Sabtu, 30 November 2013


















Pada tahun 2012 yang lepas,Sekolah pengajian seni (SPS) dibawah program seni kreatif bercadang untuk menempah satu baju korporat  khas bersempena kemasukan pelajar baru bagi pengambilan sesi 2012/13.Setelah mendapat kata putus dari semua pihak,para pelajar khususnya,uniform yang menjadi kebanggaan bagi sekolah tersebut akhirnya direalisasikan permintaannya.Uniform berwarna ungu yang menjadi pilihan para pelajar mempunyai rekaan yang tidak juga banyak perbezaan dari uniform sekolah lain,ini kerana hanya penambahan logo dan sulaman yang melambangkan sekolah pengajian seni membezakan corak dan penampilannya.Harganya yang bersesuaian dengan kemampuan pelajar pastinya member kepuasan kepada pemakainya. Dan yang lebih menarik lagi,baju atau uniform tersebut mempunyai jenis kain yang sungguh menyelesakan dan tidak memerangkap haba.Jadi tidak hairanlah mengapa ia mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan pelajar.

by: Hisyamudin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan