Khamis, 14 November 2013

KAU

                                                         KAU

Hidup ini adalah untuk mencari kau…
Mencari untuk hidup…
Mencari untuk terus hidup…
Hidup untuk mencari demi meruskan kehidupan…
Kau menyebabkan semua manusia tercari- cari…
Tercari- cari untuk  hidup…
Tercari cari- cari untuk meneruskan kehidupan…
Tercari- cari dengan pelbagai kepastian…
Kepastian…
Kepastian yang bercabang menjadi dua…
Baik dan buruk menjadi permasalahan…
Kenapa semua manusia mencari kau…
Adakah kau orang penting untuk hidup…
Adakah hidup ini untuk kau…
Adakah kau diperlukan untuk hidup …
Jikalau kau tiada…
Adakah hidup ini tidak dapat diteruskan…
Dengan adanya kau semua manusia jadi gila untuk hidup….
Hidup…
Hidup ini penting dengan adanya kau…
Hidup ini tidak akan bermakna tanpa adanya kau…
Kau diperlukan untuk hidup…
Kau diperlukan dalam semua perkara…
Kerana itulah kau dicari- cari…
Kerana itulah juga kau penting untuk hidup…
Dengan tiadanya kau…
Manusia di pandang hina oleh manusia yang memiliki kau…
Dengan tiadanya kau…
Manusia hidup dalam kesusahan…
Dengan tiadanya kau…
manusia sangup melakukan apa sahaja demi mendapatkan kau…
dengan tiadanya kau…
manusia ditindas…
dengan tiadanya kau …
perkara yang haram sanggup dihalalkan…
dengan tiadanya kau…
manusia sanggup bertelingkah…
dengan tiadanya kau kemajuan hidup manusia menjadi mundur…
kerana itulah pentingnya kau untuk hidup…
hidup…
kau penting untuk meneruskan kehidupan…
Dengan adanya kau permasalahan baik dan buruk muncul…
Kebaikan dengan adanya kau dalam kehidupan…
Dengan adanya kau…
Manusia hidup senang…
Dengan adanya kau…
Manusia dipandang mulia…
Dengan adanya kau…
Manusia mampu memiliki apa sahaja…
Dengan adanya kau…
Manusia boleh bergerak untuk melangsungkan kehidupan…
Dengan adanya kau…
kebaikan dapat dilakukan…
tetapi…
Dengan adanya kau juga...
Manusia menjadi sombong…
Dengan adanya kau…
Manusia menjadi lupa daratan…
Dengan adanya kau…
Manusia memilih bulu untuk berkawan…
Dengan adanya kau…
Manusia sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan diri…
Dengan adanya kau…
Rasuah, tamak haloba, hasrat dengki dan tipu menipu kian menggoncang diri…
Dengan adanya kau manusia tergoda…
Dengan adanya kau manusia teraniaya…
Dengan adanya kau yang haram sanggup dihalalkan…
Dengan adanya kau semua perkara dapat diperolehi…
Adakah semua ini angkara kau…
sehingga keadilan dijaja…
Kemungkaran berleluasa…
Yang miskin meratap papa…
Yang kaya gah berkuasa…
Ankara iman kurang dimantapkan…
Kau disalah guna demi kepentingan diri…
Kebahagiaan yang sementara dalam kekayaan yang munafik…

 By: Mohamad sarifudin Othman         BC12160212

Tiada ulasan:

Catat Ulasan