Ruang foyer merupakan antara tempat yang menjadi tarikan bagi pelajar Sekolah Pengajian Seni (SPS) untuk bersantai.Ruang yang luas mampu memuatkan lebih 100 orang pelajar dalam satu satu masa ini digunakan untuk aktiviti tertentu,sebagai contoh ia menjadi tempat dimana pelajar dalam major tarian mengapresiasikan tarian mereka selain menjalankan latihan improvisasi,ia juga adalah tempat dimana para pelajar dapat mencari ilham lukisan amnya bagi pelajar dalam bidang visual.Selain terdapatnya arca dan pameran lukisan,ruang foyer ini juga dilengkapi dengan kemudahan WiFi dan menjadi kemudahan`vital`kepada semua pelajar khususnya.Ruang yang menjadi kebanggaan Sekolah Pengajian Seni ini sering mendapat perhatian kepada pelawat yang berkunjung mahupun penuntut di Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu sendiri berikutan dengan persembahan seni yang unik ditonjolkan melalui reka bentuk dan pameran arca.Apa yang lebih menarik mengenai ruang foyer ini,segala bentuk ukiran ataupun reka bentuk yang dipertontonkan adalah hasil kerja dan titik peluh dari pelajar SPS sendiri dan ia secara tidak langsung membuktikan bahawa sekolah pengajian seni ini juga berupaya melahirkan bakat baru dalam dunia seni khususnya dalam bidang seni visual dan sebagainya.
Disediakan Oleh: Ishamudein Ab.Rahman
gaya penyampaian masih lemah.. Cuba perbaiki dengan menstrukturkan terlebih dahulu apa yang penting sehinggalah kurang penting.
BalasPadam