Khamis, 14 November 2013

Keunikan Tarian Sabah


                                KEUNIKAN TARIAN SABAH







Kesempurnaan, kepelbagaian, dan keindahan, itu adalah apa yang saya ingin kongsi pada artikal ini, bagaimana kita mendapat kesempurnaan sekiranya tiada makluk yang memberi jalan untuk mengabdikannya, mengelola tulang empat kerat untuk merialisasikannya, bagaimana untuk kita mencapai kepelbagaiaan sekiranya tiada saingan menuju kehadapan untuk mencorakkannya, tiada kata-kata membina untuk mencantikkannya, bagaimana pula mata-mata memandang untuk mengucap keindahan yang tersemat di dalam hati, megeluarkan kata-kata yang tulus iklas dari jiwa sanubari. Menyentuh mengenai adat dan budaya, Bagaimana pula kita ingin mengekalkan adat dan tradisi kita yang amat popular di mata masyarakat, adat dan budaya yang selalu diteroka bagi mata-mata yang berfikir ke hadapan, berfikir dengan keunikannya yang tersendiri. Selalunya keunikan itu digunapakai untuk melonjak terus ke hadapan. Sebenarnya tertarik saya ingin kongsikan pada semua pengalaman saya ketika berada di negeri Sabah, negeri yang penuh dengan khazanah yang tersendiri, penuh dengan budaya yang boleh dikagumi, penuh dengan ilmu yang perlu diterokai. “jauh perjalanan luas pemandangan”, mungkin ini adalah kata-kata yang selalu kita dengar. Bagi saya, bermula dengan sepatah kata sebegini, boleh menjadi seribu kenagan yang dapat diambil dari pengalaman ketika berada di tempat orang. Apakah tidak, setibanya saya di Sabah, banyak benda yang saya ingin kongsikan. Salah satunya, saya ingin menyentuh mengenai adat dan budaya orang Sabah, kajian pertama yang diamanahkan untuk saya terokai adalah kajian mengenai tarian Murut di Tenom.

Apa itu Murut?
Kaum Murut merupakan kaum menetap di pedalaman dan kawasan tenggara Sabah serta wilayah perbatasan antara Kalimantan dan Sarawak. Suku kaum Murut adalah suku kaum ketiga terbesar di Sabah. Tempat tinggal mereka termasuk Tenom, Kemabong, Pensiangan dan Keningau. Dahulu mereka tinggal di dalam rumah panjang dan hidup harmoni dalam kelompok keluarga besar. Perkataan ‘Murut’ merujuk kepada kumpulan penduduk yang tinggal di lereng bukit atau tanah tinggi di Pedalaman Sabah. Murut terdapat di beberapa kawasan seperti Keningau, Tenom, Pensiangan, Sipitang, Kalabakan dan Kinabatangan.
Apa itu tarian Murut di Tenom?
Memandangkan Murut mempunyai keunikan yang tersendiri, contohnya kaum Murut tinggal di rumah panjang yang berhampiran dengan kawasan sungai atau membuat penempatan sepanjang sungai. Mereka tinggal di dalam rumah panjang yang menempatkan 10 hingga 20 keluarga. Menyebabkan keakraban silaturahim mula terpancar pada sanubari setiap penghuni rumah panjang yang dianggap satu keluarga besar. Apakah tidak, berada di satu bumbung yang sama, kehidupan berjiran teguh diamalkan, tolong-menolong giat dilaksanakan. Maka tidak hairanlah, keunikan mereka dikagumi, tambah lagi apabila menyambut perayaan atau upacara keagamaan. Setiap diantara mereka sentiasa lengkap-melengkapi, bagi menjayakan satu-satu upacara. Contohnya, setiap upacara dilengkapi dengan tarian yang tersendiri iaitu.
TARIAN MANGUNATIP:
Tarian Magunatip adalah sejenis tarian tradisi masyarakat beberapa suku kaum Murut di pedalaman Sabah. Perkataan Magunatip diambil daripada perkataan "atip" yang bermaksud menekan antara dua permukaan. Penari magunatip memerlukan kemahiran dan ketangkasan yang baik untuk menari melintasi buluh yang dipukul serentak untuk menghasilkan bunyi dan irama tarian tersebut.
Biasanya tarian ini tidak memerlukan iringan muzik oleh kerana bunyi buluh itu yang dilagakan akan menimbulkan bunyi yang kuat serta rentak dan irama yang menarik. Tarian ini merupakan tarian yang dipersembahkan semasa upacara-upacara yang tertentu untuk menghormati tetamu
TARIAN ANGALANG:
Tarian anggalang ini dipercayai menjadi satu tarian yang sering di tarikan oleh orang murut pada masa dahulu.Hal ini demikian kerana,tarian ini banyak kegunaannya seperti boleh ditarikan pada sesuatu perayaan,keramaian,kelahiran ,malah pada masa ini tarian ini juga ditarikan untuk sesuatu majlis.Tarian Anggalang ini telah diwarisi dari generasi ke generasi sehinggala pada masa ini.
          Orang murut pada masa dahulu, apabila ada keramaian seperti minum tapai mereka akan menari tarian ini untuk menyambut kedatangan orang yang jauh melawat mereka sambil memukul gong. Selain itu, tarian ini juga boleh ditarikan selepas pengebumian si mati kerana untuk memperingati dan menghormati pemergian si mati.Namun tarian ini akan dibuat selepas habisnya pantang larang kematian.
TARIAN LANSARAN:
Tarian Lansaran merupakan tarian traditional suku kaum Murut. Tarian lansaran ini biasanya ditarikan di lantai khas yang berukuran kira-kira 81 kaki persegi yang dibina di tengah-tengah rumah panjang yang diperbuat menggunakan kayu bulat. Kayu bulat dipasang berlapis-lapis secara khusus supaya boleh melantun seperti "spring".
Di atasnya tarian lansaran dilakukan oleh kumpulan penari lelaki dan perempuan, Penari tarian ini membuat bulatan sambil melonjak-lonjak di atas lantai lansaran dengan diringi oleh bunyi hentakan susunan kayu bulat di bahagian bawah lantai lansaran, sambil itu penari lelaki akan melonjak ke atas untuk mencapai "kinkilat" (singkowoton) yang digantung di bahagian atas sambil bersorak tanda gagah.
Kemuncak tarian lansaran ialah berbalas-balas pantun tanda mengeratkan lagi tali silaturahim antara mereka. Pada masa lalu tarian itu diadakan bagi menyambut kepulangan para pahlawan yang telah mencapai kemenangan setelah bertarung di medan pertempuran.

Secara keseluruhannya, saya melihat dan meneliti tarian dengan lebih dekat lagi, terutamanya tarian Lansaran di Murut, yang terlalu banyak nilai-nilai yang menarik. Tetapi dalam peredaran zaman pada masa kini, kebanyakan tarian yang ada masa dahulunya disanjung, tapi kini dilupakan sebegitu sahaja dan tidak boleh dinafikan sekiranya adat dan tradisi ini dibiarkan begitu sahaja, lama-kelamaan tradisi ini hilang dikikis peredaran zaman yang melonjak ke hadapan.

By; Mohamad Hadi Yacob
     Bc12110076


1 ulasan: