Sabtu, 30 November 2013



 


                                                                                               

                                                     


KERTAS KERJA
PERMOHONAN MENJALANKAN PERNIAGAAN MENJUAL MAKANAN
‘SELERA MEE CELOP’
DI KOLEJ KEDIAMAN ANUGERAH BESTARI



PERMOHONAN OLEH:
MOHAMAD SARIFUDIN BIN OTHMAN
MOHAMAD HADI BIN YACOB
WAN HASMI BIN WAN ZU






KERTAS KERJA
PERMOHONAN MENJALANKAN PERNIAGAAN MENJUAL MAKANAN
DI KOLEJ KEDIAMAN ANUGERAH BESTARI

01.
Tujuan Kertas Kerja
         
          Kertas kerja ini dibuat dengan tujuan memohon kebenaran untuk menjalankan aktiviti perniagaan menjual makanan di kawasan Kolej Kediaman Anugerah Bestari (AB), Universiti Malaysia Sabah.

02.
Pengenalan / Pendahuluan

          Di kawasan perbandaran Kota Kinabalu, khususnya dalam kawasan kampus Universiti Malaysia Sabah, semakin banyak perniagaan kecil-kecilan telah beroperasi. Kebanyakan daripada peniaga-peniaga tersebut menjual pelbagai jenis makanan samada makanan ringan, goreng, makanan berat dan kuih-muih. Sungguhpun demikian, masih belum ada lagi peniaga yang menjual makanan berkuah seperti bakso, soto atau mee sup ayam. Pernah juga ada sebilangan besar para mahasiswa yang menyatakan hasrat agar makanan berkuah seperti itu dijual dalam kawasan kampus. Sememangnya makanan sebegini ada dijual di dalam kawasan kampus, namun harganya agak mahal bagi seorang mahasiswa. Oleh yang demikian, kami telah bersepakat untuk menjalankan aktiviti perniagaan makanan berkuah yang mempunyai harga yang berpatutan.

03.
Objektif Perniagaan

·         Menghasilkan perniagaan makanan yang jarang ditemui di kawasan kampus dan kawasan Kota Kinabalu
·         Memperkenalkan makanan popular yang mendapat sambutan ramai di Semenanjung Malaysia
·         Menghasilkan jualan makanan yang murah, berpatutan dan sedap yang bertepatan dengan kehendak mahasiswa/i
·         Mencari wang tambahan untuk menyokong pengajian semasa

04.
Jenis Produk / Jualan

          Jenis makanan yang akan kami jual adalah Mee Celop, Bihun Celop dan Kue Tiaw Celop



05.
Waktu Operasi dan Lokasi Perniagaan

          Waktu Operasi                  :        Waktu operasi Kafeteria
          Lokasi Perniagaan             :        Ruang Legar Kafe Kolej Kediaman AB

06.
Nama Pemohon

          Mohamad Sarifudin bin Othman   (Pemilik Niaga)
          Mohamad Hadi bin Yacob            (Rakan Kongsi)
          Wan Hasmi bin Wan Zu               (Rakan Kongsi)

07.
Latar Belakang Pemilik Niaga

          Nama                              :        Mohamad Sarifudin bin Othman
          No. Kad Pengenalan          :        910429-03-5381
          Agama                             :        Islam
          Suku                                :        Melayu
          Kelulusan Akademik           :        Diploma
                                                          Sedang melanjutkan pengajian (UMS)
          Taraf Perkahwinan            :        Bujang
Pengalaman Niaga            :        Pengurus Restoran Eddy,
                                                Pengurus Restoran Kharianis,

08.
Menu Jualan / Harga

          Mee Celop                        :        RM 3.50
          Bihun Celop                      :        RM 3.50
          Kue Tiaw Celop                 :        RM 3.50

09.
Keperluan Lain
         
          Lokasi perniagaan yang dipohon adalah ruang legar Kafeteria Kolej Kediaman AB. Keluasan tapak yang ingin dipohon adalah 10 x 10 (10 kaki panjang dan 10 kaki lebar). Kami juga ingin memohon lokasi tapak perniagaan yang tetap agar memudahkan kami untuk menyimpan barang jualan.

          Memandangkan jenis jualan adalah makanan berkuah dan lokasi perniagaan yang kami pilih ialah ruang legar kafeteria kolej kediaman, kami ingin memohon jasa baik pihak pengurusan Kolej Kediaman AB untuk memberi kebenaran untuk penggunaan kemudahan asas dan kemudahan sampingan untuk perniagaan ini seperti penggunaan air, elektrik dan singki yang sudah tersedia dalam kawasan kafeteria. Selain itu, kami juga ingin memohon penggunaan dapur memasak dan tong gas untuk tujuan memanaskan kuah agar makanan yang dijual sentiasa segar, panas dan menepati kehendak pelanggan.

10.
Kumpulan Sasaran

          Seperti perniagaan yang lain, kami juga menyasarkan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia Sabah, khususnya mahasiswa/i yang menetap dalam kawasan Kolej Kediaman AB,  para pensyarah, felo, staf bukan akademik dan staf sokongan sebagai pelanggan perniagaan ini. Selain itu, kami juga mengharapkan pelanggan daripada kawasan luar kampus yang berkunjung ke dalam kawasan kampus.

11.
Strategi Perniagaan

          Selain beroperasi secara harian, kami telah merancang untuk membuat hebahan mengenai perniagaan kami melalui laman sosial yang popular dan berpotensi untuk memberikan sambutan seperti Facebook dan Twitter.

12.
Pengiraan Kos dan Sasaran Keuntungan

Kos perkakasan (Kegunaan sepanjang menjalankan perniagaan)

Bil
Item
Harga (RM)
01.
Dapur memasak
120.00
02.
Belanga
100.00
03.
Mangkuk
100.00
04.
Sudu / Garpu
30.00
05.
Peralatan lain (jag air, senduk dsb)
100.00
Jumlah
450.00

Kos bahan makanan (Anggaran untuk sehari berniaga)


Bil.

Item
Harga Seunit / Sekilo / Gram (RM)

Kuantiti
Harga (RM)
01.
Bahan basah (Mee, Bihun, Kue Tiaw)
3.50
20 bks
70.00
02.
Telur ayam
12.50
2 kotak
25.00
03.
Daging segar
11.00
4 kg
44.00
04.
Timun
4.00
3 kg
12.00
05.
Taugeh
2.00
5 kg
10.00
06.
Bawang goreng
9.00
½ kg
4.50
07.
Daun bawang / daun sup
2.00
3 ikat
6.00
08.
Kacang tanah
7.00
100 gram
1.00
Jumlah
172.50


Sasaran jualan             
          80 mangkuk x 3.50  =       RM 280.00

Pengiraan Keuntungan (Anggaran Sehari Berniaga)
          Hasil - Kos
          =       280 – 172.50
          =       RM 107.50


13.
Penutupan / Kesimpulan / Harapan

          Dengan adanya kertas kerja ini, kami berharap pihak pengurusan Kolej Kediaman AB akan memberikan kebenaran kepada kami untuk menjalankan perniagaan seperti yang dinyatakan di kawasan kolej kediaman tersebut. kami berharap agar perniagaan ini akan mendapat sambutan khususnya daripada warga Kolej Kediaman AB sendiri dan secara tidak langsung memberikan keuntungan kepada kami. Kami juga berharap dengan wujudnya perniagaan Selera Mee Celop ini, suasana berniaga di kawasan Kolej Kediaman AB akan menjadi lebih meriah.

Disediakan oleh:


..............................................                               ....................................
(Mohamad Sarifudin bin Othman)                              (Wan Hasmi bin Wan Zu)
Pemilik Niaga                                                          Rakan Kongsi



..............................................
(Mohamad Hadi bin Yacob)

Rakan Kongsi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan