Ahad, 17 November 2013

ORANG ASLI

Kenapa Orang Melayu Perlu Belajar Dengan Orang Asli


Masyarakat Pribumi atau lebih dikenali sebagai orang asli adalah merupakan masyarakat mempunyai status penduduk terawal dan telah mencorakkan negara kita.  terdapat sekurang-kurangnya 18 suku dari etnik orang asli yang dikatagorikan kepada 3 kumpulan utama iaitu Negrito, Senoi dan Melayu asli. Kesemua orang asli amat teguh pada pegangan adat dan pantang larang mereka. Masyarakat ini juga mempunyai pelbagai kemahiran dalam perubatan tradisional dan berpengalaman di dalam hutan. Justeru itu, kemahiran dan pengalaman yang dikuasai oleh mereka haruslah dipelajari oleh orang Melayu agar ilmu yang berguna ini dapat dimanfaatkan.

   Pertama, orang Melayu perlu belajar daripada orang asli adalah disebabkan orang asli berpengalaman dalam bidang perubatan tradisional. Kemahiran yang dimiliki oleh masyarakat ini telah diguna pakai dan diakui oleh semua golongan masyarakat iaitu orang Melayu, Cina dan India bahawa cara perubatan mereka adalah berkesan. Hal ini kerana, orang asli menggunakan sumber semula jadi seperti herba cengkih, akar kayu, dan sebagainya, untuk menghasilkan ubat bagi jenis penyakit seperti sakit perut, lumpuh dan demam. Manakala pengetahuan mengenai perubatan tradisional hanya dikuasai oleh Dukun sahaja menyebabkan ilmu perubatan ini sukar dipelajari oleh masyarakat lain. Tetapi masalah ini dapat diatasi hasil daripada keinginan yang tinggi oleh orang Melayu untuk ingin mempelajari perubatan tradisional orang asli. Antaranya adalah, penganjuran pameran perubatan tradisional yang diajar oleh orang asli sendiri. Hasil daripada pendedahan mengenai perubatan tradisional orang asli, orang Melayu dapat memperkembangkan lagi perubatan ini bagi memberi perkhidmatan kepada masyarakat lain iaitu kaum Cina dan India
                       
   Seterusnya, orang asli amat berkemahiran di dalam hutan, menyebabkan orang Melayu harus mengambil kesempatan untuk mempelajari bagaimana situasi ketika berada di dalam hutan. Hal ini kerana, memandangkan lokasi orang asli amat strategi iaitu berada di kawasan hutan hujan tropikal menyebabkan pelbagai pengalaman mengenai ilmu hutan dapat diterokai. Kemahiran orang asli mengenai hutan telah diajar sejak kecil lagi, mereka telah didedahkan dengan alam semula berbanding dengan anak orang Melayu yang berada di kota dan pinggir bandar. Daripada pendedahan ini, mereka mempelajari kelebihan yang ada di kawasan mereka. Contohnya, sejak kecil lagi, kanak-kanak orang asali telah mempelajari bagaimana untuk memburu, manangkat ikan, cara untuk masuk hutan dan memungut hasil hutan. Menyedari hakikat ini, secara tidak langsung sudah tentu mereka mengetahui seluk beluk mengenai hutan, menyebabkan orang Melayu harus mempelajari sedikit sebanyak ilmu yang ada pada orang asli, agar dapat digunakan pada situasi darurat.
       Akhir sekali, orang asli berpegan teguh pada adat dan budaya mereka, menyebabkan semua masyarakat terutamanya orang Melayu haruslah mempelajari dan menteladani sikap murni tersebut. Hal ini dapat dilihat, orang asli hidup dalam kelompok masyarakat yang besar, dalam kelompok tersebut dikatagorikan kepada 3 kumpulan utama iaitu Negrito, Senoi dan Melayu asli, menyebabkan jumlah penduduk yang menghuni setiap kampung adalah sedikit. Contohnya, sebuah perkampungan orang asli biasanya terdapat 60 hingga 300 orang penduduk yang diketuai oleh seorang Penghulu atau Batin yang merupakan ketua adat mereka. Kehidupan dalam bermasyarakat yang diamalkan oleh mereka amat harmoni berdasarkan penerapan budaya mereka. Antara adat yang diamamalkan oleh orang asli adalah, adat perkawinan, adat kematian, adat kelahiran dan adat masuk hutan. Jelaslah orang Melayu haruslah menteladani sikap orang asli yang mengambil berat dan meghormati adat dan ketua mereka walaupun hidup dalam era globalisasi.

                      
        Secara keseluruhannya, masyarakat orang asli mempunyai satu adat dan budaya yang unik. Keunikanya telah menjadi masyarakat ini lebih stabil dari sudut sosial, ekonomi dan politik. Tidak ada unsur-unsur hasad-dengki, khianat, sabotaj, kedekut, dendam dan sebagainya. Keadaan ini tentulah jauh berbeza dengan masyarakat kita dibandar hari ini. Masalah sosial seperti sumbang mahram, tamak, hasad dengki, dendam, mementingkan diri-sendiri, materialistik dan sebagainya adalah perkara yang biasa. Kita selalu mengatakan masyarakat bandar lebih bertamadun berbanding masyarakat asli, tetapi sejauh manakah kenyataan ini benar.



By: Mohamad Hadi yacob
       bc12110076

1 ulasan: