komplot masa
sinopsis
sinopsis
Apabila
keperluan masa semakin suntuk, apabila waktu semalam semakin berlalu, ramai
diantara manusia terkapai-kapai dengan pemergian masa lalu. Sekiranya diberi
peluang kali ke dua bagi seseorang mengubah nasib yang lalu, adakah mereka itu
akan buat apa yang dirancang, meneliti apa yang diatur, dan bersujud dengan
kurniaannya. Kisah-kisah ini, boleh digambarkan melalui watak Hamka, dia adalah
seorang yang pernah mengalami kekecewaan pada masa lalu. Dosa-dosa yang pernah
dia buat telah meragut nyawa seseorang yang pernah dia cinta pada ketika dulu.
Manakala Ayu pula memegang watak orang yang dahagakan kasih sayang, kisah ini
boleh dilihat apabila dia sering merancang untuk bunuh diri. Kisah sebenar
“komplot Masa” adalah apabila masa dahulu lebih baik daripada masa kini,
pengajaran masa dahulu boleh diambil untuk keperluan masa hadapan.
Tajuk:
“komplot Masa”
Babak
1
Adegan 1
Pentas
digelapkan buat seketika, setelah itu pentas dicerahkan menunjukkan suasana
orang yang berada di atas kapal terbang, suasana itu digambarkan menerusi irama
bunyi suara peramugari. Tiba-tiba cahaya putih telah difokuskan kearah seorang
pemuda yang kelihatan cemas memikirkan nasibnya yang akan berlaku di tempat
orang nanti. Kelihatan 3 kerusi di bahagian itu, tetapi pemuda itu berada di
kerusi bahagian tengah manakala di bahagian kiri dan kanan masing-masing diuni
oleh perempuan tetapi digambarkan melalui lima deria. Kelihatan pencahayaan
telah bertukar menjadi merah dan cahaya tersebut telah meracau-racau di atas
pentas menyebabkan suasana di atas kapal terbang menjadi kelam kabut,
sekumpulan manusia masing-masing sibuk untuk menyelamatkan diri.
Lagu: mengambarkan suasana yang cemas.
Cahaya: Keadaan cahaya yang kelam kabut
Menambahkan lagi tahap kemuncak.
Dalam keadaan diriku yang terhimpit untuk
memilih langkah kiri dan kanan, memilih putih dan hitam. dalam keadaan yang
serba kekurangan, adakah aku perlu memilih langkah untuk terus mengalah atau
pun memilih langkah untuk pentingkan diri dalam keadaan yang buntu, sebenarnya
aku tiada jalan lain melainkan mengorbangkan masa kini demi kepentingan masa
hadapan, demi masa sesungguhnya manusia kerugian melainkan mereka yang
betul-betul taat pada yang satu, satu hanya padanya. Adakah aku perlu gunakan
kesempatan yang masih diberikan walaupun seketika, moga tidak akan menyesal
pada masa aku memerlukannya. Adakah suasana yang aku alami kini, hanya untuk
menguji tahap kebesaran dan kepentingan masa, seringkali aku menatap kearah jam
yang berada di atas kapal terbang, tetapi masanya bertukar ke arah berlawanan,
adakah ini satu petanda bahawa masa kini telah bertukar ke masa lampau.
Adegan
2:
Lampu
yang pada mulanya berkucar kacir telah berubah, memandangkan kapal terbang yang
dinaiki oleh pemuda tadi terhempas ke masa lampau. Kekeliruan mula timbul oleh
segenap manusia. Kapal terbang yang pada mulanya mereka naiki telah bertukar
menjadi kapal laut. Kelihatan pemuda tadi yang berada disesuatu tempat,
tiba-tiba masuk seorang lelaki menyapanya.
Zaiba: ada
masanya kita mengalami tahap kekeliruan untuk membezakan rialiti dan khayalan.
Hamka: (dengan
keadaan terkejut Hamka menoleh ke arah Zaiba lalu berkata) ummm kamu ni siapa?
Zaiba: saya
sebenarnya orang yang telah lama terperangkap disini?
Hamka: haaaa
terperangkap, maksud kamu?
Zaiba: aku
tahu, dalam keadaan ini, kamu barada dalam dilema untuk mencari kepastian apa
yang terjadi.
Hamka: yeaa,
tapi, sebenarnya aku keliru adakah aku ini terlena dalam alam mimpi ataupun
berada pada ruang realiti yang tidak boleh difikirkan dengan akal yang waras.
Zaiba: keadaan
yang kamu alami kini, telah lama aku rasa dulu, tapi ingat, peluang yang kita
alami kini berada di gengaman kita untuk mencorakkannya. Ingatlah waktu tidak
boleh mengubah keperibadiaan seseorang, melainkan individu itu sendiri yang
akan mencorakkannya.
Dengan mengeluarkan kata-kata tersebut,
Zaiba dengan tiba-tiba meminta diri. Kelibat Zaiba semakin pudar pada pandangan
Hamka. Setelah pemergian Zaiba, perasaan Hamka tidak tentu arah, kadangkala dia
bangun dan duduk di atas kerusi kayu sambil milihat pandangan laut pada waktu
senja, sambil terdengar pukulan ombak yang menghempak kapalnya. Di satu sudut,
Hamka terpesona melihat sekumpulan burung yang mewarnai awam yang kelihatan
mendung. Kata-kata yang yang diungkapkan oleh Zaiba masih subur dalam
ingatannya, kata-kata yang ringkas tetapi mempunyai makna yang perlu diterokai
dengan maksud yang tersirat dan tersurat, membuatkan dia terpesona memikirkan
adakah pertemuan pertamanya memberi makna yang besar sehingga boleh mencungkil
1001 persoalan yang perlu Hamka terokai untuk mengbongkarkan sebab dan alasan
kenapa dia terperangkap dalam masa silam pada zaman 60-an itu.
Babak
2:
Adegan
1:
kedengaran
alunan Muzik yang mengambarkan suasana air laut yang bergelora. Manakala
keadaan lampu menunjukkan suasana pada waktu malam yang suram, di satu sudut di
atas pentas menunjukkan Zaiba sedang nyeyak tidur, walaupun keadaan cuaca yang
sejuk. Tiba-tiba kedengaran suara Zaiba dilamun mimpi dan igauan?
Hamka: Aisha…Aisha…Aishaa…abang rindu dekat
Sha…tolonggggg.
Aisha: semuanya
dah telambat, perpisahan kita amat ketara, alam nyata dan alam mimpi.
Hamka: apa
ni, kenapa cakap macam tu, ni abang dah balik. Tolong abang Sha.
Aisha: semua
ini tiada makna sudah bang, antara kita menjadi sejarah yang penuh dengan duri
dan alu liku yang amat pedih.
Zaiba: yee,
abang tahu dosa dan kesilapan yang lalu, meninggalkan kesan yang amat sekali.
Tapi bagilah peluang kali ke dua untuk, membetulkan kesilapan ini.
Aisya: semuanya
sudah telambat, masa dahulu semakin terlena, memberi mimpi pada masa kini. Dosa
semalam hanya memberi pengajaran pada masa kini. Tolong jangan gangu saya lagi.
Zaiba: Aisya….Aisya….Aisya….
jangannnnnn, abang sayang dekat awak. (suara merayu)
Kedengaran suara Hamka mengungkapkan “jangan
Sha, jangan” tiba-tiba dia terjaga dari terlena, sambil kedua-dua matanya
mengeluarkan mutiara jernih, sambil bersedih dengan mimpi yang dia alami. Mimpi
tadi merupakan kenangannya pada masa dulu.
Adegan
2:
Di
satu sudut, di hadapan kapal, perlahan-lahan lampu monolong dinyalakan.
Dahulu kita berkenalan di tengah-tengah
jalan raya yang sesak, falsafah yang pernah kita ungkapkan dahulu menjadi
tunjang perkenalan kita, ya bersama yang tercinta akan terasa indah, walaupun
berada dalam kesesakan jalan raya. Disaat aku dalam sendirian dan kesepian
begitu berat beban hidup ini apabila kita disakiti dan diseksa dengan langkah
hitam. Adakah langkah yang awak ambil, menuntut keperitan jiwa ini. suatu yang
mustahil untuk mengubah apa yang terjadi kerana luka itu amat pedih. Marah,
dendam, kecewa dan hampa campur aduk dalam sanubariku. Kehadiran orang ke tiga
menyebabkan aku menderita begini, aku akan hancurkan kamu. Kita disakiti oleh
manusia yang durjana, menyebabkan kita terpengaruh dengan nafsu dendam. Tetapi
ingat, manusia durjana disebabkan kita yang mendurjanakan mereka. Langkah aku
seterusnya terhalang dengan bongkah dan batu yang besar sehingga aku sendiri
berputus asa dengan balasan kini. Kematian mu Aisha bukan aku yang pinta,
tetapi dipinpin oleh hawa nafsu, shahwat adalah penglimanya, kejahilan adalah
pengemudinya, dan lalai adalah kenderaannya.
Adegan
3:
Lampu
monolog disuramkan, dan lampu seluruh pentas diterangkan, menunjukkan suasana
pada kapal layar yang zaiba naiki, disamping terdengar suara manusia yang
menjalankan kerja untuk mengalihkan layar mengikut peredaran angin. Suasana
tersebut digambarkan melalui muzik.
Dalam kesibukan dan kepanasan mentari,
kedengaran suara seseorang sedang memangil Hamka dengan penuh semangat. Suara
yang didengar membuatkan Hamka terkejut kerana ada orang mengenali dirinya,
dengan lantas dia terus menjawab panggilan itu.
Zaiba: haiiiii,
Hamka apa kaba sikarang ni?
Hamka: insyallah
semuanya baik (jawab dengan teragak-agak)
Zaiba:
hoooo. Kalau macam tu, jom lah kita tolong orang-orang itu yang sedang betulkan
layar kapal tu.
Hamka: tapiiiiiii
Zaiba: haaaa
tak ada tapi, aku tahu kamu boleh.
Hamka: ok
jom lah (menjawab macam tiada semangat).
Babak
3
Adegan
1:
Perlahan-lahan
kesan lampu telah ditukar ke warna merah, suasana pentas menjadi kelam,
manakala kedengaran ombak yang bergelora. Ketika itu, Hamka baru sahaja keluar
dari bilik menuju ke arah sudut yang selalu dia tenangkan fikirannya. Dalam
perjalanan dia terserempak dengan seorang perempuan yang dia tidak dikenali,
kelihatan perempuan tersebut dalam tekanan mukanya pucat. gadis itu berdiri di
banteng kapal dan ingin terjung ke dalam laut. Tiba-tiba dengan lantas Hamka buat
keputusan untuk menyelamatkannya dengan menarik gadis itu sampai jatuh di
sebelahnya. Kedengaran gadis itu menangis dan memarahi Hamka kerana
menyelamatkannya.
Ayu: haiiii,
celaka kau! Kenapa kau kacau aku? Hahh!! Kau tak Nampak ke apa yang aku tengah
buat? Sial!!! Bangsat!!! (menangis)
Hamka: owww.
tak Nampak apa yang awak buat, kamu ingin bunuh diri kan, tapi saya tenguk
macam tu je, haaaa banyak cantik!
Ayu: kau
ingin selamatkan aku? Kenapa? Kau dah takde keje lain ke?
Hamka: sebenarnya
perlu ke saya cakap semua itu, adakah saya perlu tenguk je apa yang awak buat
sedangkan saya mampu untuk ubahnya, yeee memang aku dah takde keje lain?
Ayu: (ketawa).
Pelik! Kau ni lelaki! Aku tenguk badan kamu pun ok je, takkan lah takde keje
perlu dibuat, pemalas, penipu! Orang cacat pun ada keje!
Hamka: betul.
Aku memang dah takde keje yang ingin dibuat di atas ni. Semuanya hilang setelah
aku terperangkap di sini?
Ayu: dah..
dah aku tak nak dengar lagi! Aku nak balik.
Hamka: ummm,
lain kali awak cuba lahh bunuh diri lagi ekkkk? ( suara menyindir)
Ayu: oww,
kamu sindir aku, siapa kata aku tak nak? Aku akan cari jalan untuk bunuh diri!
Tapi….
Hamka: tapi
apa (suara menyoal)
Ayu: aku
tak boleh nak bunuh diri dua kali dalam sehari. aku tak cukup tenaga..
Hamka: dua
kali dalam satu hari? (hairan)
Ayu: aku
tak cukup tenaga, kau ingat senang ke nak bunuh diri?
Hamka: aku
faham. Memang bunuh diri bukan satu kerja yang semua orang sanggup buat. Kalau
diberi dua pilihan, misti ramai orang yang tak sangup buat.
Ayu: kalau
aku bagi segala-galanya yang kamu mahu, contohnya duit untuk bunuh diri? Kau
buat?
Hamka: aikk,
segala-galanya, duit? Eerr. nanti aku fikir dulu?
Ayu: aku
dah agak dah. Kalau dapat duit, misti orang kelabu mata! Ok lah aku nak pegi
makam jap, kamu dah makam ke belum?
Hamka: belum,
tapi aku ada biskut.
Ayu: haaa.
Biskut. boleh aku mintak sikit tak? Dah sehari tak makan. Ada tenaga untuk cuba
lagi esok. (muka selamba)
Hamka: cuba
lagi? Nak bunuh diri lagi?
Ayu: jangan
bagi aku ulang banyak kali! Boleh tak ni bagi aku sekiping?
Hamka: janji
dulu! Kau tak kan cuba bunuh diri lagi?
Ayu: mane
boleh, aku misti buat.
Hamka: ok
biskut ni akan masuk perut aku lah.
Ayu: ok.
aku janji?
Hamka: baiklah,
aku pegang dengan janji awak. (sambil memberi apa yang diminta oleh Ayu)
Setelah memberi sekeping biskut kepada
Ayu tiba-tiba Hamka telah mengelamun buat seketika kerana mengigati sejarahnya
bersama Aisha. Peristiwa ini memberi kesan pada kehancuran masa depannya.
Lampu monolog dinyalakan.
Dalam mengeruhkan air yang jernih,
masalah kecil boleh dibesarkan lagi dengan hanya memetik jari sambil mengetawa
kosong untuk melihat dan merasai peringkat demi peringkat kesannya yang akan
berlaku, kesan yang boleh menghancurkan seseorang walaupun dia orang tercinta.
Aku, aku, aku dan aku tetap menjadi aku yang pada dahulunya memiliki sifat dan
amalan yang umpama syaitan durjana. Aku masih ingat lagi peristiwa di mana
langkah hitam yang pernah aku lompat menjadi tragedi yang amat pilu. Langkah
demi langkah tanpa cahaya menamatkan seorang hamba Allah yang baik akhlaknya,
santun budi bahasanya dan sinar yang dibawanya telah terpadam dengan cara
menyedihkan. peristiwa yang aku alami kini bersama Ayu, telah lama aku alami
bersama Aisya. Ye aku sedar Peristiwa ini tidak boleh diterima sama sekali oleh
Aisya. Aku masih ingat lagi saat itu!
Aisya biskut.aisya biskut..ohh nama tu
masih berlega dalam ingatan ku.
Hamka: alahaiii
kesiannya dekat sayang abang ni, lapar ke, nah ambilah biskut ni?
Aisha:
haaah! Biskut, wahh Thanks awk, umm sedapnya.
Hamka: ok
welcome, sabarlah nanti kita makan yang lagi sedap.(mengetawa sindir)
Aisha: haaa,
makan yang lagi sedap, maksudnya apa tu (hairan)
Wanita ohh wanita golongan yang manja
dan boleh dipengaruhi dengan kata-kata dan janji manis, Bermula dari saat itulah,
semua kemanisan bersama Aisha telah hancur, Aisha yang pada mulanya yang tidak
tahu apa-apa dengan strategi aku sudah dapat mengagak, tapi dia terlambat untuk
mengubah apa yang akan terjadi. Biskut yang aku berikan kepada Aisha adalah
biskut yang aku kotori dengan dadah pembuka nafsu.
Hamka: helloo..
Steloo aku nak kamu hantar benda tu tempat aku cakap semalam,, heyy ingat aku
tak mahu benda ni kantoi dengan siapa pun, jaga mulut kau tu, jangan bocorkan
rahsia ini.
Stelo: ok
bos, tapi mu kene ingat dengan janji mu tu, kalu tak HANCUR.( Stelo
mengetawa besar)
Hamka: heyy
ni Hamka lah, aku nak kamu jalankan kerja kamu dulu, baru boleh nak
cakap bodoh!
Di satu sudut kelihatan Stelo telah
memberikan satu bungkusan tersebut kepada Hamka, pertemuaan mereka amat licik.
Dan Hamka telah membiri habuan kepada Stelo sebagai upah. ( peristiwa ini
digambarkan melalu pancaran multimedia)
Pada saat itu juga, segenap sanubariku
dipinpin oleh hawa nafsu jahanan. Aku lihat setelah habis Aisha makan biskut,
keadaan Sha tidak tentu arah, dia mengelamun dan meminta aku membelainya. Di saat
itu juga, aku telah ambil kesempatan ini dengan memperkosa Sha. “Dara” dan
“Teruna” yang sekian lama dijaga, boleh dihancurkan dengan satu malam sahaja.
Tiba-tiba Ayu telah mencubit telinga
Hamka, setelah itu Hamka terkejut dari mengelamun.
Ayu: Ooo.
Jauh mengelamun, jadi dari tadi aku cakap seorang
la banyak cantik kau. (mengeluh)
Hamka:
upp, sory lah, saya tak perasan HEHE. apa yang AWAK cakap tadi?
Ayu:
apa lah kamu ni, kuasa aku nak ulang apa yang aku cakap panjang lebar tadi,
tapi kamu tak dengar pun. ( marah)
(Sambil makam, mereka borak-borak
kosong, sambil berkenalan antara satu sama lain
sedangkan Hamka cuba untuk mendalami kisah
gadis ini yang kelihatan tertekan dalam
kehidupan. Hamka cuba bertanya?)
Hamka: dah
lama ke kamu buat keje ni?
Ayu: sebenarnya,
tiap-tiap hari, aku fikir untuk bunuh diri, tiap kali cubaan aku misti gagal.
Setelah itu, Hamka terus terdiam, tidak lama
kemudia habis semua mereka makan, lalu Ayu
minta diri untuk beredar, pertemuan mereka
berpisah buat seketika.
Adegan 2:
kelihatan raut wajah
Ayu sedang fikirkan sesuatu dia gelisah tidak tentu arah, di satu sudut kelihatan himpunan tong yang berisi dengan
air, Ayu pada masa itu sedang melukis sesuatu di atas kertas sambil mimikirkan
sesuatu. Tiba-tiba?
Hamka: assalamualaikum,
buat apa tu?
Ayu: waalaikumussalam,
haaa kamu, takde wat pe pun, tapi Cuma melukis!
Hamka: apa
yang sedang dilukis tu?
Ayu: aku
sedang lukis pelan operandi untuk esok.
Hamka: ala
sudah-sudah la, dah berapa kali kamu cuba ni?
Ayu: banyak
dah, tapi banyak yang gagal, tapi apa yang aku ingat mula-mula aku ingin terjun
pokok tinggi, setelah itu, baru je nak terjun, ada orang selamatkan aku.
Hamka: abis
tu, pelan yang kedua?
Ayu: aku
cuba untuk gantung diri, mula-mula aku dah siap ikat tali dekat tiang lampu di
rumah aku, lalu aku panjat tangga, masukkan kepala dan terus lepaskan kaki.
Tiba-tiba tali tu putus. Ketika aku jatuh, aku pensang, setelah aku bangun
tiba-tiba aku berada di sini? (hairan)
Hamka: aikk.
Tali tu putus?
Ayu: A’a
putus,heee kamu ni asyik Tanya aku je, kau ni kenapa duduk dekat sini.
Hamka: aku?
Dulu aku ni biasa-biasa je, ada keluarga ada kekasih, ketika penerbangan aku ke
Australia, tiba-tiba kapal terbang aku terhempas ke alam ni.
Ayu: kamu
ada kekasih? Wauuu nama pe? Misti kamu sayang dekat dia ek, ehhh lawa tak
kekasih kamu tu.
Hamka: nama
Aisha, sayang sangat-sangat, rupa paras dia boleh mengubat hati saya bila
berada dalam tekanan, tapi hampa!
Ayu: haii
lain macam je bunyi?
Hamka: kami
hidup bahagia, ada ketika kami rancang untuk kahwin, tapi?
Ayu: tapi.
tapi apa tu?
Hamka: tapi
Allah lebih menyayanginya, dia meninggal. (sedih)
Ayu: haaa.
kenapa jadi macam tu?
Hamka: takpe
lah, aku tak boleh cerita dan tak boleh ingat tragedi itu, nanti aku nangis,
sekarang ni aku nak mintak izin kamu bolah tak?
Ayu: izin
apa? Kalau yang bukan-bukan aku tak nak.
Hamka: bukan
itu maksudnya, saya Cuma ingin kamu kongsikan rancangan untuk bunuh diri kamu
esok?
Ayu: perlukah
aku kongsikan semua ini dengan kamu?
Hamka: saya
tidak paksa pun.
Ayu: tapi
aku tenguk kamu macam boleh percaya je, baiklah?
Di satu sudut, mereka berdua merancang
berbagai cara untuk membunuh diri. Banyak
Lakaran mereka lukis, agar rancangan itu
berjaya. Tetapi apa yang dirancang oleh Hamka
Sebenarnya ada udang di sebalik batu.
Babak 4
Adegan 1:
Lampu monolog dinyalakan, bersama iringan
muzik.
Proses
perjalanan hidup ini penuh dengan duri-duri dan onah liku yang menguji segenap manusia,
setiap ujian yang dipikul oleh insan yang bernama manusia membawa erti
pengajaran dan dibalasi dengan nikmat yang berlimpah ruah. Tapi adakah manusia
itu sendiri sedar akan nikmat dan adakah juga manusia ini hanya pandai untuk
meminta sedangkan tidak pandai untuk menghargai, sehingga ujian yang sedikit
dianggap membebangkan. Adakah perlu kita melepaskan ujian dengan cara mudah,
cara yang dimurkai oleh Maha pencipta. Aku sedar akan dosa-dosa lalu yang aku
buat dengan sengaja atau sebaliknya, sehingga orang yang aku bergantung harap
menerima padah, menerima ujian dengan dosa-dosa aku semalam. Kini aku mulai
sedar, aku berubah dengan kehadiran si dia yang banyak memberi erti pengajaran
dalam kehidupan, aku juga tahu Allah sentiasa bagi aku peluang untuk mencuci
dosa lalu, dosa maksiat antara aku dengan Aisha.
Pencahayaan
pentas mulai terang dengan warna kuning, membawa maksud cahaya mentari mula
terang ke pelusuk laut, kedengaran ombak-ombak dan tiupan angin menempa layar.
Tetapi pada masa itu, kelihatan Ayu sedang nyenyak tidur, tiba-tiba sayu-sayu
kedengaran suara Hamka bersama bunyi pukulan ombak?
Hamka: bangun! Bangun! Haii apa nak jadi ni, subuh
pun dah terlepas.
Ayu: kenapa
kamu tak kejutkan aku waktu subuh tadi (sambil menguap dan menggeliat).
Hamka: aku
ingat kamu uzur, kalau orang tu jaga solatnya, dia pandai-pandaila bangun
sendiri. Haaaa dengar tak.
Ayu: ok
.ok. Dah jom lah kita mula rancangan kita semalam.
Hamka: ayu
sebenarnya saya ada benda nak cakap dengan kamu. Sebelum kita jalankan
rancangan tu.
Ayu: hai
macam je bunyi, apa tu?
Hamka: cuba
kamu dekat sikit, kamu cuba tenung wajah saya dalam-dalam. Apa yang kamu fikir?
Ayu: (mendekati
dan merenung muka Hamka). Tak ada apa pun, taik mata ada lah ni?
Hamka: haii
kamu ni, lain orang suruh tenguk, lain pula dia lihat.(malu)
Ayu: so
apa sebenarnya kamu nak cakap apa ni?
Hamka: sebenarnya,
kamu dah fikir masak-masak ke?
Ayu: fikir
untuk bunuh diri! Jadi kamu nak halang aku la ni.
Hamka: sebenarnya,
saya nak kamu fikir adakah keputusan kamu ni betul atau pun sebaliknya.
Pernahkah kamu fikir, ramai lagi insan dekat luar sana tu, ingin peluang macam
kamu dapat sekarang ni. Tapi kamu ingin lepaskan macam tu je?
Ayu: aku
terpaksa, aku tak layak hidup (sedih)
Hamka: yeee,
dengan satu masalah, awak mula tidak syukur dengan segala-galanya, heyy awak
fikir kepusan ini betul ke? tahu tak, apa perasaan keluarga awak sekiranya awak
buat tindakan ini.
Ayu: mereka
benci aku, aku tidak berguna di mata mereka.
Hamka: yeeee,
tidak berguna, tapi ini bukan tindakan untuk lepas dari masalah ini, awak
dengar sini baik-baik. Kisah yang awak hadapi kini, saya telah rasa, amat
pedih, pilu, hinggakan keluarga tidak mengaku saya ni darah daging meraka, yeee
saya tahu perbuatan dulu, neraka masa kini. Tapi? (sebak).
Ayu: tapiiii
apa?
Hamka: kini
mereka cari saya, mungkin ini lah hikmah yang saya sabar selama ni.
Kelihatan
Ayu mulai sebak dan mengeluarkan air mata, dia mula sedar dengan perbuatan
beliau yang penuh dengan dosa. Air mata mulai membasai pipinya. Sehinggalah.
Ayu: sebenarnya
saya tiada jalan lain, tapi saya mula sedar masalah saya ni kecil je. Insya allah
bermula pada hari ni, saya tidak rancang untuk buat kerja bodoh ni. (menangis)
Mendengar
kata-kata pilu dari seorang gadis yang dahaga kasih sayang itu, tiba-tiba
mereka dikejutkan dengan tragedi yang amat dasyat, kendengaran ombak yang
bergeloga, dan tiupan angin yang kencang. Umpama dunia seakan-akan kiamat.
Suasana di atas pentas digilakan dengan kocakan lampu-lampu yang mengila dan
getaran audio yang kuat. Pentas disuramkan buat seketika. Setelah pentas
diterangkan, menunjukkan suasana manusia berada di atas kapal terbang, mereka
syukur dengan perubahan masa. Lampu difokuskan ke arah Hamka dan digelapkan.
Ya Allah,
kenapa, kenapa dan kenapa, mugkin itu persoalan yang aku selalu luahkan pada
ketika dAHUulu. Persoalan yang aku bangkitkan sehingga terkeluar dari ruang
imaginasi aku. Dosa-dosa yang aku buat dulu telah membunuh satu permata yang
akan menbentuk aku kearah yang lebih baik,.
TAMAT
by: mohamad hadi yacob
bc12110076