CINTA SEJATI
Naluri
seorang manusia amat gemar mencari dan menerima cinta sejati, tetapi adakah
cinta yang dikejar-kejar dan diburu-buru selama ini sudah cukup untuk menghiburkan
jiwa yang dahagakan kasih dan sayang, adakah juga manusia ini seringn kali alpa
dengan cinta sejati hinggakan mereka lupa apa yang sepatutnya mereka cintai.
Sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan cinta sejati, adakah cinta sejati ini
wajib dirasai oleh setiap manusia, dan adakah juga untuk mencari cinta sejati manusia
harus menjadi hamba kepada apa yang dicintainya. Secara rialitinya, cinta
kepada yang maha Esa adalah cinta yang pertama dan utama, Bermula daripada alam
roh lagi kita telah megenali Allah. Begitu mulia dan indah perkenalan ini
sehinggakan telah membuahkan perasaan cinta yang sejati kepada pencipta yang
maha kuasa.Tetapi sayangnya, cinta sejati ini telah dipisahkan ketika manusia
lahir di dunia ini. Cinta yang pertama itu dilupakan kerana sikap manusia yang
salah memberi dan menerima cinta duniawi, contohnya kesilapan ibu bapa mendidik
anak-anak dengan memisahkan manusia daripada cinta Allah, kerana ibu bapa
mendidik anak-anak mencintainya lebih daripada pencipta yang Satu.
Hakikatnya, insan yang bergelar
manusia tidak dapat lari untuk mencintai dan dicintai, kerana rindu dan cinta
terletak dalam hati yang sentiasa merasai gelora dan ombak percintaan. Untuk
mencari cinta yang sejati haruslah dititik beratkan mengenai cinta yang ‘baik’,
barulah hati dan jiwa menjadi baik. Hal ini kerana, sekiranya kita tersalah
memberi dan menerima cinta yang sejati, ibarat kita memberi hati dan perasaan
kepada orang yang jahat, yang sentiasa menhancurkan maruah dan masa depan kita.
Persoalannya, kepada siapa yang perlu dicintai, adakah kita perlu memperajakan
cinta sesama manusia yang dianggap sempurna dan abadi. cinta antara manusia
adalah wajib tetapi haruslah berpada-pada jangan berlebih-lebihan, cinta sesama
manusia ini seperti kupu-kupu, semakin dikejar semakin jauh lari. Tapi kalau
dibiarkan terbang dia akan datang disaat kita memerlukannya, cinta ini juga
boleh mengecapi kebahagiaan dan kekecewaan, jadi jangan terburu-buru memilih
cinta yang belum pasti masa depannya. Tetapi banyak juga cinta yang berlaku
antara lelaki dan wanita, yang alpa dalam percintaan menyebabkan mereka
memingirkan cinta Allah. Adakah ini dianggap cinta yang sejati, yang leka
dengan kesenagan duniawi, dan mengabaikan kebahagiaan akhirat. Oleh hal yang
demikian, kita perlu berhati-hati untuk mencintai dan dicintai, kita juga perlu
memilih untuk siapa yang harus dicintai, dan apa kebaikannya kepada kita dan
orang sekeliling kita.
Cinta yang sejati
adalah cinta yang memberi kebaikan kepada kita dan orang lain. Mengapa cinta
Allah dapat menyatukan manusia. Hal ini kerana, cinta Allah dapat menghilangkan
hawa nafsu manusia yang pentingkan diri sendiri, sombong dan angguh, tanpa
cinta pada yang maha Esa ini, tidak akan ada kasih sayang sesama manusia.by: Mohamad Hadi Yacob
Bc12110076
Tiada ulasan:
Catat Ulasan