Kolej angkasa
Kolej Sri
Angkasa (KSA) yang terletak di Kawasan menggatal iaitu di petempatan atau
perkampungan Rampaian merupakan kolej yang baru dibuka bagi para pelajar UMS
khasnya.Sebanyak 3 buah bangunan digunakan sebagai petempatan sementara bagi
pelajar lelaki dan perempuan. Bangunan atau kolej Angkasa ini,secara rasminya
dibuka pada awal sesi pendaftaran 2013/14 lagi,dan berupaya memuatkan lebih
1000 pelajar dalam satu-satu masa.Apa yang lebih memuaskan hati para
siswa/siswi,perkhidamatan yang disediakan tidak kira dari segi kemudahan bas,
lif,dan kafetaria,bilik yang diberikan juga bersesuaian dengan citarasa sebagai
seorang pelajar,kerana ia sangat mementingkan privasi mereka.Walaupun kolej ini
masih dikategori baru,ia sudah pun mampu memenuhi hampir keseluruhan kriteria
di kolej asal,iaitu UMS sendiri. Dari segi jarak pula,kebiasaannya
perjalanan yang diambil bagi setiap bas
yang disediakan untuk sampai ke UMS adalah dalam lingkungan 25-30
minit,manakala bagi pelajar yang mempunyai kemudahan pengangkutan sendiri
dianggarkan dalam 15-20 minit.Ketiga-tiga bangunan yang digunakan masing-masing
mempunyai 8 tingkat kesemuanya dan sudah pasti ia boleh memuatkan pelajar dalam
jumlah yang sangat banyak.
Disediakan Oleh: Ishamudein Ab.Rahman
Disediakan Oleh: Ishamudein Ab.Rahman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan