Isnin, 9 Disember 2013

komplot masa

sinopsis
Apabila keperluan masa semakin suntuk, apabila waktu semalam semakin berlalu, ramai diantara manusia terkapai-kapai dengan pemergian masa lalu. Sekiranya diberi peluang kali ke dua bagi seseorang mengubah nasib yang lalu, adakah mereka itu akan buat apa yang dirancang, meneliti apa yang diatur, dan bersujud dengan kurniaannya. Kisah-kisah ini, boleh digambarkan melalui watak Hamka, dia adalah seorang yang pernah mengalami kekecewaan pada masa lalu. Dosa-dosa yang pernah dia buat telah meragut nyawa seseorang yang pernah dia cinta pada ketika dulu. Manakala Ayu pula memegang watak orang yang dahagakan kasih sayang, kisah ini boleh dilihat apabila dia sering merancang untuk bunuh diri. Kisah sebenar “komplot Masa” adalah apabila masa dahulu lebih baik daripada masa kini, pengajaran masa dahulu boleh diambil untuk keperluan masa hadapan.


Tajuk: “komplot Masa”
Babak 1
Adegan 1    
Pentas digelapkan buat seketika, setelah itu pentas dicerahkan menunjukkan suasana orang yang berada di atas kapal terbang, suasana itu digambarkan menerusi irama bunyi suara peramugari. Tiba-tiba cahaya putih telah difokuskan kearah seorang pemuda yang kelihatan cemas memikirkan nasibnya yang akan berlaku di tempat orang nanti. Kelihatan 3 kerusi di bahagian itu, tetapi pemuda itu berada di kerusi bahagian tengah manakala di bahagian kiri dan kanan masing-masing diuni oleh perempuan tetapi digambarkan melalui lima deria. Kelihatan pencahayaan telah bertukar menjadi merah dan cahaya tersebut telah meracau-racau di atas pentas menyebabkan suasana di atas kapal terbang menjadi kelam kabut, sekumpulan manusia masing-masing sibuk untuk menyelamatkan diri.
Lagu: mengambarkan suasana yang cemas.
Cahaya: Keadaan cahaya yang kelam kabut
Menambahkan lagi tahap kemuncak.


Dalam keadaan diriku yang terhimpit untuk memilih langkah kiri dan kanan, memilih putih dan hitam. dalam keadaan yang serba kekurangan, adakah aku perlu memilih langkah untuk terus mengalah atau pun memilih langkah untuk pentingkan diri dalam keadaan yang buntu, sebenarnya aku tiada jalan lain melainkan mengorbangkan masa kini demi kepentingan masa hadapan, demi masa sesungguhnya manusia kerugian melainkan mereka yang betul-betul taat pada yang satu, satu hanya padanya. Adakah aku perlu gunakan kesempatan yang masih diberikan walaupun seketika, moga tidak akan menyesal pada masa aku memerlukannya. Adakah suasana yang aku alami kini, hanya untuk menguji tahap kebesaran dan kepentingan masa, seringkali aku menatap kearah jam yang berada di atas kapal terbang, tetapi masanya bertukar ke arah berlawanan, adakah ini satu petanda bahawa masa kini telah bertukar ke masa lampau.

Adegan 2:

Lampu yang pada mulanya berkucar kacir telah berubah, memandangkan kapal terbang yang dinaiki oleh pemuda tadi terhempas ke masa lampau. Kekeliruan mula timbul oleh segenap manusia. Kapal terbang yang pada mulanya mereka naiki telah bertukar menjadi kapal laut. Kelihatan pemuda tadi yang berada disesuatu tempat, tiba-tiba masuk seorang lelaki menyapanya.

Zaiba:          ada masanya kita mengalami tahap kekeliruan untuk membezakan rialiti dan khayalan.

Hamka:        (dengan keadaan terkejut Hamka menoleh ke arah Zaiba lalu berkata) ummm kamu ni siapa?

Zaiba:                    saya sebenarnya orang yang telah lama terperangkap disini?
Hamka:        haaaa terperangkap, maksud kamu?

Zaiba:          aku tahu, dalam keadaan ini, kamu barada dalam dilema untuk mencari kepastian apa yang terjadi.

Hamka:        yeaa, tapi, sebenarnya aku keliru adakah aku ini terlena dalam alam mimpi ataupun berada pada ruang realiti yang tidak boleh difikirkan dengan akal yang waras.

Zaiba:          keadaan yang kamu alami kini, telah lama aku rasa dulu, tapi ingat, peluang yang kita alami kini berada di gengaman kita untuk mencorakkannya. Ingatlah waktu tidak boleh mengubah keperibadiaan seseorang, melainkan individu itu sendiri yang akan mencorakkannya.





Dengan mengeluarkan kata-kata tersebut, Zaiba dengan tiba-tiba meminta diri. Kelibat Zaiba semakin pudar pada pandangan Hamka. Setelah pemergian Zaiba, perasaan Hamka tidak tentu arah, kadangkala dia bangun dan duduk di atas kerusi kayu sambil milihat pandangan laut pada waktu senja, sambil terdengar pukulan ombak yang menghempak kapalnya. Di satu sudut, Hamka terpesona melihat sekumpulan burung yang mewarnai awam yang kelihatan mendung. Kata-kata yang yang diungkapkan oleh Zaiba masih subur dalam ingatannya, kata-kata yang ringkas tetapi mempunyai makna yang perlu diterokai dengan maksud yang tersirat dan tersurat, membuatkan dia terpesona memikirkan adakah pertemuan pertamanya memberi makna yang besar sehingga boleh mencungkil 1001 persoalan yang perlu Hamka terokai untuk mengbongkarkan sebab dan alasan kenapa dia terperangkap dalam masa silam pada zaman 60-an itu.


Babak 2:
Adegan 1:
kedengaran alunan Muzik yang mengambarkan suasana air laut yang bergelora. Manakala keadaan lampu menunjukkan suasana pada waktu malam yang suram, di satu sudut di atas pentas menunjukkan Zaiba sedang nyeyak tidur, walaupun keadaan cuaca yang sejuk. Tiba-tiba kedengaran suara Zaiba dilamun mimpi dan igauan?

Hamka:           Aisha…Aisha…Aishaa…abang rindu dekat Sha…tolonggggg.
Aisha:          semuanya dah telambat, perpisahan kita amat ketara, alam nyata dan alam mimpi.
Hamka:        apa ni, kenapa cakap macam tu, ni abang dah balik. Tolong abang  Sha.
Aisha:          semua ini tiada makna sudah bang, antara kita menjadi sejarah yang penuh dengan duri dan alu liku yang amat pedih.
Zaiba:          yee, abang tahu dosa dan kesilapan yang lalu, meninggalkan kesan yang amat sekali. Tapi bagilah peluang kali ke dua untuk, membetulkan kesilapan ini.
Aisya:           semuanya sudah telambat, masa dahulu semakin terlena, memberi mimpi pada masa kini. Dosa semalam hanya memberi pengajaran pada masa kini. Tolong jangan gangu saya lagi.
Zaiba:          Aisya….Aisya….Aisya…. jangannnnnn, abang sayang dekat awak. (suara merayu)

Kedengaran suara Hamka mengungkapkan “jangan Sha, jangan” tiba-tiba dia terjaga dari terlena, sambil kedua-dua matanya mengeluarkan mutiara jernih, sambil bersedih dengan mimpi yang dia alami. Mimpi tadi merupakan kenangannya pada masa dulu.


Adegan 2:
Di satu sudut, di hadapan kapal, perlahan-lahan lampu monolong dinyalakan.

Dahulu kita berkenalan di tengah-tengah jalan raya yang sesak, falsafah yang pernah kita ungkapkan dahulu menjadi tunjang perkenalan kita, ya bersama yang tercinta akan terasa indah, walaupun berada dalam kesesakan jalan raya. Disaat aku dalam sendirian dan kesepian begitu berat beban hidup ini apabila kita disakiti dan diseksa dengan langkah hitam. Adakah langkah yang awak ambil, menuntut keperitan jiwa ini. suatu yang mustahil untuk mengubah apa yang terjadi kerana luka itu amat pedih. Marah, dendam, kecewa dan hampa campur aduk dalam sanubariku. Kehadiran orang ke tiga menyebabkan aku menderita begini, aku akan hancurkan kamu. Kita disakiti oleh manusia yang durjana, menyebabkan kita terpengaruh dengan nafsu dendam. Tetapi ingat, manusia durjana disebabkan kita yang mendurjanakan mereka. Langkah aku seterusnya terhalang dengan bongkah dan batu yang besar sehingga aku sendiri berputus asa dengan balasan kini. Kematian mu Aisha bukan aku yang pinta, tetapi dipinpin oleh hawa nafsu, shahwat adalah penglimanya, kejahilan adalah pengemudinya, dan lalai adalah kenderaannya.

Adegan 3:
Lampu monolog disuramkan, dan lampu seluruh pentas diterangkan, menunjukkan suasana pada kapal layar yang zaiba naiki, disamping terdengar suara manusia yang menjalankan kerja untuk mengalihkan layar mengikut peredaran angin. Suasana tersebut digambarkan melalui muzik.





Dalam kesibukan dan kepanasan mentari, kedengaran suara seseorang sedang memangil Hamka dengan penuh semangat. Suara yang didengar membuatkan Hamka terkejut kerana ada orang mengenali dirinya, dengan lantas dia terus menjawab panggilan itu.

Zaiba:          haiiiii, Hamka apa kaba sikarang ni?

Hamka:        insyallah semuanya baik (jawab dengan teragak-agak)

Zaiba:          hoooo. Kalau macam tu, jom lah kita tolong orang-orang itu yang sedang betulkan layar kapal tu.

Hamka:        tapiiiiiii

Zaiba:          haaaa tak ada tapi, aku tahu kamu boleh.

Hamka:        ok jom lah (menjawab macam tiada semangat).



Babak 3
Adegan 1:
Perlahan-lahan kesan lampu telah ditukar ke warna merah, suasana pentas menjadi kelam, manakala kedengaran ombak yang bergelora. Ketika itu, Hamka baru sahaja keluar dari bilik menuju ke arah sudut yang selalu dia tenangkan fikirannya. Dalam perjalanan dia terserempak dengan seorang perempuan yang dia tidak dikenali, kelihatan perempuan tersebut dalam tekanan mukanya pucat. gadis itu berdiri di banteng kapal dan ingin terjung ke dalam laut. Tiba-tiba dengan lantas Hamka buat keputusan untuk menyelamatkannya dengan menarik gadis itu sampai jatuh di sebelahnya. Kedengaran gadis itu menangis dan memarahi Hamka kerana menyelamatkannya.

Ayu:             haiiii, celaka kau! Kenapa kau kacau aku? Hahh!! Kau tak Nampak ke apa yang aku tengah buat? Sial!!! Bangsat!!! (menangis)
Hamka:        owww. tak Nampak apa yang awak buat, kamu ingin bunuh diri kan, tapi saya tenguk macam tu je, haaaa banyak cantik!
Ayu:             kau ingin selamatkan aku? Kenapa? Kau dah takde keje lain ke?
Hamka:        sebenarnya perlu ke saya cakap semua itu, adakah saya perlu tenguk je apa yang awak buat sedangkan saya mampu untuk ubahnya, yeee memang aku dah takde keje lain?
Ayu:             (ketawa). Pelik! Kau ni lelaki! Aku tenguk badan kamu pun ok je, takkan lah takde keje perlu dibuat, pemalas, penipu! Orang cacat pun ada keje!
Hamka:        betul. Aku memang dah takde keje yang ingin dibuat di atas ni. Semuanya hilang setelah aku terperangkap di sini?
Ayu:             dah.. dah aku tak nak dengar lagi! Aku nak balik.
Hamka:        ummm, lain kali awak cuba lahh bunuh diri lagi ekkkk? ( suara menyindir)
Ayu:             oww, kamu sindir aku, siapa kata aku tak nak? Aku akan cari jalan untuk bunuh diri! Tapi….

Hamka:        tapi apa (suara menyoal)
Ayu:             aku tak boleh nak bunuh diri dua kali dalam sehari. aku tak cukup tenaga..
Hamka:        dua kali dalam satu hari? (hairan)
Ayu:             aku tak cukup tenaga, kau ingat senang ke nak bunuh diri?
Hamka:       aku faham. Memang bunuh diri bukan satu kerja yang semua orang sanggup buat. Kalau diberi dua pilihan, misti ramai orang yang tak sangup buat.
Ayu:            kalau aku bagi segala-galanya yang kamu mahu, contohnya duit untuk bunuh diri? Kau buat?
Hamka:       aikk, segala-galanya, duit? Eerr. nanti aku fikir dulu?
Ayu:            aku dah agak dah. Kalau dapat duit, misti orang kelabu mata! Ok lah aku nak pegi makam jap, kamu dah makam ke belum?
Hamka:       belum, tapi aku ada biskut.
Ayu:            haaa. Biskut. boleh aku mintak sikit tak? Dah sehari tak makan. Ada tenaga untuk cuba lagi esok. (muka selamba)
Hamka:       cuba lagi? Nak bunuh diri lagi?
Ayu:            jangan bagi aku ulang banyak kali! Boleh tak ni bagi aku sekiping?
Hamka:       janji dulu! Kau tak kan cuba bunuh diri lagi?
Ayu:            mane boleh, aku misti buat.
Hamka:       ok biskut ni akan masuk perut aku lah.
Ayu:            ok. aku janji?
Hamka:       baiklah, aku pegang dengan janji awak. (sambil memberi apa yang diminta oleh Ayu)

Setelah memberi sekeping biskut kepada Ayu tiba-tiba Hamka telah mengelamun buat seketika kerana mengigati sejarahnya bersama Aisha. Peristiwa ini memberi kesan pada kehancuran masa depannya.
Lampu monolog dinyalakan.

Dalam mengeruhkan air yang jernih, masalah kecil boleh dibesarkan lagi dengan hanya memetik jari sambil mengetawa kosong untuk melihat dan merasai peringkat demi peringkat kesannya yang akan berlaku, kesan yang boleh menghancurkan seseorang walaupun dia orang tercinta. Aku, aku, aku dan aku tetap menjadi aku yang pada dahulunya memiliki sifat dan amalan yang umpama syaitan durjana. Aku masih ingat lagi peristiwa di mana langkah hitam yang pernah aku lompat menjadi tragedi yang amat pilu. Langkah demi langkah tanpa cahaya menamatkan seorang hamba Allah yang baik akhlaknya, santun budi bahasanya dan sinar yang dibawanya telah terpadam dengan cara menyedihkan. peristiwa yang aku alami kini bersama Ayu, telah lama aku alami bersama Aisya. Ye aku sedar Peristiwa ini tidak boleh diterima sama sekali oleh Aisya. Aku masih ingat lagi saat itu!
Aisya biskut.aisya biskut..ohh nama tu masih berlega dalam ingatan ku.
Hamka:       alahaiii kesiannya dekat sayang abang ni, lapar ke, nah ambilah biskut ni?
Aisha:                   haaah! Biskut, wahh Thanks awk, umm sedapnya.
Hamka:       ok welcome, sabarlah nanti kita makan yang lagi sedap.(mengetawa sindir)
Aisha:                   haaa, makan yang lagi sedap, maksudnya apa tu (hairan)

Wanita ohh wanita golongan yang manja dan boleh dipengaruhi dengan kata-kata dan janji manis, Bermula dari saat itulah, semua kemanisan bersama Aisha telah hancur, Aisha yang pada mulanya yang tidak tahu apa-apa dengan strategi aku sudah dapat mengagak, tapi dia terlambat untuk mengubah apa yang akan terjadi. Biskut yang aku berikan kepada Aisha adalah biskut yang aku kotori dengan dadah pembuka nafsu.

Hamka:       helloo.. Steloo aku nak kamu hantar benda tu tempat aku cakap semalam,, heyy ingat aku tak mahu benda ni kantoi dengan siapa pun, jaga mulut kau tu, jangan bocorkan rahsia ini.
Stelo:                   ok bos, tapi mu kene ingat dengan janji mu tu, kalu tak HANCUR.( Stelo   
                         mengetawa besar)

Hamka:       heyy ni Hamka lah, aku nak kamu jalankan kerja kamu dulu, baru boleh nak
                        cakap bodoh!
Di satu sudut kelihatan Stelo telah memberikan satu bungkusan tersebut kepada Hamka, pertemuaan mereka amat licik. Dan Hamka telah membiri habuan kepada Stelo sebagai upah. ( peristiwa ini digambarkan melalu pancaran multimedia)

Pada saat itu juga, segenap sanubariku dipinpin oleh hawa nafsu jahanan. Aku lihat setelah habis Aisha makan biskut, keadaan Sha tidak tentu arah, dia mengelamun dan meminta aku membelainya. Di saat itu juga, aku telah ambil kesempatan ini dengan memperkosa Sha. “Dara” dan “Teruna” yang sekian lama dijaga, boleh dihancurkan dengan satu malam sahaja.


Tiba-tiba Ayu telah mencubit telinga Hamka, setelah itu Hamka terkejut dari mengelamun.
 Ayu:           Ooo. Jauh mengelamun, jadi dari tadi aku cakap seorang
                         la banyak cantik kau. (mengeluh)
Hamka:       upp, sory lah, saya tak perasan HEHE. apa yang AWAK cakap tadi?
Ayu:            apa lah kamu ni, kuasa aku nak ulang apa yang aku cakap panjang lebar tadi, tapi kamu tak dengar pun. ( marah)

(Sambil makam, mereka borak-borak kosong, sambil berkenalan antara satu sama lain
sedangkan Hamka cuba untuk mendalami kisah gadis ini yang kelihatan tertekan dalam
kehidupan. Hamka cuba bertanya?)

Hamka:       dah lama ke kamu buat keje ni?
Ayu:            sebenarnya, tiap-tiap hari, aku fikir untuk bunuh diri, tiap kali cubaan aku misti gagal.
Setelah itu, Hamka terus terdiam, tidak lama kemudia habis semua mereka makan, lalu Ayu
minta diri untuk beredar, pertemuan mereka berpisah buat seketika.


Adegan 2:
kelihatan raut wajah Ayu sedang fikirkan sesuatu dia gelisah tidak tentu arah, di satu sudut  kelihatan himpunan tong yang berisi dengan air, Ayu pada masa itu sedang melukis sesuatu di atas kertas sambil mimikirkan sesuatu. Tiba-tiba?

Hamka:       assalamualaikum, buat apa tu?
Ayu:            waalaikumussalam, haaa kamu, takde wat pe pun, tapi Cuma melukis!
Hamka:       apa yang sedang dilukis tu?
Ayu:            aku sedang lukis pelan operandi untuk esok.
Hamka:       ala sudah-sudah la, dah berapa kali kamu cuba ni?
Ayu:            banyak dah, tapi banyak yang gagal, tapi apa yang aku ingat mula-mula aku ingin terjun pokok tinggi, setelah itu, baru je nak terjun, ada orang selamatkan aku.
Hamka:       abis tu, pelan yang kedua?
Ayu:            aku cuba untuk gantung diri, mula-mula aku dah siap ikat tali dekat tiang lampu di rumah aku, lalu aku panjat tangga, masukkan kepala dan terus lepaskan kaki. Tiba-tiba tali tu putus. Ketika aku jatuh, aku pensang, setelah aku bangun tiba-tiba aku berada di sini? (hairan)
Hamka:       aikk. Tali tu putus?
Ayu:            A’a putus,heee kamu ni asyik Tanya aku je, kau ni kenapa duduk dekat sini.
Hamka:       aku? Dulu aku ni biasa-biasa je, ada keluarga ada kekasih, ketika penerbangan aku ke Australia, tiba-tiba kapal terbang aku terhempas ke alam ni.
Ayu:            kamu ada kekasih? Wauuu nama pe? Misti kamu sayang dekat dia ek, ehhh lawa tak kekasih kamu tu.
Hamka:       nama Aisha, sayang sangat-sangat, rupa paras dia boleh mengubat hati saya bila berada dalam tekanan, tapi hampa!
Ayu:            haii lain macam je bunyi?
Hamka:       kami hidup bahagia, ada ketika kami rancang untuk kahwin, tapi?
Ayu:            tapi. tapi apa tu?
Hamka:       tapi Allah lebih menyayanginya, dia meninggal. (sedih)
Ayu:            haaa. kenapa jadi macam tu?
Hamka:       takpe lah, aku tak boleh cerita dan tak boleh ingat tragedi itu, nanti aku nangis, sekarang ni aku nak mintak izin kamu bolah tak?
Ayu:            izin apa? Kalau yang bukan-bukan aku tak nak.
Hamka:       bukan itu maksudnya, saya Cuma ingin kamu kongsikan rancangan untuk bunuh diri kamu esok?
Ayu:            perlukah aku kongsikan semua ini dengan kamu?
Hamka:       saya tidak paksa pun.
Ayu:            tapi aku tenguk kamu macam boleh percaya je, baiklah?

Di satu sudut, mereka berdua merancang berbagai cara untuk membunuh diri. Banyak
Lakaran mereka lukis, agar rancangan itu berjaya. Tetapi apa yang dirancang oleh Hamka
Sebenarnya ada udang di sebalik batu.

Babak 4
Adegan 1:
Lampu monolog dinyalakan, bersama iringan muzik.

Proses perjalanan hidup ini penuh dengan duri-duri dan onah liku yang menguji segenap manusia, setiap ujian yang dipikul oleh insan yang bernama manusia membawa erti pengajaran dan dibalasi dengan nikmat yang berlimpah ruah. Tapi adakah manusia itu sendiri sedar akan nikmat dan adakah juga manusia ini hanya pandai untuk meminta sedangkan tidak pandai untuk menghargai, sehingga ujian yang sedikit dianggap membebangkan. Adakah perlu kita melepaskan ujian dengan cara mudah, cara yang dimurkai oleh Maha pencipta. Aku sedar akan dosa-dosa lalu yang aku buat dengan sengaja atau sebaliknya, sehingga orang yang aku bergantung harap menerima padah, menerima ujian dengan dosa-dosa aku semalam. Kini aku mulai sedar, aku berubah dengan kehadiran si dia yang banyak memberi erti pengajaran dalam kehidupan, aku juga tahu Allah sentiasa bagi aku peluang untuk mencuci dosa lalu, dosa maksiat antara aku dengan Aisha.

Pencahayaan pentas mulai terang dengan warna kuning, membawa maksud cahaya mentari mula terang ke pelusuk laut, kedengaran ombak-ombak dan tiupan angin menempa layar. Tetapi pada masa itu, kelihatan Ayu sedang nyenyak tidur, tiba-tiba sayu-sayu kedengaran suara Hamka bersama bunyi pukulan ombak?

Hamka:       bangun! Bangun! Haii apa nak jadi ni, subuh pun dah terlepas.
Ayu:            kenapa kamu tak kejutkan aku waktu subuh tadi (sambil menguap dan menggeliat).
Hamka:       aku ingat kamu uzur, kalau orang tu jaga solatnya, dia pandai-pandaila bangun sendiri. Haaaa dengar tak.
Ayu:            ok .ok. Dah jom lah kita mula rancangan kita semalam.
Hamka:       ayu sebenarnya saya ada benda nak cakap dengan kamu. Sebelum kita jalankan rancangan tu.
Ayu:            hai macam je bunyi, apa tu?
Hamka:       cuba kamu dekat sikit, kamu cuba tenung wajah saya dalam-dalam. Apa yang kamu fikir?
Ayu:            (mendekati dan merenung muka Hamka). Tak ada apa pun, taik mata ada lah ni?
Hamka:       haii kamu ni, lain orang suruh tenguk, lain pula dia lihat.(malu)
Ayu:            so apa sebenarnya kamu nak cakap apa ni?
Hamka:       sebenarnya, kamu dah fikir masak-masak ke?
Ayu:            fikir untuk bunuh diri! Jadi kamu nak halang aku la ni.
Hamka:       sebenarnya, saya nak kamu fikir adakah keputusan kamu ni betul atau pun sebaliknya. Pernahkah kamu fikir, ramai lagi insan dekat luar sana tu, ingin peluang macam kamu dapat sekarang ni. Tapi kamu ingin lepaskan macam tu je?
Ayu:            aku terpaksa, aku tak layak hidup (sedih)
Hamka:       yeee, dengan satu masalah, awak mula tidak syukur dengan segala-galanya, heyy awak fikir kepusan ini betul ke? tahu tak, apa perasaan keluarga awak sekiranya awak buat tindakan ini.
Ayu:            mereka benci aku, aku tidak berguna di mata mereka.
Hamka:       yeeee, tidak berguna, tapi ini bukan tindakan untuk lepas dari masalah ini, awak dengar sini baik-baik. Kisah yang awak hadapi kini, saya telah rasa, amat pedih, pilu, hinggakan keluarga tidak mengaku saya ni darah daging meraka, yeee saya tahu perbuatan dulu, neraka masa kini. Tapi? (sebak).
Ayu:            tapiiii apa?
Hamka:       kini mereka cari saya, mungkin ini lah hikmah yang saya sabar selama ni.

Kelihatan Ayu mulai sebak dan mengeluarkan air mata, dia mula sedar dengan perbuatan beliau yang penuh dengan dosa. Air mata mulai membasai pipinya. Sehinggalah.
Ayu:           sebenarnya saya tiada jalan lain, tapi saya mula sedar masalah saya ni kecil je. Insya allah bermula pada hari ni, saya tidak rancang untuk buat kerja bodoh ni. (menangis)



Mendengar kata-kata pilu dari seorang gadis yang dahaga kasih sayang itu, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan tragedi yang amat dasyat, kendengaran ombak yang bergeloga, dan tiupan angin yang kencang. Umpama dunia seakan-akan kiamat. Suasana di atas pentas digilakan dengan kocakan lampu-lampu yang mengila dan getaran audio yang kuat. Pentas disuramkan buat seketika. Setelah pentas diterangkan, menunjukkan suasana manusia berada di atas kapal terbang, mereka syukur dengan perubahan masa. Lampu difokuskan ke arah Hamka dan digelapkan.

Ya Allah, kenapa, kenapa dan kenapa, mugkin itu persoalan yang aku selalu luahkan pada ketika dAHUulu. Persoalan yang aku bangkitkan sehingga terkeluar dari ruang imaginasi aku. Dosa-dosa yang aku buat dulu telah membunuh satu permata yang akan menbentuk aku kearah yang lebih baik,.


                  TAMAT

by: mohamad hadi yacob
bc12110076

Sabtu, 30 November 2013



 


                                                                                               

                                                     


KERTAS KERJA
PERMOHONAN MENJALANKAN PERNIAGAAN MENJUAL MAKANAN
‘SELERA MEE CELOP’
DI KOLEJ KEDIAMAN ANUGERAH BESTARI



PERMOHONAN OLEH:
MOHAMAD SARIFUDIN BIN OTHMAN
MOHAMAD HADI BIN YACOB
WAN HASMI BIN WAN ZU






KERTAS KERJA
PERMOHONAN MENJALANKAN PERNIAGAAN MENJUAL MAKANAN
DI KOLEJ KEDIAMAN ANUGERAH BESTARI

01.
Tujuan Kertas Kerja
         
          Kertas kerja ini dibuat dengan tujuan memohon kebenaran untuk menjalankan aktiviti perniagaan menjual makanan di kawasan Kolej Kediaman Anugerah Bestari (AB), Universiti Malaysia Sabah.

02.
Pengenalan / Pendahuluan

          Di kawasan perbandaran Kota Kinabalu, khususnya dalam kawasan kampus Universiti Malaysia Sabah, semakin banyak perniagaan kecil-kecilan telah beroperasi. Kebanyakan daripada peniaga-peniaga tersebut menjual pelbagai jenis makanan samada makanan ringan, goreng, makanan berat dan kuih-muih. Sungguhpun demikian, masih belum ada lagi peniaga yang menjual makanan berkuah seperti bakso, soto atau mee sup ayam. Pernah juga ada sebilangan besar para mahasiswa yang menyatakan hasrat agar makanan berkuah seperti itu dijual dalam kawasan kampus. Sememangnya makanan sebegini ada dijual di dalam kawasan kampus, namun harganya agak mahal bagi seorang mahasiswa. Oleh yang demikian, kami telah bersepakat untuk menjalankan aktiviti perniagaan makanan berkuah yang mempunyai harga yang berpatutan.

03.
Objektif Perniagaan

·         Menghasilkan perniagaan makanan yang jarang ditemui di kawasan kampus dan kawasan Kota Kinabalu
·         Memperkenalkan makanan popular yang mendapat sambutan ramai di Semenanjung Malaysia
·         Menghasilkan jualan makanan yang murah, berpatutan dan sedap yang bertepatan dengan kehendak mahasiswa/i
·         Mencari wang tambahan untuk menyokong pengajian semasa

04.
Jenis Produk / Jualan

          Jenis makanan yang akan kami jual adalah Mee Celop, Bihun Celop dan Kue Tiaw Celop



05.
Waktu Operasi dan Lokasi Perniagaan

          Waktu Operasi                  :        Waktu operasi Kafeteria
          Lokasi Perniagaan             :        Ruang Legar Kafe Kolej Kediaman AB

06.
Nama Pemohon

          Mohamad Sarifudin bin Othman   (Pemilik Niaga)
          Mohamad Hadi bin Yacob            (Rakan Kongsi)
          Wan Hasmi bin Wan Zu               (Rakan Kongsi)

07.
Latar Belakang Pemilik Niaga

          Nama                              :        Mohamad Sarifudin bin Othman
          No. Kad Pengenalan          :        910429-03-5381
          Agama                             :        Islam
          Suku                                :        Melayu
          Kelulusan Akademik           :        Diploma
                                                          Sedang melanjutkan pengajian (UMS)
          Taraf Perkahwinan            :        Bujang
Pengalaman Niaga            :        Pengurus Restoran Eddy,
                                                Pengurus Restoran Kharianis,

08.
Menu Jualan / Harga

          Mee Celop                        :        RM 3.50
          Bihun Celop                      :        RM 3.50
          Kue Tiaw Celop                 :        RM 3.50

09.
Keperluan Lain
         
          Lokasi perniagaan yang dipohon adalah ruang legar Kafeteria Kolej Kediaman AB. Keluasan tapak yang ingin dipohon adalah 10 x 10 (10 kaki panjang dan 10 kaki lebar). Kami juga ingin memohon lokasi tapak perniagaan yang tetap agar memudahkan kami untuk menyimpan barang jualan.

          Memandangkan jenis jualan adalah makanan berkuah dan lokasi perniagaan yang kami pilih ialah ruang legar kafeteria kolej kediaman, kami ingin memohon jasa baik pihak pengurusan Kolej Kediaman AB untuk memberi kebenaran untuk penggunaan kemudahan asas dan kemudahan sampingan untuk perniagaan ini seperti penggunaan air, elektrik dan singki yang sudah tersedia dalam kawasan kafeteria. Selain itu, kami juga ingin memohon penggunaan dapur memasak dan tong gas untuk tujuan memanaskan kuah agar makanan yang dijual sentiasa segar, panas dan menepati kehendak pelanggan.

10.
Kumpulan Sasaran

          Seperti perniagaan yang lain, kami juga menyasarkan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia Sabah, khususnya mahasiswa/i yang menetap dalam kawasan Kolej Kediaman AB,  para pensyarah, felo, staf bukan akademik dan staf sokongan sebagai pelanggan perniagaan ini. Selain itu, kami juga mengharapkan pelanggan daripada kawasan luar kampus yang berkunjung ke dalam kawasan kampus.

11.
Strategi Perniagaan

          Selain beroperasi secara harian, kami telah merancang untuk membuat hebahan mengenai perniagaan kami melalui laman sosial yang popular dan berpotensi untuk memberikan sambutan seperti Facebook dan Twitter.

12.
Pengiraan Kos dan Sasaran Keuntungan

Kos perkakasan (Kegunaan sepanjang menjalankan perniagaan)

Bil
Item
Harga (RM)
01.
Dapur memasak
120.00
02.
Belanga
100.00
03.
Mangkuk
100.00
04.
Sudu / Garpu
30.00
05.
Peralatan lain (jag air, senduk dsb)
100.00
Jumlah
450.00

Kos bahan makanan (Anggaran untuk sehari berniaga)


Bil.

Item
Harga Seunit / Sekilo / Gram (RM)

Kuantiti
Harga (RM)
01.
Bahan basah (Mee, Bihun, Kue Tiaw)
3.50
20 bks
70.00
02.
Telur ayam
12.50
2 kotak
25.00
03.
Daging segar
11.00
4 kg
44.00
04.
Timun
4.00
3 kg
12.00
05.
Taugeh
2.00
5 kg
10.00
06.
Bawang goreng
9.00
½ kg
4.50
07.
Daun bawang / daun sup
2.00
3 ikat
6.00
08.
Kacang tanah
7.00
100 gram
1.00
Jumlah
172.50


Sasaran jualan             
          80 mangkuk x 3.50  =       RM 280.00

Pengiraan Keuntungan (Anggaran Sehari Berniaga)
          Hasil - Kos
          =       280 – 172.50
          =       RM 107.50


13.
Penutupan / Kesimpulan / Harapan

          Dengan adanya kertas kerja ini, kami berharap pihak pengurusan Kolej Kediaman AB akan memberikan kebenaran kepada kami untuk menjalankan perniagaan seperti yang dinyatakan di kawasan kolej kediaman tersebut. kami berharap agar perniagaan ini akan mendapat sambutan khususnya daripada warga Kolej Kediaman AB sendiri dan secara tidak langsung memberikan keuntungan kepada kami. Kami juga berharap dengan wujudnya perniagaan Selera Mee Celop ini, suasana berniaga di kawasan Kolej Kediaman AB akan menjadi lebih meriah.

Disediakan oleh:


..............................................                               ....................................
(Mohamad Sarifudin bin Othman)                              (Wan Hasmi bin Wan Zu)
Pemilik Niaga                                                          Rakan Kongsi



..............................................
(Mohamad Hadi bin Yacob)

Rakan Kongsi