Ahad, 17 November 2013

Pengajaran Di Lahad Datu..

 PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU

Takziah diucapkan kepada keluarga anggota keselamatan negara iaitu inspektor zulkifli Mamat, dan Sarjana Sabaruddin dari unit komando yang terkorbang dalam serangan bersenjata yang berlaku di Lahad Datu baru-baru ini, susulan kejadian itu, empat lagi tentera Malaysia terkorbang dalam insiden tersebut, menjadi jumlah kematian keselamatan negara adalah lapan orang yang. Alfatihah diucapkan kepada kesemua pejuang negara yang sanggup menggadai nyawa demi membela dan mempertahankan keselamatan negara daripada dijajah dan dicerobohi oleh pihak luar seperti tentera di raja Sulu, kalau difikirkan bukan mudah sempadan negara dibolosi oleh sekumpulan warga asing bersenjata, tambah lagi, kebanyakan pihak musuh yang mencerobohi negara ini merupakan tentera yang tidak terlatih, ada laporan juga mengatakan sebahagian mereka itu adalah bekas tentera MNLF. Mereka adalah dari suku  Tausung yang degil dan selalu melanggar arahan ketua.

          Walau bagaimana pun, isu membabitkan keselamatan negara tidak sewajarnya dipandang remih dan diambil mudah oleh semua pihak,terutamanya pihak kerajaan yang amat penting bagi membanteras masalah ini dengan apa cara sekali pun sebelum "nasi menjadi bubur". Tetapi apa yang  menyedihkan, bagi menyiasat, menyelidik dan membongkar punca pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu telah membabitkan banyak pihak, terutamanya pihak pembangkan dan pihak kerajaan, kedua-dua pihak ini sering bertikam lidah, salin tuduh-menuduh, beralih pendapat, bagi menjatuhkan antara satu sama lain. Dalam kesulitan yang berlaku ini, mainan politik semakin dipersoalkan. Satu persoalan yang saya ingin simpulkan, adakah dengan berbuat sedemikian masalah ini dapat diselesaikan, dan adakah masyarakat di negara ini sudah cukup kuat untuk bersatu hati, bermuafakat antara satu sama lain, bagi menentang apa-apa malaputaka yang akan berlaku tampa mengira kaum, darjat, dan parti.


          Menurut orang-orang cerdik pandai, sejarah akan kembali lagi, hidup ini seperti roda, ada kalanya kita berada di bawah, dan ada kalanya berada di atas. Adakah peristiwa bukit kepung yang berlaku pada 23.Feb.1950, yang membabitkan musuh asing iaitu tentera Komunis yang telah menyerang dan mengepung balai polis, Kesan pertempuran itu telah menggorbagkan banyak nyawa bagi pihak polis. Mungin pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu Sabah ini merupakan kejadian kedua pencerobohan membabitkan sempadan negara dibolosi oleh pihak luar yang telah meragut nyawa tentera keselamatan negara. Pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu ini, bukan masalah kecil, ini kerana membabitkan isu negara dan keselamatan sejagat. Oleh hal yang demikian, Malaysia harus bertindak dahulu, sebelum masalah ini menjadi barah. Antara tindakan pertama yang diambil oleh kerajaan adalah, Perdana Menteri, telah menyerah kuasa kepada panglima Anggatan Tentera Malaysia bagi mengawal keselamatan negara terus terbela. 

By; Mohamad Hadi Yacob
       bc12110076

1 ulasan:

  1. "terkorbang", "menggorbagkan" tau la hang Terengganu.. "...serangan bersenjata yang berlaku di Lahad Datu baru-baru ini, susulan kejadian itu, empat lagi tentera Malaysia terkorbang dalam insiden tersebut, menjadi jumlah kematian keselamatan negara adalah lapan orang yang..." ayat meleret.

    BalasPadam