GILA
KUASA
Bila diri ini dikawal oleh nafsu yang gilakan kuasa untuk
mengepalai sesuatu pentabiran pasti tidak disukai oleh orang sekeliling. Jika
cara pentadbiran itu betul pasti disukai oleh orang bawahan namun jika lain
dari yang diharapkan pasti pelbagai umpat, keji, bosan dengan cara individu
tersebut melaksanakan tugas sebagai ketua pasti kerja yang dilakukan bukan
dengan keiklasan. Contohnya, dia seorang pengurus cafe bila majikan tiada dan
jarang datang menjengok cafe kerana sibuk dengan urusan bisness lain pasti
kesempatan akan diambil untuk menunjukkan dirinya sebagai boss. Mungkin banyak
terjadi di Malaysia ini terutama di pejabat, cafe - cafe dan sebagainya.
Maklumlah berada dalam zon selesa, sehinggakan sanggup
menghalau peniaga-peniaga yang menyewa tempatnya demi mengaut keuntungan yang
lebih. Pelbagai alasan yang diberikan kepada peniaga-peniaga yang menyewa
tempat cafe milik majikannya seperti membuang minyak kedalam longkang, tidak
menjaga kebersihan dan menyekat pelajar daripada membeli makanan cafe
tersebut agar akur dengan keputusan dia.
Penyewa terpaksa akur dengan kehendaknya pihak cafe tersebut. Namun selang
beberapa hari pihak cafe membuka sendiri gerai di tempat yang disewa oleh
penyewa yang dihalau dari cafe tersebut.
Cara yang digunakan oleh pengurus cafe tersebut dengan
membuka gerai-gerai sendiri seperti gerai burger dan gerai ayam, sosej dan hot
dog yang dibakar hanyalah untuk menambah pendapatan cafe tersebut tetapi silap
cara yang digunakan kerana pendapatan yang diperolehi sebelum membuka gerai
sendiri dan selepas membuka gerai sendiri tiada bezanya. Kalau manusia menyekat
rezeki orang lain pasti balasan yang akan dapat daripada Tuhan kerana rezeki
hanya datang daripada Tuhan dan manusia yang berusaha sendiri.
Manusia seperti ini perlu diberi kesedaran dengan menghantar
ke kelas-kelas kesedaran dan kelas keburukan akibat tamak. Perkara ini juga
perlu dipersalahkan terhadap majikan kerana jarang menjenguk ke cafe dan
terlalu memberi kepercayaan 100% kepada pengurus dan orang bawahannya.
Kepercayaan tidak sepatutnya diberikan 100% sebaliknya perlu ada perasan kurang
percaya dengan orang lain tidak kira sesiap sahaja sama ada adik-beradik,
saudara-mara, kawan baik dan sebagainya.
By: Wan Hasmie.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan