Perkhidmatan
di SPS
Perkhidmatan
Bank yang kelihatan sebenarnya terletak di satu ruang yang tersedia di dalam
kawasan Sekolah Pengajian seni (SPS) adalah satu bonus yang sangat bernilai
kepada pelajar SPS itu sendiri.Ini kerana hanya terdapat satu sahaja perkhidmatan
Bank yang disediakan di Universiti Malaysia Sabah.Kemudahan ini secara tidak
langsung membantu meringankan beban seorang pelajar khususnya bagi mereka yang
bergelar junior atau pelajar tahun 1.Ini kerana,pada kebiasaannya urusan
peminjaman bantuan kewangan pelajar atau Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN) memerlukan urusan bank dilakukan secepat yang mungkin,maka tidak
hairanlah mengapa sesorang pelajar dibawah naungan SPS menghargai kemudahan
bank tersebut berbanding pelajar dari sekolah yang berlainan. Walaupun ruangnya
yang tidaklah sebegitu besar dan menyelesakan,namun ia sudah cukup memadai bagi
pihak yang benar-benar memerlukan perkhidmatannya.Kelihatan juga beberapa orang
pekerja yang bertugas melayani masalah pelanggan dan sudah pasti mereka juga
mengharapkan agar servis yang mereka sediakan memuaskan hati para pelajar
mahupun orang luar.
By: Ishamudin A.b Rahman
By: Ishamudin A.b Rahman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan