin
mengatakan bahawa. “Untuk mengetahui
masyarakat kimaragang itu kita hendaklah mengetahui budayanya. Daripada
pemerhatian itu kita akan dapat merasakan keunikan dan sesuatu yang luar
daripada jangkaan kita. Kerana budaya dusun kimaragang itu sememangnya
banyak ilmu pengetahuan yang dapat kita
pelajari”
Manakala dalam pandangan Jaga Bin Rumantai pula mengatakan “kalau mau menilai budaya dusun kimaragang
kita mesti terus kekawasan yang banyak dusun kimaragang misalnya dikawasan
kampong-kampung ataupun dimana sajalah asalkan ada dusun kimaragang.”
Berdasarkan
kepada pandangan diatas jelaslah bahawa dusun Kimaragang ini mempunyai banyak
pengaruh budaya keatas sekelilingnya yang dibahagikan kepada tiga aspek yang
terbesar seperti ekonomi, sosial dan politiknya. Namun ianya bukannya bermaksud sistem sosial, ekonomi dan politik
masa sekarang tetapi apa yang diwarisi dari generasi terdahulu dan dipraktiskan
hingga sekarang.
by: Mohamad Sarifudin Othman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan