CINTA
SEORANG HAMBA
Manusia di jadikan oleh Allah S.W.T dengan
keindahan. Dari penciptaan manusia yang pertama iaitu adam sehingga umat masa
kini. Sebagai seorang hamba yang di turunkan didunia ini untuk melaksanakan
perintah-NYA serta hanya menumpang sementara
sebelum hayat sampai kita perlu mengikut segala arahan yang di tetapkan.
Sebagai hamba yang cinta akan Alah S.W.T kita patut melakukan perkara-perkara
yang tidak dimurkain-NYA dan juga cinta akan kekasih Allah S.W.T iaitu Muhammad
S.A.W perlu mengamal dalam hidup apa jua perkara yang simpaikan. Sebagai hamba
cinta kepada-NYA tidak hanya diucapkan dengan kata-kata tetapi kata-kata itu perlu
diikuti dengan amalan kita begitu juga dengan Muhammad cinta akan baginda
perlulah ikut semua seruan baginda.
Hubungan Tuhan dengan manusia dan juga alam
keseluruhan yang berasaskan cinta dan kasih. Begitu juga cinta akan manusia
dengan Tuhan berasakan cinta dan kasih yang lahir dalam hati dengan penuh
keikhlasan. Mencintai Tuhan adalah asas dalam keimanan seseorang. Sesiapa yang
membenci Tuhan maka dia tidak beriman. Siapakah diri kita sebenar di
tengah-tengah kawan-kawan yang ramai, jiran yang duduk disekeliling rumah,
saudara mara yang bertalian darah serta teman sepejabat. Bagaimanakah keadaan kita disisi isteri tercinta,
anak-anak serta keluarga. kecintaan manusia kepada kita berkait rapat dengan
kecintaan Allah S.W.T..sesungguhnya Allah juga mencintai kekasihnya iaitu
Muhammad.
Mengaku mencintai Allah amat mudah
dilafazkan dan dilakonkan tetapi cinta itu hanya boleh dizahirkan dari dalam
hatai yang suci bukan yang berpenyakit takabur, tamak dan dengki kepada orang
lain. Sebagai hamba yang cinta akan Tuhan perlu menghapus sikap yang ada dalam
diri agar sesuatu yang kita lafaz tidak sia-sia.
Kesimpulannya,
setiap manusia sememangnya lahir rasa cinta akan setiap benda yang ada dimuka
bumi ini atau kepada Tuhan. Sebagai manusia yang dicipta dan di hantar ke muka
bumi untuk sementara. Rasa cinta akan Tuhan harus hadir agar hidup kita
diberkati dan cinta juga menandakan manusia bersyukur dengan apa yang diberikan
oleh Tuhan. Perasaan cinta dipupuk dari kecil lagi oleh orang tua dan apabila
manusia dapat berfikir sudah pasti perasaan itu hadir dengan diri sendiri tanpa
tunjuk ajar.
by: Wan Hasmie..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan