FAJAR KEINSAFAN HAKIKI
DI SAAT TERAKHIR
Air
mata yang hanya mampu membasahi pipi di kala aku memikirkan akan pemergianku
nanti. Ilmu agama dan pahala yang hanya sebesar segenggam tangan tidak cukup
untuk aku membawanya berjupa dengan Mu, berbanding dosa sebesar gunung yang aku
lakukan.Kononnya aku takut untuk berjumpa dengan Mu, namun sebenarnya aku
merupakan manusia yang munafik pada diri aku sendiri.Tanpa syukur, aku masih
diberi pinjaman nyawa oleh Mu. Hanya di saat aku memikirkan masa dan ketika itu
barulah nilai keinsafan muncul di dalam diriku, tetapi ia hanyalah seketika
sahaja. Selepas pemikiran ke arah keinsafan itu hilang aku terus seperti aku
yang dulu.Keinsafan yang muncul di kala aku terbaca tentangnya.*balasan di
dunia sebagai pengajaran* suatu tajuk yang mencuit hatiku untuk membacanya di
internet, lalu aku terus menekannya dan keluarlah tulisan mengenainya beserta
dengan beberapa keping gambar.“Dikatakan seorang remaja yang berasal dari
Indonesia ini telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Selepas tiga
jam pengebumiannya, bapa mangsa meminta kubur anaknya itu digali balik atas
sebab tertentu. Namun sesuatu yang ngeri telah berlaku kepada jasat anaknya
dimana seluruh tubuh anaknya telah bertukar menjadi satu jasat yang seakan-akan
telah lama dikebumikan dengan terdapatnya beberapa kesan tumbukan di muka,
lebam-lebam di bahagian muka dan tubuh, warna muka yang berupah menjadi
kehitaman dan pucat dan pakaian bersamanya menjadi buruk.Selepas di kaji
mengenai asal usul remaja ini, beliau merupakan seorang anak yang derhaka dan
tidak mengendahkan tuntutan agama”. Tersenyum sinis sambil air mata mengalir
membasahi pipi, mata ku tajam melihat akan gambar itu, benak pikiranku hanya
tertumpu pada nasib aku yang seperti itu. Namun hati ini kuat untuk aku mulai
berubah supaya ia tidak terjadi pada ku seperti itu. Keinsafan yang
palsu.Keinsafan yang aku harapkan berkekalan hanya lah sementara singgah di
dalam diriku. Dalam beberapa hari sebelum itu aku bagaikan manusia mulia yang
takut akan dosa, namun ia hanya sementara. Benarlah kata ustaz yang iman itu ada
pasang surutnya.Ada kalanya iman seseorang itu kuat dan ada kalanya iman
seseorang itu lemah.itulah yang terjadi pada ku. Banyak atikel-atikel di
internet berkenaan kematian yang aku baca dan ia membawakan keinsafan pada ku.
Namun keinsafan hakiki masih belum aku jumpai.Aku teruskan kehidupan seperti
biasa.Menjadi manusia biasa seperti biasa bagi aku namun bukan agama ku.Hidup
aku bebas namun dalam kebebasan itu tidak semua aku bebaskan.Jikalau masuknya
waktu solat, aku solat namun tidaklah seawal waktunya.Penangguhan waktu yang
selalu aku amalkan.Kadang-kadang ada kalanya aku terkejar-kejar diantara asar
dan magrib.Namun aku tetap mengerjakannya.Inilah tabiat yang telah sebati dalam
diriku.Pada suatu hari, aku sedang tidur di dalam bilik, namun aku terjaga
kemudiannya seluruh tubuh aku menjadi ketar atau menggigir-gigir seakan-akan
kesejukan sedangkan aku tidak sejuk pada masa itu.Apa yang mampu aku lakukan hanyalah
mengucap dan berselawat di dalam hati sekuat-kuatnya kerana aku dalam keadaan
khabar pada masa itu. Aku bertahan dan terus bertahan sehinggalah aku kembali
normal.Selepas itu, tubuhku kemudiannya menjadi lemah dan tidak bermaya
sehingga aku tertidur dengan sendirinya.Hanya sekali itu sahaja perkara
sedemikian terjadi padaku membuatkan aku tidak mengendahkannya lagi.Aku
meneruskan kehidupanku seperti biasa.Dua bulan selepas itu, pada suatu malam
mataku tidak dapat untuk melenakan aku. Walaupun usia malam itu sudah semakin
tua, namun mataku masih tidak dapat dilelapkan. Pada ketika ini aku merasakan
tubuhku seperti ada yang tidak kena.Ada kalanya kepala ku pening seakan-akan
bilik ku itu berpusing-pusing. Namun ia hanya seketika. Kemudia pada malam itu
juga aku merasakan bahagian pusatku seperti ia bergerak-gerak. Sebelum ini
pusat ku tidaklah sedemikian. Namun aku menganggapnya perkara biasa walaupun
sebelum ini aku tidak pernah mengalaminya kerana ia tidak berterusan dan hanya
terjadi padaku pada malam itu sahaja. Keesokan harinya, aku tetap mulakan
kehidupanku seperti biasa.Aku tidak menceritakan perkara ini kepada sesiapa.
Bagiku ini adalah perkara biasa dan mungkin orang lain juga ada mengalaminya.
Selepas sebulan lebih perkara itu berlaku, pada suatu hari aku merasakan bahawa
yang aku mengidam untuk makan makanan yang aku sendiri tidak tahu apa yang aku
ingin makan, membuatkan pada hari itu akumembeli banyak jenis makanan. Namun
masih tidak tercapai rasa sebenar yang aku idamkan itu.Sungguh aku berasa pelik
pada hari itu kerana tidak pernah aku merasakan sedemikian.Aku ada menceritakan
perkara ini kepada kawanku, namun aku ditertawakan olehnya, katanya “kau ni
bunting ke saiful”.Aku pun tersenyum dengan kata-katanya itu kerana menganggap
itu sebagai gurauan. Syukurlah aku hanya mengidam sehingga tahap yang aku
sendiri tidak tahu apa yang aku idamkan hanya pada hari itu sahaja.Namun dua
hari selepas itu, terjadi satu lagi perkara yang tidak pernah terjadi padaku.Selepas
aku sembahyang asar, aku merasakan seperti anak lidahku bergerak-gerek
sedangkan aku tidak menggerakkannya.Aku pergi mengadap cermin di dalam bilikku,
aku mengangakan mulut seluas-luasnya dan tengok anak lidahku.Benar anak lidahku
bergerak-gerak.Hairan aku dibuatnya dan lucu sekali sekali jika aku
memikirkannya.Tiba-tiba anak lidah aku bergerak, unik dan pelik fikirku.
Seharian juga ia terjadi namun tidaklah selalunya ia bergerak tanpa henti
membuatkan aku menganggap ia seperti tiada apa-apa. Keesokan harinya, macam biasa aku gemar akan internet,
aku terbaca satu tajuk iaitu “tanda-tanda nak mati” kemudia aku terus
menekannya dan keluarlah artikel mengenai ”100 hari sebelum kematian”. Dalam
saat aku membacanya jantungku kuat berdenyut, tanganku tiba-tiba menggigil dan
hati ku menjadi tidak senang dibuatnya. Pada yang tertulis di dalam artikel itu
ialah
100 hari sebelum kematian
Seluruh tubuh berasa
bergetar
60 hari sebelum kematian
Pusat berasa
bergerak-gerak
7 hari sebelum kematian
Mengidam makanan
5 hari sebelum kematian
Anak lidah
bergerak-gerak
2 hari sebelum kematian
Seluruh dahi berasa
bergerak-gerak
1
hari sebelum kematian
Terasa bahagian ubun
bergerak-gerak diantara waktu subuh dan asar
Saat
akhir kematian
Terasa sejuk dari
bahagian pusat hingga ke tulang sulbi iaitu di bahagian belakang badan.
Di
saat aku membacanya, di saat itulah air mataku mula membasai pipi. Mengenangkan
akan peristiwa itu yang pernah aku alami. Satu persatu akuamati tanda-tanda itu.
Di saat itu jugalah hatiku mula berasa kelam tidak terkata kecuali mulutku
hanya mampu menyebut nama Mu ya Allah. Allah, Allah, Allah. Aku tidak mampu
berbuat apa-apa pada saat dan ketika itu. Aku mengenang satu persatu apa yang
terjadi dengan ku seperti apa yang tertutis di artikel itu.Tubuhku lemah dan
tidak bermaya secara tiba-tiba, namun perkataan Allah, Allah, Allah masih tidak
berhenti disebut sambil air mata tetap mengalir membasahi pipi. Adakah dengan
ini keinsafan hakiki, taubat nasuha yang sebelum ini hanya bersifat sementara
dan palsu akan menjadisebenar-benar keinsafan dan taubat yang sebati dalam hidupku sebelum aku dijemputnya.Ya
Allah Engkau ampunkanlah segala dosa-dosa yang telah hamba Mu ini
lakukan.Sesungguhnya aku adalah hamba biasa yang penuh dengan dosa dan
hina.Selepas daripada itu, pintu keinsafan hakiki telah aku jumpai. Walaupun
pada mulanya aku tidak dapat menerimanya, namun selepas aku menceritakan apa
yang terjadi pada ku ini kepada seorang ustaz, aku mulai terima akan apa yang
telah ditentukan-Nya. Aku redha dengan apa yang terjadi dan mulai hidup baru
yang lebih baik, namun aku tidak meletakkan kematian ku pada tanda-tanda itu
sebaliknya aku meletakkannya kepada ajal ku yang telah ditentukan oleh-Nya.
by:mohamad Sarifudin Bin Othman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan