Sabtu, 30 November 2013



 


                                                                                               

                                                     


KERTAS KERJA
PERMOHONAN MENJALANKAN PERNIAGAAN MENJUAL MAKANAN
‘SELERA MEE CELOP’
DI KOLEJ KEDIAMAN ANUGERAH BESTARI



PERMOHONAN OLEH:
MOHAMAD SARIFUDIN BIN OTHMAN
MOHAMAD HADI BIN YACOB
WAN HASMI BIN WAN ZU






KERTAS KERJA
PERMOHONAN MENJALANKAN PERNIAGAAN MENJUAL MAKANAN
DI KOLEJ KEDIAMAN ANUGERAH BESTARI

01.
Tujuan Kertas Kerja
         
          Kertas kerja ini dibuat dengan tujuan memohon kebenaran untuk menjalankan aktiviti perniagaan menjual makanan di kawasan Kolej Kediaman Anugerah Bestari (AB), Universiti Malaysia Sabah.

02.
Pengenalan / Pendahuluan

          Di kawasan perbandaran Kota Kinabalu, khususnya dalam kawasan kampus Universiti Malaysia Sabah, semakin banyak perniagaan kecil-kecilan telah beroperasi. Kebanyakan daripada peniaga-peniaga tersebut menjual pelbagai jenis makanan samada makanan ringan, goreng, makanan berat dan kuih-muih. Sungguhpun demikian, masih belum ada lagi peniaga yang menjual makanan berkuah seperti bakso, soto atau mee sup ayam. Pernah juga ada sebilangan besar para mahasiswa yang menyatakan hasrat agar makanan berkuah seperti itu dijual dalam kawasan kampus. Sememangnya makanan sebegini ada dijual di dalam kawasan kampus, namun harganya agak mahal bagi seorang mahasiswa. Oleh yang demikian, kami telah bersepakat untuk menjalankan aktiviti perniagaan makanan berkuah yang mempunyai harga yang berpatutan.

03.
Objektif Perniagaan

·         Menghasilkan perniagaan makanan yang jarang ditemui di kawasan kampus dan kawasan Kota Kinabalu
·         Memperkenalkan makanan popular yang mendapat sambutan ramai di Semenanjung Malaysia
·         Menghasilkan jualan makanan yang murah, berpatutan dan sedap yang bertepatan dengan kehendak mahasiswa/i
·         Mencari wang tambahan untuk menyokong pengajian semasa

04.
Jenis Produk / Jualan

          Jenis makanan yang akan kami jual adalah Mee Celop, Bihun Celop dan Kue Tiaw Celop



05.
Waktu Operasi dan Lokasi Perniagaan

          Waktu Operasi                  :        Waktu operasi Kafeteria
          Lokasi Perniagaan             :        Ruang Legar Kafe Kolej Kediaman AB

06.
Nama Pemohon

          Mohamad Sarifudin bin Othman   (Pemilik Niaga)
          Mohamad Hadi bin Yacob            (Rakan Kongsi)
          Wan Hasmi bin Wan Zu               (Rakan Kongsi)

07.
Latar Belakang Pemilik Niaga

          Nama                              :        Mohamad Sarifudin bin Othman
          No. Kad Pengenalan          :        910429-03-5381
          Agama                             :        Islam
          Suku                                :        Melayu
          Kelulusan Akademik           :        Diploma
                                                          Sedang melanjutkan pengajian (UMS)
          Taraf Perkahwinan            :        Bujang
Pengalaman Niaga            :        Pengurus Restoran Eddy,
                                                Pengurus Restoran Kharianis,

08.
Menu Jualan / Harga

          Mee Celop                        :        RM 3.50
          Bihun Celop                      :        RM 3.50
          Kue Tiaw Celop                 :        RM 3.50

09.
Keperluan Lain
         
          Lokasi perniagaan yang dipohon adalah ruang legar Kafeteria Kolej Kediaman AB. Keluasan tapak yang ingin dipohon adalah 10 x 10 (10 kaki panjang dan 10 kaki lebar). Kami juga ingin memohon lokasi tapak perniagaan yang tetap agar memudahkan kami untuk menyimpan barang jualan.

          Memandangkan jenis jualan adalah makanan berkuah dan lokasi perniagaan yang kami pilih ialah ruang legar kafeteria kolej kediaman, kami ingin memohon jasa baik pihak pengurusan Kolej Kediaman AB untuk memberi kebenaran untuk penggunaan kemudahan asas dan kemudahan sampingan untuk perniagaan ini seperti penggunaan air, elektrik dan singki yang sudah tersedia dalam kawasan kafeteria. Selain itu, kami juga ingin memohon penggunaan dapur memasak dan tong gas untuk tujuan memanaskan kuah agar makanan yang dijual sentiasa segar, panas dan menepati kehendak pelanggan.

10.
Kumpulan Sasaran

          Seperti perniagaan yang lain, kami juga menyasarkan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia Sabah, khususnya mahasiswa/i yang menetap dalam kawasan Kolej Kediaman AB,  para pensyarah, felo, staf bukan akademik dan staf sokongan sebagai pelanggan perniagaan ini. Selain itu, kami juga mengharapkan pelanggan daripada kawasan luar kampus yang berkunjung ke dalam kawasan kampus.

11.
Strategi Perniagaan

          Selain beroperasi secara harian, kami telah merancang untuk membuat hebahan mengenai perniagaan kami melalui laman sosial yang popular dan berpotensi untuk memberikan sambutan seperti Facebook dan Twitter.

12.
Pengiraan Kos dan Sasaran Keuntungan

Kos perkakasan (Kegunaan sepanjang menjalankan perniagaan)

Bil
Item
Harga (RM)
01.
Dapur memasak
120.00
02.
Belanga
100.00
03.
Mangkuk
100.00
04.
Sudu / Garpu
30.00
05.
Peralatan lain (jag air, senduk dsb)
100.00
Jumlah
450.00

Kos bahan makanan (Anggaran untuk sehari berniaga)


Bil.

Item
Harga Seunit / Sekilo / Gram (RM)

Kuantiti
Harga (RM)
01.
Bahan basah (Mee, Bihun, Kue Tiaw)
3.50
20 bks
70.00
02.
Telur ayam
12.50
2 kotak
25.00
03.
Daging segar
11.00
4 kg
44.00
04.
Timun
4.00
3 kg
12.00
05.
Taugeh
2.00
5 kg
10.00
06.
Bawang goreng
9.00
½ kg
4.50
07.
Daun bawang / daun sup
2.00
3 ikat
6.00
08.
Kacang tanah
7.00
100 gram
1.00
Jumlah
172.50


Sasaran jualan             
          80 mangkuk x 3.50  =       RM 280.00

Pengiraan Keuntungan (Anggaran Sehari Berniaga)
          Hasil - Kos
          =       280 – 172.50
          =       RM 107.50


13.
Penutupan / Kesimpulan / Harapan

          Dengan adanya kertas kerja ini, kami berharap pihak pengurusan Kolej Kediaman AB akan memberikan kebenaran kepada kami untuk menjalankan perniagaan seperti yang dinyatakan di kawasan kolej kediaman tersebut. kami berharap agar perniagaan ini akan mendapat sambutan khususnya daripada warga Kolej Kediaman AB sendiri dan secara tidak langsung memberikan keuntungan kepada kami. Kami juga berharap dengan wujudnya perniagaan Selera Mee Celop ini, suasana berniaga di kawasan Kolej Kediaman AB akan menjadi lebih meriah.

Disediakan oleh:


..............................................                               ....................................
(Mohamad Sarifudin bin Othman)                              (Wan Hasmi bin Wan Zu)
Pemilik Niaga                                                          Rakan Kongsi



..............................................
(Mohamad Hadi bin Yacob)

Rakan Kongsi
SUKU KAUM KIMARAGANG

          Istilah kimaragang berdasarkan daripada istilah sebatang pokok tinggi  dan besar iaitu pokok nunuk ragang. Pokok Nunuk ragang ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri berbagai-bagai interpretasi yang kita dapat lihat melalui pandangan retrospek pembacanya Kebanyakkanya adalah menjelaskan tentang perkembangan  budaya yang lebih menjelaskan kepada aspek world viewnya, yang membawa maksud kepercayaan seseorang kepada aspek persekitrannya dan cuba menjelaskan apakah maksud daripada persoalan yang wujuda dalam hati dan fikiran penduduk pada masa itu.
Menurut pandangan Majalok@ Mail Bin Mumin mengatakan bahawa.  “Untuk mengetahui masyarakat kimaragang itu kita hendaklah mengetahui budayanya. Daripada pemerhatian itu kita akan dapat merasakan keunikan dan sesuatu yang luar daripada jangkaan kita.  Kerana  budaya dusun kimaragang itu sememangnya banyak ilmu pengetahuan yang dapat  kita pelajari”

Manakala dalam pandangan Jaga Bin Rumantai  pula mengatakan  “kalau mau menilai budaya dusun kimaragang kita mesti terus kekawasan yang banyak dusun kimaragang misalnya dikawasan kampong-kampung ataupun dimana sajalah asalkan ada dusun kimaragang.”

Berdasarkan kepada pandangan diatas jelaslah bahawa dusun Kimaragang ini mempunyai banyak pengaruh budaya keatas sekelilingnya yang dibahagikan kepada tiga aspek yang terbesar seperti ekonomi, sosial dan politiknya.   Namun ianya bukannya  bermaksud sistem sosial, ekonomi dan politik masa sekarang tetapi apa yang diwarisi dari generasi terdahulu dan dipraktiskan hingga sekarang.

by: Mohamad Sarifudin Othman.
PAKAIAN TRADISIONAL SUKU KAUM KIMARAGANG
Suku kaum dusun Kimaragang merupakan penduduk asal kebanyakan kampung di kota Marudu khususnya di daerah Tandek.Suku kaum Kimaragang telah wujud sebelum Belanda dan Portugis datang ke Borneo lagi. Dari sejarah kewujudan pakaian suku kaum ini dapatlah diterangkan melalui cerita yang disampaikan seorang informen iaitu encik Jubin Umbang yang merupakan mantan ketua kampung Tonding Tandek, Kota Marudu, bekerja sebagai petani dan berumur 62 tahun. Menurut beliau, pada asalnya pakaian suku kaum Kimaragang diperbuat daripada buluh dan pelepah pinang.Bagi kaum leleki mereka menggunakan buluh, manakala bagi kaum perempuan pula menggunakan pelepah pinang yang diukur mengikut saiz badan masing-masing.Kemudian nenek moyang mereka bertukar fikiran untuk menggantikan buluh kepada kulit kayu.Perubahan ini berlaku apabila ada dari antara pemuda dalam kalangan kaum mereka menumbangkan sebatang kayu dan membuka kulit kayu tersebut. Pemuda itu membawa kulit kayu tersebut di sungai dan kemudian dipukul-pukul.Pada masa yang sama beliau terfikir untuk menjadikan kulit kayu tersebut sebagai pakaian,lalu beliau pun menyukat kulit kayu tersebut membentuk pakaian mengikut saiznya sendiri,dan beliau melihat kulit itu amat sesuai dan membawa pakaian itu balik dan dapat dilihat oleh masyarakat sekitar.Pada keesokan harinya,penduduk sekitar beramai-ramai mengambil kulit kayu dan akhirnya menghasilkan banyak pakaian daripada kulit kayu tersebut.Baju tersebut dinamai sebagai Pinakang.Walau bagaimanapun,baju tersebut mengalami sedikit masalah pada musim hujan.Hal ini demikian kerana,kulit kayu tersebut akan mengembang dan menjadi berat. Sejarah ini diceritakan oleh generasi yang terdahulu daripada encik Jubin Umbang dan disampaikan melalui satu generasi ke generasi yang lain.

Ditulis oleh: Mohamad Sarifudin Othman.


FAJAR KEINSAFAN HAKIKI DI SAAT TERAKHIR

Air mata yang hanya mampu membasahi pipi di kala aku memikirkan akan pemergianku nanti. Ilmu agama dan pahala yang hanya sebesar segenggam tangan tidak cukup untuk aku membawanya berjupa dengan Mu, berbanding dosa sebesar gunung yang aku lakukan.Kononnya aku takut untuk berjumpa dengan Mu, namun sebenarnya aku merupakan manusia yang munafik pada diri aku sendiri.Tanpa syukur, aku masih diberi pinjaman nyawa oleh Mu. Hanya di saat aku memikirkan masa dan ketika itu barulah nilai keinsafan muncul di dalam diriku, tetapi ia hanyalah seketika sahaja. Selepas pemikiran ke arah keinsafan itu hilang aku terus seperti aku yang dulu.Keinsafan yang muncul di kala aku terbaca tentangnya.*balasan di dunia sebagai pengajaran* suatu tajuk yang mencuit hatiku untuk membacanya di internet, lalu aku terus menekannya dan keluarlah tulisan mengenainya beserta dengan beberapa keping gambar.“Dikatakan seorang remaja yang berasal dari Indonesia ini telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Selepas tiga jam pengebumiannya, bapa mangsa meminta kubur anaknya itu digali balik atas sebab tertentu. Namun sesuatu yang ngeri telah berlaku kepada jasat anaknya dimana seluruh tubuh anaknya telah bertukar menjadi satu jasat yang seakan-akan telah lama dikebumikan dengan terdapatnya beberapa kesan tumbukan di muka, lebam-lebam di bahagian muka dan tubuh, warna muka yang berupah menjadi kehitaman dan pucat dan pakaian bersamanya menjadi buruk.Selepas di kaji mengenai asal usul remaja ini, beliau merupakan seorang anak yang derhaka dan tidak mengendahkan tuntutan agama”. Tersenyum sinis sambil air mata mengalir membasahi pipi, mata ku tajam melihat akan gambar itu, benak pikiranku hanya tertumpu pada nasib aku yang seperti itu. Namun hati ini kuat untuk aku mulai berubah supaya ia tidak terjadi pada ku seperti itu. Keinsafan yang palsu.Keinsafan yang aku harapkan berkekalan hanya lah sementara singgah di dalam diriku. Dalam beberapa hari sebelum itu aku bagaikan manusia mulia yang takut akan dosa, namun ia hanya sementara. Benarlah kata ustaz yang iman itu ada pasang surutnya.Ada kalanya iman seseorang itu kuat dan ada kalanya iman seseorang itu lemah.itulah yang terjadi pada ku. Banyak atikel-atikel di internet berkenaan kematian yang aku baca dan ia membawakan keinsafan pada ku. Namun keinsafan hakiki masih belum aku jumpai.Aku teruskan kehidupan seperti biasa.Menjadi manusia biasa seperti biasa bagi aku namun bukan agama ku.Hidup aku bebas namun dalam kebebasan itu tidak semua aku bebaskan.Jikalau masuknya waktu solat, aku solat namun tidaklah seawal waktunya.Penangguhan waktu yang selalu aku amalkan.Kadang-kadang ada kalanya aku terkejar-kejar diantara asar dan magrib.Namun aku tetap mengerjakannya.Inilah tabiat yang telah sebati dalam diriku.Pada suatu hari, aku sedang tidur di dalam bilik, namun aku terjaga kemudiannya seluruh tubuh aku menjadi ketar atau menggigir-gigir seakan-akan kesejukan sedangkan aku tidak sejuk pada masa itu.Apa yang mampu aku lakukan hanyalah mengucap dan berselawat di dalam hati sekuat-kuatnya kerana aku dalam keadaan khabar pada masa itu. Aku bertahan dan terus bertahan sehinggalah aku kembali normal.Selepas itu, tubuhku kemudiannya menjadi lemah dan tidak bermaya sehingga aku tertidur dengan sendirinya.Hanya sekali itu sahaja perkara sedemikian terjadi padaku membuatkan aku tidak mengendahkannya lagi.Aku meneruskan kehidupanku seperti biasa.Dua bulan selepas itu, pada suatu malam mataku tidak dapat untuk melenakan aku. Walaupun usia malam itu sudah semakin tua, namun mataku masih tidak dapat dilelapkan. Pada ketika ini aku merasakan tubuhku seperti ada yang tidak kena.Ada kalanya kepala ku pening seakan-akan bilik ku itu berpusing-pusing. Namun ia hanya seketika. Kemudia pada malam itu juga aku merasakan bahagian pusatku seperti ia bergerak-gerak. Sebelum ini pusat ku tidaklah sedemikian. Namun aku menganggapnya perkara biasa walaupun sebelum ini aku tidak pernah mengalaminya kerana ia tidak berterusan dan hanya terjadi padaku pada malam itu sahaja. Keesokan harinya, aku tetap mulakan kehidupanku seperti biasa.Aku tidak menceritakan perkara ini kepada sesiapa. Bagiku ini adalah perkara biasa dan mungkin orang lain juga ada mengalaminya. Selepas sebulan lebih perkara itu berlaku, pada suatu hari aku merasakan bahawa yang aku mengidam untuk makan makanan yang aku sendiri tidak tahu apa yang aku ingin makan, membuatkan pada hari itu akumembeli banyak jenis makanan. Namun masih tidak tercapai rasa sebenar yang aku idamkan itu.Sungguh aku berasa pelik pada hari itu kerana tidak pernah aku merasakan sedemikian.Aku ada menceritakan perkara ini kepada kawanku, namun aku ditertawakan olehnya, katanya “kau ni bunting ke saiful”.Aku pun tersenyum dengan kata-katanya itu kerana menganggap itu sebagai gurauan. Syukurlah aku hanya mengidam sehingga tahap yang aku sendiri tidak tahu apa yang aku idamkan hanya pada hari itu sahaja.Namun dua hari selepas itu, terjadi satu lagi perkara yang tidak pernah terjadi padaku.Selepas aku sembahyang asar, aku merasakan seperti anak lidahku bergerak-gerek sedangkan aku tidak menggerakkannya.Aku pergi mengadap cermin di dalam bilikku, aku mengangakan mulut seluas-luasnya dan tengok anak lidahku.Benar anak lidahku bergerak-gerak.Hairan aku dibuatnya dan lucu sekali sekali jika aku memikirkannya.Tiba-tiba anak lidah aku bergerak, unik dan pelik fikirku. Seharian juga ia terjadi namun tidaklah selalunya ia bergerak tanpa henti membuatkan aku menganggap ia seperti tiada apa-apa. Keesokan  harinya, macam biasa aku gemar akan internet, aku terbaca satu tajuk iaitu “tanda-tanda nak mati” kemudia aku terus menekannya dan keluarlah artikel mengenai ”100 hari sebelum kematian”. Dalam saat aku membacanya jantungku kuat berdenyut, tanganku tiba-tiba menggigil dan hati ku menjadi tidak senang dibuatnya. Pada yang tertulis di dalam artikel itu ialah
            100 hari sebelum kematian
Seluruh tubuh berasa bergetar
            60 hari sebelum kematian
Pusat berasa bergerak-gerak
            7 hari sebelum kematian
Mengidam makanan
            5 hari sebelum kematian
Anak lidah bergerak-gerak
            2 hari sebelum kematian
Seluruh dahi berasa bergerak-gerak
1 hari sebelum kematian
Terasa bahagian ubun bergerak-gerak diantara waktu subuh dan asar
Saat akhir kematian
Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang sulbi iaitu di bahagian belakang badan.

Di saat aku membacanya, di saat itulah air mataku mula membasai pipi. Mengenangkan akan peristiwa itu yang pernah aku alami. Satu persatu akuamati tanda-tanda itu. Di saat itu jugalah hatiku mula berasa kelam tidak terkata kecuali mulutku hanya mampu menyebut nama Mu ya Allah. Allah, Allah, Allah. Aku tidak mampu berbuat apa-apa pada saat dan ketika itu. Aku mengenang satu persatu apa yang terjadi dengan ku seperti apa yang tertutis di artikel itu.Tubuhku lemah dan tidak bermaya secara tiba-tiba, namun perkataan Allah, Allah, Allah masih tidak berhenti disebut sambil air mata tetap mengalir membasahi pipi. Adakah dengan ini keinsafan hakiki, taubat nasuha yang sebelum ini hanya bersifat sementara dan palsu akan menjadisebenar-benar keinsafan dan taubat yang  sebati dalam hidupku sebelum aku dijemputnya.Ya Allah Engkau ampunkanlah segala dosa-dosa yang telah hamba Mu ini lakukan.Sesungguhnya aku adalah hamba biasa yang penuh dengan dosa dan hina.Selepas daripada itu, pintu keinsafan hakiki telah aku jumpai. Walaupun pada mulanya aku tidak dapat menerimanya, namun selepas aku menceritakan apa yang terjadi pada ku ini kepada seorang ustaz, aku mulai terima akan apa yang telah ditentukan-Nya. Aku redha dengan apa yang terjadi dan mulai hidup baru yang lebih baik, namun aku tidak meletakkan kematian ku pada tanda-tanda itu sebaliknya aku meletakkannya kepada ajal ku yang telah ditentukan oleh-Nya.

by:mohamad Sarifudin Bin Othman.
Untuk insan yang bernama Qaseh

khayalan bukan menjadi matlamat dalam perhubungan kita
Debaran jantung tiap-tiap kali kita beradu kasih
pantai menjadi saksi pertemuan kita
iman benteng nafsu setiap manusia
 Qaseh..
penuh dengan erti yang indah
sejak kita kenal erti kasih sayang
nama ini melengkapkan kehidupan ku yang penuh dengan kecelaruan
aku menanti dengan penuh kegembiraan
engkau mencorak setiap perjalanan ku
rindu bertandang walaupun aku menepis
kerana cinta pasti rasa gunda gulana akan menumpang
jika pemergian mu dari hidupku pasti sukar diterima hati yang rapuh ini
tak kan mudah kita berpisah kerana abadi menjadi tiang yang kuat untuk kita
Qaseh..
aku peneman hidup sejati mu
dari dahulu dan untuk selama-lamanya
setiap perbuatan perlu difikirkan
hayatilah perhubungan kita berpaksikan kepada Tuhan